Masa jalan-jalan di HK ada 3 tempat makan halal yang dikunjungi. Nak tunjuk yang kedua iaitu Islam Food, Kowloon yang halal dan memang ada sijil halal seperti Islamic Centre Canteen sebelum nie. Ke sini selepas jalan-jalan di Ladies Market, Mongkok dan naik teksi je. Yang bestnya kat HK nie satu teksi boleh naik sampai 5 orang, sorang di depan dan 4 di belakang. Sebab kami yang berempat di belakang tue ada yang comei hehehe... jadi kena la berhimpit-himpit.
Naik teksi je sebab tak tahu cara nak pegi ke restauran nie. Lagi pun walau naik berlima tak de charge tambahan. Jadi bila kongsi 5 orang charge teksi tue rasa macam berbaloi jugak la. Masa sampai sini dah pukul 5.00 pm lebih. Memang lapar, sebab hanya breakfast je hari tue dan sepanjang di HK breakfast pun cuma makan maggi dan roti bekal yang dibawa dari sini.
Gambar kat dinding restoran, antaranya ada jugak gambar Farah AF2 dengan rancangan Rasa Halal HK Astro Oasis, Chef Zam dan beberapa selebriti dari mana tak kenal pulak (mesti la selebritikan kalau orang biasa tak kan depa nak ambil gambar dan letak kat dinding).Veal Goulash, signature dish restauran nie yang dimakan bersama dengan sos cili yang agak masin rasanya diperbuat dari taucu. Veal Goulash nie bila makan macam makan murtabak pulak rasanya. Sedap dan daging memang lembut mungkin sebab guna daging anak lembu kot.
Bila datang sini tak tau nak order apa sebenarnya, jadi main order je la apa yang nampak macam best di menu. Ada satu menu tue semua tulis dalam bahasa Cina jadi tengok menu yang bergambar dan ada tulisan dalam bahasa Inggeris je. Jadi yang dalam gambar nie je la kami order.
Kami juga order samosa tapi inti daging. Sedap jugak. Kemudian order satu nasi goreng iaitu fried rice with chilli and mixed meat speciality restoran nie. Tak order sorang satu sebab nak tengok dulu hidangan banyak atau tidak. Bila datang boleh tahan banyak jugak.Satu lagi order lupa la nama apa tapi macam mee goreng dengan hirisan daging. Boleh tahan sedap, order satu dan makan ramai-ramai. Hehehe... save budget.
Last sekali datang Hot Pot with Chicken and Wonton soup. Nie saya yang nak cuba sebab nak try sop. Banyaknya... sop dalam belanga tanah dan ayam setengah ekor dan wonton pun agar banyak boleh dapat sorang dua. Best la sop nie. Semua sekali HK$278.00.
Entry tentang HK nie saja buat sebab ada rakan yang akan ke HK dan saja tulis sebagai panduan dan sedikit sebanyak dapat membantu. Kalau dia pun bosan baca entah la... hehehe... bila habis cerita-cerita HK kurang la entry blog nie.
Kalau sesiapa yang berminat dan nak berkunjung ke HK nie la alamat restoran Islam Food:
G/F, No.1 Lung Kong Road, Kowloon City (Next to Chow Sang Sang Securities)
Tel: (852) 2382 2822 / 2382 8928
Business Hours 11:00am – 11:00pm
Business Hours 11:00am – 11:00pm
No comments:
Post a Comment