Friday, November 11, 2011

Aktiviti Hujung Tahun

Salam semua...
Hujung-hujung tahun nie kelas-kelas tingkatan 5 biasanya akan mengadakan jamuan akhir tahun.  Tapi entah kenapa tahun nie jamuan kelas tak serancak tahun-tahun sebelum nie.  Dari 4 kelas yang diajar hanya 2 sahaja yang mengadakan jamuan.  Walaupun sederhana sahaja tapi ingatan dan jemputan tue yang penting.  Jadi walaupun hujan pergi jugak la meraikan jemputan mereka.
Jamuan VE8 diadakan di Bilik Tayangan Sejarah, nie bila baru sampai ambil gambar sat dengan penyambut tetamu.  Pelajar lelaki sepakat berbaju kemeja kotak-kotak.
Jamuan kelas VE8 dan PK1 nie telah diadakan minggu lepas tapi nie baru nak buat entrynya.  Walaupun sederhana tapi meriah dengan makanan-makanan yang dihidangkan.
Jamuan VE8 diakhiri dengan sesi fotografi bersama-sama guru-guru yang hadir.
Jamuan PK1 pula diadakan di kelas mereka sendiri.  Pelajar lelakinya berbaju Melayu dan gambar nie sementara menanti kehadiran guru-guru lain.
Bersama Hanif dan Azan sebelum bermula jamuan.  Ada macam-macam makanan tapi lupa pulak nak ambil gambar jadi tunjuk dua tiga keping gambar dah la ye.
Pelajar perempuan bergaya dengan cekak rambut yang berbunga dan reben.  Gembira kerana mereka bekerjasama untuk menganjurkan jamuan ini walaupun tidak seperti ditahun-tahun lalu jamuan kelas diadakan di restoran di luar.  Didoakan semoga semua pelajar yang akan menghadapi SPM bermula 14 November 2011 ini akan mendapat kejayaan cemerlang,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??