Sebelum nie Kijai pernah ajak untuk makan buffet dim sum di Hotel Quality, tapi sebab ada je kekangan selalu tak jadi. Jadi bila ke KL masa cuti Deepavali baru-baru berkesempatan untuk makan di sini (cerita lama tapi nie baru sempat nak letak di sini). Naik LRT dari Bandar Tun Razak dan turun di stesen Bandaraya seterusnya jalan kaki ke sini senang sikit tak perlu susah-susah cari parking dan sebagainya.
Buffet nie di Meisan Szechuan Restaurant dan ramai jugak yang makan di sini mungkin sebab hari Sabtu. Teruja jugak nak makan dim sum sebab masa di HK tak berkesempatan makan di sana. Jadi makan kat sini pun dah ok sangat. Heheheh...
Tengok gambar je la nak tulis nama tak tau pulak nama-nama dim sum nie. Ada yang goreng dan kukus. Dim sum goreng.
Ada macam-macam jenis dim sum dan memang sedap sampai tak semua dapat dirasa sebab dah kenyang.
Yong tau foo pun ada tapi sop dia kurang sikit la.
Longan
Tart telur, sedap la.
Selain dim sum ada jugak nasi goreng, yong tau foo, bubur, kuih-muih Melayu, kek dan buah-buahan tapi tak semua dicuba. Boleh la makan lagi lepas nie, kalau sapa-sapa nak cuba dim sum pun tempat nie sangat ok kerana harga pun boleh tahan.
No comments:
Post a Comment