Saturday, November 12, 2011

JJCM Di Wai Kee, HK

Salam semua...
Ok nie last nak tulis tentang JJCM masa di HK, kalau cerita-cerita lain ada lagi.  Nak cerita lagi pun dah tak de apa nak cerita pun hehehe...  Sebab bila gambar-gambar yang diletak di album dalam komputer nie jarang tengok tapi kalau kat blog ada jugak sesekali tengok.
Wai Kee nie bukannya restoran tapi terletak di Cooked Food Centre alamatnya di Shop 5, 1/F, 2/F Bowrington Road Market, 21 Bowrington Road Wan Chai.  Masa sampai di sini dari Ap Lei Chau dah pukul 1.30 pm dan waktu makan tengahari jadi orang memang ramai.  Kena tunggu sekejap baru dapat tempat duduk.
Tempat makan nie berhampiran dengan Sheikh Mosque (tapi tak jumpa pun masjid nie) jadi bila jalan-jalan dekat di pasar ada kedai yang menjual makanan dan daging halal.
Nampak tak ada logo halal kat papan tanda kedai nie, yang lain dia tulis apa tak tau la.  Keliling tue penuh dengan kedai-kedai makan lain..  Food court nie boleh tahan kebersihannya dan ada air-cond jadi tak la panas.
Bila makan di sini memang jumpa beberapa orang pelanggan yang beragama Islam makan.  Tahu la sebab pelanggan perempuan tue bertudung yang lain tak sure la kan.
Sebenarnya tak sure nak order apa jadi tanya je pada yang ambil order apa specialty kedai tue dan nie antara yang dicadangkan.  Memang nampak ramai yang order nasi dengan kuah kari kambing nie.  Bila makan memang sedap jugak tak pedas.  Habis kuah yang dia bagi dan minta tambah kuah dua kali hehehe... sampai dia kata haiyaa....  hehehe... tapi dia bagi jugak tanpa extra charge sebab kami siap puji kari dia sedap.
Saja je tunjuk nasi putih yang diorder, portion besar jugak untuk sorang makan.
Nie pun specialty kedai iaitu itik panggang.  Order la sebab teringin nak rasa itik.  Ehh sedap la itik.. sebelum nie memang tak pernah makan jadi cuba la.  Daging pun agak lembut dan kulit rangup tanpa lemak.
Sayur sawi nie macam kukus je dan rasa biasa-biasa je.
Last sekali sup dan wanton udang, ada jugak sawi dalam tue.  Rasa memang okay.  Dok fikir kalau ada sambal belacan mesti lagi kick makan sayur tue, baru pedas sikit.
Ada kawan tanya boleh masuk ke makanan masa di HK?  Entah la ye, ikut selera masing-masing la sebab ada orang memang tak suka Chinese food, tapi bagi saya memang ok je sebab suka sangat Chinese food, tambah-tambah dim sum.  Kedai makan dan restoran yang dikunjungi pun bersih dan ada sijil halal jadi boleh makan tanpa was-was.  Sebelum ke HK memang ada buat research tentang tempat makanan halal sebab pergi sendiri tanpa pakej jadi kena pandai-pandai la untuk makan minum di sana. Ok nie kalau ada sesiapa yang nak baca review tetang Wai Kee boleh baca di sini.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum.firstly nak ucap terima kasih sebab awak menulis psal HK kat blog ni..sy akan ke sana isnin depan dan tercari2 info psal mknnan halal..ini sgt membantu..terima kasih..:)
-najwa-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??