Dah habis sambutan dan cerita hari raya Aidil Adha, sebenarnya memang tak de cerita apa pun. Hari nie Rabu 9 November dan minggu depan bermula peperiksaan SPM. Rabu 16 November pulak kertas Sejarah 1 dan 2. Kira seminggu je untuk exam Sejarah. Berdebar-debar dan takut bila dikenang-kenang akan peperiksaan nie. Hari nie jugak pelajar-pelajar akan mula menyusun kerusi meja di dewan peperiksaan kerana besok guru-guru pengawas peperiksaan akan datang bermesyuarat dan melihat dewan peperiksaan.
Hari nie kelas terakhir bersama-sama dengan kelas VE8 dan VE2, bermacam-macam pesanan dan peringatan dititipkan untuk mereka. Sangat berharap semoga mereka mendapat kejayaan didalam SPM yang akan datang dan dalam hidup mereka seterusnya (Sangat berharap kualiti dan kuantiti mata pelajaran Sejarah akan meningkat tahun nie, Amin....). Harapan yang sama juga diletakkan kepada dua lagi kelas PK1 dan VE2,, semoga semua beroleh kejayaan.
Setelah lama menjadi guru pelbagai ragam pelajar yang dijumpai dan ada yang masih menghubungi sekali-sekala bila teringat. Alhamdulillah ramai yang telah berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Bila ada Fb senang untuk mengikuti perkembangan mereka dari segi kerjaya atau kehidupan berkeluarga. Semoga berjaya, Insyaallah... Amin...
No comments:
Post a Comment