Wednesday, August 31, 2011

145 - Merdeka Raya

Salam semua...
Hari nie sambutan hari raya yang kedua dan sekali gus kita menyambut hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta yang ke 54 tahun. Berkesempatan sekejap untuk online dan cuba update blog walaupun sikit saja. 
Tanggal 31.... bulan 8, 57....... Merdeka! Merdeka! Merdeka!
semoga bersama-sama kita menjadikan Malaysia aman makmur...

Saturday, August 27, 2011

144 - Kad Raya

Salam semua...
Saja nak tunjuk kad raya yang diterima pada Aidil Fitri tahun nie.  Dapat 5 sahaja 4 dari pelajar dan satu tu semua cikgu dapat.  Nampaknya setiap tahun jumlah kad yang diterima semakin berkurang.  Sebelum nie kawan lama Miza, setiap tahun akan menghantar kad raya tapi tahun nie tak de pulak.  Peredaran masa dan perkembangan teknologi menyebabkan ucapan melalui sms dan Facebook lebih famous dari kad raya.  Sebab tue bila dapat kad raya rasa seronok sangat sekarang.  Dulu-dulu masa kecil berlumba-lumba tengok sapa yang dapat kad raya paling banyak dan orang dulu selalu kad-kad raya akan digantung di dinding, pokok atau dahan kering.  Sekarang mana ada lagi semua tue.  Kiriman sms pun lama-lama kita akan delete tapi kad raya boleh simpan sampai bila-bila dan penuh nostalgia.

Friday, August 26, 2011

143 - Suasana Hari Raya - Anuar & Ellina

Salam semua...
Di sana sini suasana hari raya dah mula terasa. Ke pasaraya begitu ramai pelanggan membeli-belah persiapan untuk menyambut hari raya sama ada untuk memasak atau pakaian.  Kereta di jalan raya pun dah mula banyak.  Selalunya di hari Jumaat kereta memang banyak bila balik dari sekolah tapi hari nie jumlah kereta rasanya dah semakin bertambah di mana-mana sahaja,  terasa semakin banyak kereta dengan plet kereta dari negeri-negeri lain. 
Lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan Ellina antara lagu raya malar segar sampai ke hari ini.  Rasa gembira dan seperti raya semakin menghampiri bila mendengarnya...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri mohon maaf Lahir dan Batin.  Esok akan balik kampung di Taiping dan tidak pasti sama ada akan bole diupdate blog atau tidak dalam masa berada di sana.  Apa-apa pun jika ada peluang akan cuba untuk update blog walaupun seringkas yang mungkin....

142 - Salam Aidil Fitri 1432H

Salam semua...
 
 Selamat menyambut Aidil Fitri 1432 Hijrah kepada semua kenalan,
mohon maaf atas segala salah dan silap. 
Semoga selamat pulang dan kembali berhari raya di kampung masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??