Terjaga pagi tadi dalam pukul 6.00 am, hujan lebat masa tue dok fikir bestnya kalau boleh terus tarik selimut dan tidur balik. Tapi hari nie ada pulak Program Perkembangan Staf dan Jamuan Akhir Tahun 2011 di Orient Star, Lumut. Nak tak nak kena la bangun dan siap-siap. Hurmmm....
Sampai awal sebab takut kalau lewat tak de parking pulak nanti. Program patut bermula pukul 8.00 am tapi dalam 8.35 am baru bermula ada hal apa tak tau la yang menyebabkan kelewatan. Kalau tau datang lewat.. sebab ada yang sampai dah dekat pukul 9.30 am. Macam mana tue...
Sesi pertama ceramah tentang Keselamatan Di Tempat Kerja oleh Encik Edham Khalid Bin Sheikh Ali dari CIDB. Dalam sejuk-sejuk hari hujan pagi dan dewan yang air-condnya pun sejuk menggigil, dengar la jugak ceramah. Nasib baik ceramah yang disampaikan agak menarik kalau tak sure ramai tidur dah.Sesi kedua pulak disampaikan oleh Tuan Haji Ruslan bin Musa, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah dari BPTV. Ceramah tentang Ke Arah Pemantapan Kolej Vokasional. Sesi tamat lebih kurang pukul 1.25 tengahari selepas sesi soal jawab.
Patutnya selepas tamat sesi kedua dan ucapan dari Pengetua ada majlis cabutan nombor bertuah sebelum makan, tapi disebabkan pihak hotel nak guna dewan kerana tempahan hanya sampai tengahari jadi terus ke cafe untuk makan dan cabutan bertuah pun diadakan di situ. Terpaksa la AJK KGKT angkut hadiah-hadiah tue ke cafe pulak. Kami yang lain terus je ke cafe sebab perut memang dah lapar dan pagi tue cuma makan roti Gardenia je. Huhuhu...
Lupa nak ambil gambar makanan yang dihidangkan, Biasa la ada nasi dengan fillet ayam dengan gajus, daging masak hitam, sayur goreng, tom yam seafood, sotong goreng tepung, fillet ikan masam manis, satay ayam, puding, rojak, buah-buah, apa lagi ye.... Bila diadakan cabutan bertuah, dapat tempat bakar atau BBQ. Sebelum nie pernah nak beli bila tengok orang sebelah rumah buat BBQ bakar satay, ikan, nie dah dapat tak payah beli dah. (Kijai dan Omar datang Manjung nanti boleh la kita buat BBQ. Jom...)
No comments:
Post a Comment