Abang Nan tanya tak jumpa masjid ke masa di Hong Kong? Jumpa... jadi entry nie nak tunjuk masjid yang diziarahi. Mula-mula nak cerita tentang masjid Jamia atau Shelly Street Mosque. Masjid nie dijumpai masa ke Central Mid-Level Escalator di hari terakhir.
Masa jalan-jalan menaiki escalator tue, tiba-tiba nampak sign board tulis Mosque Street terus kata dengan Kijai eh kat sini ada Jalan Masjid. Wah...
Bila jalan-jalan lagi ke atas baru la jumpa dengan Masjid nie yang bernama Masjid Jamia yang terletak di bahagian Mid Level, HK di 30 Shelly Street dan boleh dikatakan sebagai satu bangunan bersejarah. Nie bahagian depan pagar masjid melalui escalator.
Dibina pada tahun 1849 dan dibesarkan lagi pada tahun 1915, ini merupakan masjid tertua di HK.Bahagian sisi masjid bila masuk dari pintu pagar escalator.
Plak nie ada di bahagian hadapan masjid tertulis telah dibina semula oleh H.M.H Essack Elias dari Bombay. Batu asas telah diletakkan pada 15 Ogos 1915 oleh Nakoda Suleman Curimmahomed.
Sungguh istimewa masjid Jamia nie kerana dikelilingi kawasan perumahan yang tinggi-tinggi. Masa sampai di sini dalam pukul 10.45 pagi dan masjid ditutup cuma ada nampak seorang mungkin berketurunan Pakistan kot di rumah bersebelahan masjid nie.
Tangga menuju ke escalator dari masjid. Mungkin ada jalan lain menuju ke masjid nie tak cari pulak sebab yang lain dah jauh ke depan jadi nak kena kejar diaorang lagi.
Jalan-jalan lagi jumpa pulak sign board nie Mosque Junction. Jadi nama dua jalan tadi adalah bersempena dengan Masjid Jamia. Teruja bila jumpa rumah Allah di satu kawasan yang tak di sangka-sangka. Subhanallah...
No comments:
Post a Comment