Wednesday, November 02, 2011

Hong Kong 4th Day

Salam semua...
Hari keempat nak cerita dalam satu entry je la.  Kalau satu-satu ceritanya banyak la entry tentang HK tak tercerita tentang benda lain dan orang pun bosan hehehe... ala tau tak de yang baca pun.  Hari  Selasa 25 Oktober 2011 tue destinasinya ke Sky 100 dah booking tiketnya online sebab bila booking online HK$ 125.00 sedangkan kalau beli pada hari tue jugak dah jadi HK$ 150.00
 
Nie pintu masuk ke kawasan lif yang akan membawa ke atas atau tingkat 100.
 Sebelum ke lift ada sedikit sejarah tentang HK.
 Untuk sampai ke tingkat 100 naik lift yang hanya mengambil masa 60 saat atau seminit sahaja untuk sampai di atas.  Nampak tak... dah sampai pun. Tingkat 100 dengan ketinggian 393 meter dari aras laut. Di atas siling lift tue ada ditayangkan jangka masa lift bergerak.  Tak payah letak gambar la kat sini sebab tak clear sangat gambar yang diambil.
Sekitar Kawloon dapat dilihat dari atas dek pemandangan.  Tapi sebab masa tue masih lagi awal dalam pukul 10.00 pagi dan cuaca pun berkabus jadi pemandangan tak berapa jelas.  Mungkin di hari yang terang mesti lagi terang pemandangan.
Sky 100 adalah bangunan ke 4 tertinggi di dunia pada masa sekarang dan KLCC dah jatuh tempat ke lima.
 Sebab Sky 100 baru dibuka pagi tue jadi tak ramai lagi pengunjung. Masa sampai di atas nie rasanya tak sampai 10 orang pengunjung pun.  Masa nak turun tue sekumpulan pelancong dari China baru sampai dan masa tue memang riuh dan gamat betul.
Sky 100 baru je dibuka pada 17 April 2011 dan antara tarikan terbaru di HK.  Ada hotel Ritz Carlton, shopping complex Elements dan pejabat.
Tengok je la gambar.




 
Nampak tak The Cross-Harbour Tunnel yang menghubungkan Kawloon dengan Hong Kong sepanjang 1.8 km. Terowong bawah laut dan masa di sini pernah naik teksi melalui terowong nie. Tol sebanyak HK$ 10.00 dengan teksi.  Kalau kereta tak sure pulak.
Turun dari Sky 100, shopping kejap di Elements, banyak kedai-kedai barangan branded seperti Hermes, Bvlgari, Prada, Fendi, Cartier dan macam-macam lagi ada.  Duit je tak de.  Dari situ terus naik MTR untuk ke Citygate Outlets dan turun di stesen Tung Chung.
Nampak cable car ke Ngong Ping dari Citygate Outlets nie.
Teruja bila di sini dengan barangan dari pelbagai brand dan harga pun memang murah.  Tapi sebab nie hanya outlets brand-brand jadi barangan yang terkini tak de la.  Banyak barangan off season.
Antara brand yang ada.  Ada macam-macam lagi.
Habis shopping dengan gembiranya balik ke hotel dan malam tue keluar untuk makan.  Cerita makan-makan nanti cerita di lain kali. Dah banyak lain kali...  Naik teksi je kali nie dan sempat la ambil gambar masa dalam teksi tue.  Cantik HK waktu malam.
Malam tue balik dari makan ingat nak jalan-jalan lagi sebab malam terakhir tapi hujan renyai-renyai pulak jadi cuma masuk satu plaza, tak de apa sangat di plaza tue dan terus balik sebab kena kemas bag sebab esok nak balik dah....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??