Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

Langsir Baru

Salam semua...
Banyak peristiwa penting berlaku di bulan Januari.  17 Januari 2013 baru ini genaplah 10 tahun saya berpindah ke rumah yang saya tinggal sekarang. Dah lamakan... Alhamdulillah. Hujung tahun lepas semasa menemankan Belkies menempah langsir untuk rumahnya, saya pun ambil peluang untuk menempah langsir. Dah 10 tahun, ini baru la kali kedua saya menempah langsir.  Yang pertama tue ditempah semasa mula-mula nak masuk rumah lepas tue tak pernah tempah sampai la yang nie.
Atas nie sliding door, langsir yang ditempah nie simple je senang, sedondon dengan tingkap yang memang terletak bersebelahan pintu.  Kali nie warna yang dipilih berwarna coklat.

Tingkap dapur pun ubah dan buat yang simple jugak, lurus je dan ada riben. comeikan... hehehe...
Yang last sekali nie saja la nak tunjuk jugak langsir bilik.
Lepas nie tak tau la bila pulak nak buat langsir baru.  Mungkin 10 tahun lagi kot...

Saturday, June 02, 2012

Cubaan Pecah Masuk Rumah @ Mencuri

Salam semua...
Baru je semalam sembang dengan jiran sebelah rumah dan dia bagi tau rumah jiran selang 5 buah rumah dimasuki pencuri dan kehilangan motor.  Hari nie pulak masa tengah relaks-relaks tengok tv petang tadi anak jiran yang sedang menunaikan umrah bagi salam dan bagi tahu pintu rumah dia tak boleh buka.  Ok la pegi la tengok apa masalah pintu dan kunci rumahnya.
Bila sampai terperanjat sangat rupanya ada cubaan untuk pecah masuk, pintu nampak bekas-bekas diumpil. Kunci pun telah rosak dan pintu tak dapat dibuka.  Pintu grill pun telah dirosakkan.  Semasa ketiadaan "K" untuk mengerjakan ibadah umrah, anak-anaknya tinggal bersama mak saudaranya di Tanjung Karang dan petang tadi balik untuk menjenguk rumah.
 Bila tengok di tingkat atas nampak grill tingkat atas terbuka dan tangga pun terbuka sedangkan menurut anak "K", tangga tersebut ditutup dan diletak di tepi.
Seorang jiran panjat melalui balkoni untuk tengok jika pintu di bilik utama boleh dibuka atau tidak.  Tombol pintu pun telah dirosakkan tapi pintu tak boleh buka jugak.  Jadi macam mana nak masuk ke dalam rumah untuk lihat dan periksa barang-barang yang hilang?
Jadi dengan izin adik "K" pintu rumah telah diumpil oleh polis dan pakcik yang kebetulan sedang betulkan grill tingkap rumah yang telah dimasuki pencuri hari Rabu yang lepas.
Setelah beberapa ketika barulah pintu dapat dibuka dan bila diperiksa, pencuri tak sempat masuk ke dalam rumah mungkin sebab susah untuk membuka pintu.  Jadi kesimpulan jiran-jiran, bila tidak berjaya di rumah "K" dia langsung ke rumah "I" yang kehilangan motor, komputer, kamera dan sejambak kunci.  Moga Allah merahmati kawasan kejiranan saya dan tiada lagi kes-kes atau kejadian seumpamanya berlaku lagi.  Tadi dah ada ura-ura untuk menghidupkan semula kawalan kejiranan atau rukun tetangga.  Semoga semuanya selamat. Amin...

Saturday, October 01, 2011

171 - Kelam Seketika

Salam semua...
Dari pukul 1.30 pm dan dalam lebih kurang pukul 5.30 pm tadi baru elektrik ada semula.  Tak tau kenapa tiba-tiba bekalan elektrik terputus, terus terhenti kerja-kerja mengemas sebab keadaan yang agak kelam tambahan pulak hujan pun turun.  Tulis tajuk kelam sebab hari masih siang jadi tak la gelap gelita.  Hari Khamis malam baru nie bekalan air putus tapi nasib baik sekejap sahaja, hari nie elektrik pulak.  Nak ke mana-mana pun tak jadi, lagi pun kalau keluar shopping barang dapur hari Sabtu tak disediakan plastik.   Duk rumah je la.
Gambar nie ambik dari pakcik Google je.  Hehehe.. hari tue baca satu blog yang marah bila gambar-gambar masakan dan resepi yang diletak dalam blognya telah dicuri dan diupload dalam satu blog tanpa bagi apa-apa kredit.  Kalau kata ambik dari Google je boleh tak?

Thursday, May 05, 2011

Coretan Ke-51 - Dah Sampai Rumah

Salam semua...
Dah selamat sampai di rumah dari Pangkor.  Nasib baik ada kawan yang sudi menghantar balik ke rumah jadi tidak perlu menaiki teksi. Mula-mula memang bercadang untuk balik dengan teksi je sebab tue turun di Jeti Lumut kali ini, sebab jika turun di Jeti Marina Island perlu minta kawan untuk ambik kerana tiada transport di sana.
Lega dah sampai rumah.  Bole rehat dan buka komputer. Home sweet home.

Tuesday, April 19, 2011

Coretan Ke-26 - Kemas Rumah

Salam semua...
Hari nie cuti sempena hari keputeraan sultan teman (wah tetiba...) yang ke - 83.  Daulat Tuanku.

Kejap je dah petang, gitu la bila hari cuti rasa cepat sangat masa berlalu.  Tapi kalo hari keje terasa lambat pulak ye... Ajaib betul. Jadi jadual hari nie cadangnya nak kemas rumah tapi bila mengemas sambil bersulamkan fb, blogwalking tak de nya dapat kemas satu rumah cuma sempat mop lantai, lap tingkap dan kemas-kemas dapur je.  Yang lain tunggu lain kali la nampaknya.  Rumah tidak la kotor sangat cuma habuk tu memang dah dua tiga inci tebalnya.

Pernah panggil orang untuk tolong kemaskan rumah tapi tak puas hati la sebab rasa kalau buat sendiri mesti lebih bersih.  Jadi nie la jadinya buat sikit berhenti buka komputer, tengok tv, makan-makan, jadi kemas sikit  berhenti sambung lain kali. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??