Tuesday, November 29, 2011

Cuci Kereta

Salam semua...
Bila keluar dengan Maznah petang tadi (dah pukul 12.00 am lebih kira petang semalam dah nie), antara agenda dia adalah mencuci kereta di car wash yang pandu lalu atau automatik.  Ok la kan sebab sekejap je tak payah tunggu lama-lama.  Kebetulan ada kamera terus ambil gambar dari dalam kereta bila melalui mesin cuci kereta automatik tue.
 Banyak jugak kereta di car wash nie, siap beratur jugak la.
 Ramai dah pernah cuci kereta kat car wash automatic nie kan jadi tengok je la gambar.  Citer sikit-sikit je.
Mula-mula sembur air yang bertekanan tinggi supaya senang tanggal segala kekotoran.
 Bangla nie siap senyum lagi bila nampak kamera.  Yang nie masa cuci tayar dan dipancut dengan air bertekanan tinggi jugak.
 Lepas tue baru la letak buih sabun,
 Kemudian dia cuci sikit lebih kurang je kan sebab kita dalam kereta bukan boleh cakap apapun.
 Masuk pulak mesin nie untuk cuci secara automatik.
Sebelum tue kena make sure tayar kereta masuk kat landasan yang akan menggerakkan kereta.  Kereta jugak tak boleh brek masa nie.  Kena biar je dia gerak sendiri.
 Benda nie akan berpusing dan seterusnya mencuci kereta.


 Mesin nie nengeluarkan angin yang kuat untuk membuang titisan air yang ada di kereta .
Lepas siap dilap, sila bayar RM 3.00.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??