Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Habibie dan Ainun


Salam semua...
Hari nie antara aktiviti yang dilakukan adalah menonton wayang di bioskop Grand Palladium Medan. Tayangan bermula 12.15 pm waktu Medan atau Waktu Indonesia Bagian Timur (WIT).  Movie yang ditonton adalah Habibie dan Ainun. Boleh baca sinopsisnya di bawah nie.  Kisah cinta antara bekas Presiden Indonesia BJ Habibie dan isterinya Ainun bekas wanita pertama Indonesia yang kemudiannya meninggal disebabkan kanser rahim.  Sebuah kisah cinta agung yang sangat menarik untuk ditontoni.  Nie taip dan copy paste menggunakan komputer di lobi hotel jadi leceh la nak guna lama-lama. Ok nanti sambung lagi dengan cerita-cerita lain pulak.
HABIBIE & AINUN 
Sinopsis nie copy paste je dari Cinema 21 :
Ini adalah kisah tentang apa yang terjadi bila kau menemukan belahan hatimu. Kisah tentang cinta pertama dan cinta terakhir. Kisah tentang Presiden ketiga Indonesia dan ibu negara. Kisah tentang Habibie dan Ainun.

Rudy Habibie seorang jenius ahli pesawat terbang yang punya mimpi besar: berbakti kepada bangsa Indonesia dengan membuat truk terbang untuk menyatukan Indonesia. Sedangkan Ainun adalah seorang dokter muda cerdas yang dengan jalur karir terbuka lebar untuknya.

Pada tahun 1962, dua kawan SMP ini bertemu lagi di Bandung. Habibie jatuh cinta seketika pada Ainun yang baginya semanis gula. Tapi Ainun, dia tak hanya jatuh cinta, dia iman pada visi dan mimpi Habibie. Mereka menikah dan terbang ke Jerman.

Punya mimpi tak akan pernah mudah. Habibie dan Ainun tahu itu. Cinta mereka terbangun dalam perjalanan mewujudkan mimpi. Dinginnya salju Jerman, pengorbanan, rasa sakit, kesendirian serta godaan harta dan kuasa saat mereka kembali ke Indonesia mengiringi perjalanan dua hidup menjadi satu.

Bagi Habibie, Ainun adalah segalanya. Ainun adalah mata untuk melihat hidupnya. Bagi Ainun, Habibie adalah segalanya, pengisi kasih dalam hidupnya. Namun setiap kisah mempunyai akhir, setiap mimpi mempunyai batas. Kemudian pada satu titik, dua belahan jiwa ini tersadar; Apakah cinta mereka akan bisa terus abadi?

Monday, December 24, 2012

Di Medan...


Salam semua...
Dah sampai Medan dalam pukul 11.30 pagi tadi dari Berastagi. Perjalanan sejauh 130km dan ambil masa lebih kurang 1jam setengah mengikut kata Pak Ardi tapi tadi dalam dua jam baru sampai.  Perjalanan macam turun dari Cameron Highland ikut laluan Tapah dan sangat mencabar.  Walaupun jalan bengkang-bengkok tapi Pak Ardi tetap memotong di mana yang boleh.  Wah.. memang kena berani untuk drive di Indonesia nie. Hari nie pun update blog di lobi hotel dan guna komputer hotel je senang sikit nak menaip jika dibandingkan guna handphone tapi tue la gambar tak dapat la nak letak di sini kecuali gambar nie yang upload melalui instagram dan fb boleh la cilok copy paste dan letak di blog.
Nie gambar semalam semasa singgah di air terjun Sipiso-piso one the way ke Berastagi. Pemandangan memang cantik dan ada kawan kata macam New Zealand.  Iye memang cantik cuma sayangnya tempat tersebut tidak berjaga dengan rapi.  Nanti la ada masa akan di blog cerita ceriti tentang ke Medan ini.  Insyaallah...
 
Ooo... sampai di Medah hari ini telah ke Istana Maimon, Pasar Ikan, ke beberapa shopping complex dan round-round Medan .  Di sini bermalam di Hotel Swiss-Belinn di Jalan Surabaya.  Ok la nanti akan sambung lagi.

Sunday, December 23, 2012

Bermalam Di Berastagi

Salam semua...
Dari Parapat, Danau Toba pergi ke Berastagi dan on the way singgah di air terjun Sipiso-piso yang mengambil masa lebih kurang tiga jam. Nak letak gambar tak bole sebab internet connection yang sangat slow kejap ada kejap tak de. Nie pun kena duduk di lobi hotel baru ada line. Dalam bilik langsung tak ada, bagi password je hrmmm...
Sekarang berada di Berastagi dan bermalam di Sibayak International Hotel and Cottage. Berastagi nie terletak di tempat tinggi jadi cuaca memang sejuk macam Cameron Highland. Nanti la bila balik nanti baru letak gambar dan cerita itu pun kalau rajin dan ada masa.

Friday, December 21, 2012

Perjalanan Ke KL

Salam semua...
Semasa dalam perjalanan ke KL tiga minggu lepas, terpaksa menghadapi jem bila saja masuk ke lebuhraya di Sungkai sebab ada lori terbakar berdekatan tol Slim River. Jadi dari tol Sungkai ke Slim River mengambil masa sejam setengah sebab kereta bergerak sangat perlahan.  Hari nie pulak bila ke KL sekali lagi terjumpa dengan kontainer yang terbakar selepas berhenti di RnR Ulu Bernam.
Nasib baik kali nie jalan tak jem pun.  Dari jauh dah nampak kepulan asap dan anggota bomba sedang memadamkan kebakaran.
Mungkin masa tue dalam pukul 12.30 tengahari kereta belum banyak lagi di lebuhraya jadi jalan ok tidak jem walaupun hanya satu laluan sahaja dibuka.
Gambar nie ambil sambil memandu (kalau JPJ nampak sure kena saman) jadi yang terakhir nie blur sikit. nampak tak kontainer tue terbakar, asap banyak keluar dari dalam kontainer.  Apa pun alhamdulillah perjalanan selepas itu berjalan lancar.

Sunday, December 02, 2012

Jumpa Kawan Lama - Noorazilah

Salam semua...
Bila datang ke KL mesti contact Noorazilah dan ajak jumpa.  Selalunya spot yang kami sering berjumpa kat mana lagi kalau tak area Masjid Jamek senang sebab saya dari LRT Bandar Tun Razak dan Zilah dari LRT Kelana Jaya.  Jalan-jalan kat Jalan TAR tengok-tengok kain dan tudung, selalunya tak beli pun dan berhenti makan sambil sembang-sembang.  Hari nie pun jumpa lagi di LRT Masjid Jamek dan terus je masuk di sebuah kopitaim untuk sembang-sembang, tak jalan ke mana pun kerana tak lama selepas tue hari pun hujan dengan lebatnya.  Zilah nie kawan baik semasa belajar di ITM, Shah Alam lagi.  Tak pernah putus hubungan walaupun selepas habis belajar sampailah sekarang. Lama dah tue....
Photo: Minum petang dengan Zilah... Di hujan yang lebat @ Jalan Tun Perak, KL
Happy sangat dapat berjumpa dengan Zilah sambil sembang-sembang dan berkongsi cerita tentang kehidupan seharian.  Macam-macam cerita bertukar ganti sambil bertukar pendapat dan idea.  Selalu mengharapkan dan berdoa agar Zilah selalu sihat dan gembira disamping keluarga tercinta... Doakan saya jugak ye Zilah my dearest friend...:$:$:$

Sunday, November 18, 2012

Buffet Dim Sum Di Quality Hotel

Salam semua...
Nie entry cerita makan-makan masa ke KL penghujung Syawal lalu. Dah lama pun tapi letak je la kan, kalo tak, tak de cerita dah sekarang hahaha....  Kebetulan gambar nie memang dalam lama diletak dalam senarai draf untuk dipublish tapi tue la tak sempat nak habiskan, nie pun dah terpaksa edit balik apa yang dicoret sebab dah lamakan.  Jadi kita lari kejap citer pasal makan-makan yang dah lama berlaku nie.  Boleh hilang tension dan stress bila tengok gambar makanan nie hehehe... Bila boleh pegi lagi nie???
Dah pernah buat satu cerita makan buffet dim sum di Hotel Quality, KL nie dulu. Kira nie kali kedua datang makan-makan di sini.  Hrmmm... bestnya terutama yang minat dengan dim sum dan makanan cina.  Kalau yang tak suka... mungkin tak kan dapat menikmatinya.  Yang atas nie dim sum yang dikukus.  Inti banyaknya dari udang yang memang terasa kesegarannya.
Ok yang atas dan bawah nie pulak dim sum yang digoreng.  Memang sedap la...
Atas nie dim sum yang manis seperti egg tart, yang lain-lain tue nak sebut nama pun tak tau jadi tengok je la gambar-gambar yang diambil.



Suasana dalam Meisan, sebab lambat sampai dari waktu yang dijanjikan jadi dapat tempat belah belakang.  Masa nie masih lagi awal jadi tak ramai lagi yang sampai.

Ada jugak yong tau foo sop dalam buffet tue, selain tue nasi goreng pun ada dan kuih-muih.
Yang atas nie memang sedap la kulit tue dibuat daripada keladi.

Monday, September 24, 2012

Breakfast Kat Mana Ye...

Salam semua...
Pagi sebelum balik ke Manjung tue breakfast di Sri Pandi, PJ cerita tentang makan-makan di sini pun dah pernah buat entry dua kali kalau tak silap. Seperti biasa di hari cuti umum memang ramai yang breakfast di situ. Jadi bila sampai dan order diambil, daun pisang akan diletakkan di hadapan kita menggantikan pinggan.  Tapi sebenarnya kalau tak nak pakai daun pisang pun boleh je minta pinggan.
Bila sampai je order terus dia letak atas daun pisang tue.  Kali nie pun order tosei masala.  Tosei yang dalamnya ada inti kuah kentang.  Memang best dan terbaek la... Kat Manjung tak jumpa lagi kedai yang jual tosei masala nie. Ehhh bermasalah betul nak makan kena pegi KL..
Lepas dah letak apa yang diorder dia pun bagi la pilihan kuah-kuah yang ada dalam bekas nie.  Yang nie yang kuahnya pekat seperti chutney kelapa, chutney mangga dan satu lagi tak sure pulak.  Ada satu lagi tue yang berkuah seperti kari ayam, ikan dan kuah dal. Letak la banyak mana yang nak pun. Habis minta je lagi...
Bila dah letak kuah yang pekat tue elok la tapi yang cair tue susah sikit la kan.
Kalau ke sini saya mesti order tosei masala dan adik pulak mesti order puri.  Kuah kentang dia memang sedap dan terbaek la...  Bila masanya makan-makan tak de yang terbaek?? Hehehe semuanya best dan terbaekkk...

Sunday, September 23, 2012

Makan Di William, Kelana Jaya Lagi...

Salam semua...
Minggu lepas semasa ke KL kan ke cuti 3 hari sempena Hari Malaysia pada 16 Sepetember. Jadi kali nie pun naik bas sahaja kerana lebih mudah dan save budget hehehe... Seperti biasa bas akan ke Hentian Duta dulu sebelum ke Pudu Central.  Dari Jalan Duta tue ambil masa sejam lebih baru sampai Puduraya sebab jalan sangat jem, nie keadaan jalan masa jem tue.  Adik kata memang sini selalu jem sebab orang baru balik keje dan tambahan cuti hujung minggu yang panjang.
Sampai rumah adik di BSP, dia ajak makan malam di William, Kelana Jaya. Hehehe... best memang suka bila dengar tue.  Seperti biasa suka sangat nak order air soda herbs dia dengan longan yang banyak tue.  Satu lagi order air mangga.  Dah pernah buat entry tentang makan di sini sebelum nie.
Gambar kelam dan malap je sebab tempat makan di kaki lima kedai yang cahayanya suram-suram je. Jadi gambar pun kelam jugak.  Nak pasang flash masa ambil gambar segan la pulak.
Kali nie order nasi goreng sup tendon. Walawei.... memang terbaek... Nasi goreng nie datangnya dengan sup tendon di atas yang ada daging, meatballs, tendon dan rasanya lidah lembu kot. memang sedap la dan lepas makan nie siap la kolestrol memang meningkat.
Nie nasi gorengnya, yang tak lokek dengan daging didalamnya. Isinya sama jugak seperti dalam sup tadi.  Tapi kali nie rasanya portion lebih kecil jika dibandingkan dengan dahulu. Kalau dulu daging yang diletak atas nasi tue besar-besar.
Satu lagi order cheese nan. Nasib baik nan nie tak besar sangat kalau tak jenuh jugak nak menghabiskannya.  Nie first time order cheese nan, dan rasanya memang tak menghampakan langsung, cuma kuah kari yang datang bersama nan tue biasa je.  Satu lagi dia bubuh jugak susu pekat. 
Bila sampai sini suka tengok apa yang orang lain order sebab menu tak disediakan.  Jadi sibuk la tanya pelayan nie apa namanya, tue pulak? Lain kali kalau ada orang nak bawa lagi boleh order yang lain pulak.

Saturday, July 28, 2012

Me At The I-City, Shah Alam

Salam semua...
Berkesempatan untuk ke I-City, Shah Alam pada hari Rabu 26 Julai 2012 yang lepas.  Dah lama nak ke sini, ini baru berkesempatan.  Tengok gambar je la ye... tak de mood la nak bercerita.. Apa pun memang cantik I-City nie dengan lampu yang berwarna-warni.
 

Saturday, July 14, 2012

Daging Rusa, Anyone???

Salam semua...
Masa ke Gerik dua minggu yang lalu seorang kawan yang pernah tinggal dan orang rumahnya pun orang Gerik bagi tau ada kedai menjual daging rusa tak jauh dari tempat penginapan.  Jadi bila ke Gerik sekali lagi untuk Program CBS pegi ke kedai tersebut untuk melihat samada ada atau tidak daging tersebut.  Balik dari pasar malam singgah di kedai Gerik Frozen nie, dan diberitahu memang ada dan kalau nak kena order sebab daging baru je sampai. dan sangat fresh.
Cuba tengok apa ada dalam kotak di bawah? Bila dengar saya tanya tentang daging rusa, seorang pakcik nie tunjuk apa yang ada dalam bilik dingin beku di kedai tersebut.  Nampak tak telinga dan tanduk rusa? Bukti bahawa daging tue sangat fresh.  Kedai nie jual daging rusa nie dengan harga RM 55.00 sekilo.  Wow... boleh tahan harga dia...
Sebelum balik ke Manjung singgah dulu di kedai nie untuk mengambil daging rusa yang dah diorder dan rupanya dia jual daging bersama-sama dengan tulang dan dah siap di pek sekilo-sekilo.  Hrmmm.... masak apa yang sedap ye?  Nanti nak google la resepi yang simple-simple.  Goreng pun sodap kan....

Sunday, June 24, 2012

Bermalam Di Gerik, Perak

Salam semua...
Dah lama tak ke mana-mana untuk menghadiri mesyuarat atau kursus.  Tahun nie baru sekali ke Ipoh untuk mesyuarat di SMT Ipoh dan tahun nie untuk kali ke dua akan bermesyuarat esok di SMT Gerik untuk satu program yang akan dijalankan pada pertengahan Julai nie.  Disebabkan mesyuarat bermula esok pagi jadi hari nie bermalam di Gerik setelah dapat kebenaran untuk lojing.  Kalau tak esok pagi-pagi sebelum subuh dah kena bertolak.
Sebab tumpang kereta kawan dan jadi penumpang jadi sempat la ambil gambar-gambar yang ada tulis pekan Gerik nie.
 Keadaan agak tenang dan nampak dah semakin banyak bangunan baru dibina.  Ini kali pertama bermalam di pekan Gerik, sebelum nie hanya lalu untuk ke Pengkalan Hulu dan Kelantan.
Bila sampai di Gerik keadaan tenang je tak de terkejar-kejar macam tempat lain.  Ikut kata kawan yang pernah tinggal di Gerik, Gerik sekarang dah semakin maju dan sibuk jika dibandingkan dulu.
Bila dah check in kat hotel, keluar makan.  Sebab tak tau kat mana nak makan singgah di satu kedai makan iaitu Nasi Lemak Ayam Godam.  Kat kedai nie hanya jual nasi lemak dengan ayam goreng je tak de lauk lain. Nampak ramai jugak orang yang makan di situ jadi cuba la.  Boleh tahan jugak nasi lemak dan ayam goreng dia.  Dihidangkan jugak serbuk-serbuk dari ayam goreng tue bersama-sama dengan nasi lemak.
Gambar nie baru je letak bila update entry nie pada 30 Jun 2012. Gambar nie masa on the way balik, kawan nak bungkus nasi lemak nie untuk dibawa balik tapi tutup sebab dia buka belah petang ke malam je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??