Showing posts with label Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Perjalanan Ke KL

Salam semua...
Semasa dalam perjalanan ke KL tiga minggu lepas, terpaksa menghadapi jem bila saja masuk ke lebuhraya di Sungkai sebab ada lori terbakar berdekatan tol Slim River. Jadi dari tol Sungkai ke Slim River mengambil masa sejam setengah sebab kereta bergerak sangat perlahan.  Hari nie pulak bila ke KL sekali lagi terjumpa dengan kontainer yang terbakar selepas berhenti di RnR Ulu Bernam.
Nasib baik kali nie jalan tak jem pun.  Dari jauh dah nampak kepulan asap dan anggota bomba sedang memadamkan kebakaran.
Mungkin masa tue dalam pukul 12.30 tengahari kereta belum banyak lagi di lebuhraya jadi jalan ok tidak jem walaupun hanya satu laluan sahaja dibuka.
Gambar nie ambil sambil memandu (kalau JPJ nampak sure kena saman) jadi yang terakhir nie blur sikit. nampak tak kontainer tue terbakar, asap banyak keluar dari dalam kontainer.  Apa pun alhamdulillah perjalanan selepas itu berjalan lancar.

Sunday, August 12, 2012

Beli Kerepek Di Pusat Jualan Masri, Sekinchan

Salam semua...
Minggu depan dah nak raya kan. Jadi dah siap ke kuih muih atau kerepek untuk berhari raya.  Rasanya dulu-dulu kerepek nie jarang dijadikan hidangan untuk berhari raya, tapi sekarang nie boleh dikatakan kebanyakan rumah ada menghidangkan kerepek dan macam-macam jajan.  Sebab kerepek dan jajan nie boleh makan bila-bila masa kan tanpa rasa jemu.
Kalau tak sempat dah nak order boleh la ke Pusat Jualan Masri nie yang terletak di Sekinchan (promosi nie tak dapat apa-apa pun saja je sebab singgah di sini sewaktu balik dari Shah Alam ari tue).  Di sini macam-macam jenis kerepek ada tue yang kat papan tanda kedai nie dia tulis Empayar Kerepek Sekinchan.
Selain tue ada jugak dipasarkan barangan keluaran Agromas dan IKS sekitar Sekinchan di sini.
Antara produk-produk Argomas kopi, rempah ratus, minuman dan lain-lain lagi.
Macam-macam jenis kerepek ada. Nak beli dalam jumlah yang banyak atau siap dipack sekilo-sekilo pun ada. Kerepek ubi kayu je pun ada bermacam perisa.
Kedai Masri nie pun bersih dan tersusun jadi selesa sangat untuk memilih barangan yang hendak dibeli.
Yang bangunan kayu nie pusat jualan yang lama terletak bersebelahan je.  Mungkin dah jadi bengkel atau stor tak pasti pulak.  Gembira bila lihat peniaga bumiputera yang semakin maju.

Sunday, June 03, 2012

Naik Bas Ke KL

Salam semua...
Sekarang orang cerita tentang kisah cuti-cuti sempena cuti sekolah nie tapi sebab tak ke mana, hrmmmm... jadi nak cerita tentang cerita sebelum cuti sekolah je la.  Cerita nie terjadi pada 18 Mei 2012 yang lepas, hehehe baru berkesempatan nak masuk dalam blog.  Bukan ada cerita apa pun sebenarnya.  Tak pe la letak je la.  Lagi pun nie untuk coretan sendiri je.
Haaa... nampak tak tulisan kat gambar atas tue, Stesen Bas dan Teksi Seri Manjung. Setelah lama tak naik bas untuk ke KL jadi kali nie naik bas pulak.  Tambang bas dah RM24.00 sekarang, wah dah naik banyak jugak ye.  Teringat masa baru-baru kerja dan bila nak ke KL tambang masa tue hanya RM16.00 kemudian naik, naik sekarang dah RM24.00.
Masa tue masih lagi warden, jadi sama-sama berebut dengan budak-budak asrama naik bas sama ada untuk balik Taiping atau ke KL hahaha... Those were the days.  Jadi bila dah lama tak naik bas, ada la dalam 3 ke 4 tahun rasa teruja jugak.  Seronok naik bas nie sebab boleh tidur dan relax je kan.  Kalau drive penat dah la duit minyak dan tol lagi.  Suasana dalam bas, sib baik masa tue bas tak penuh jadi best la.
Bila sampai Puduraya yang dah pun dijenamakan semula jadi Pudu Sentral, wah nampak kemas dan lebih teratur.  Nie first time sampai Puduraya selepas siap diupgrade. Dari platform naik ke atas dah bertutup dan berpintu untuk elak asap bas naik ke atas la tue, sebab dah fully aircond kan. Canggih, canggih...
Dulu rasa macam sempit je, sebab kat sini la ada gerai-gerai dan kaunter bas Transnasional pun ada kat sini. Penuh nostalgia betul di Puduraya nie.  Masa belajar di ITM dan MPPM boleh dikatakan nie la tempat yang sering dikunjungi kira wajib dilawati setiap kali nak balik ke atau dari kampung.  Masa kat MPPM boleh dikatakan dua minggu sekali ke sini dari Melaka untuk balik rumah kakak di Cheras.  Macam-macam nostalgia ada, biarlah rahsia hahaha....    .
Tengok sekarang jadual perjalanan bas pun dah ada.  Ikut kata adik kalau ke TBS di Bandar Tasik Selatan lagi canggih.  Nanti la bila-bila naik bas dari sana pulak.
Nie dia Puduraya dari luar nampak kelainan dari dulu.  Lain kali naik bas lagi la bila-bila ke KL.

Saturday, December 03, 2011

Penat..

Salam semua...
Penatnya la tak tau nak cakap macam mana.... 4 hari berulang-alik dari Manjung ke Ipoh untuk mesyuarat.  Heran macam mana ada yang berulang-alik hari-hari kerana kerja di Ipoh dan rumah di Manjung.  Nasib baik la rumah dengan sekolah tak sampai setengah kilometer pun.  Sebelum nie bila mesyuarat untuk beberapa hari selalunya bermalam di Ipoh tapi tahun nie nak cuba berulang alik dan rasanya lepas nie kena bermalam di Ipoh la.  Tak larat nak berulang-alik setiap hari walaupun bergilir-gilir bawa kereta dengan Gie. Penat oooo....

Thursday, October 13, 2011

184 - Bazar Nanas Kampung Selabak

Salam semua...
Dalam perjalanana balik dari mesyuarat yang tak jadi semalam singgah di Bazar Nanas Kampung Selabak.  Bazar nie baru siap dan semasa kami ke sana semalam tak semua kedai dibuka.  Tak tau la kalau belum dibuka lagi sebab masa tue dah pukul 12.30 tengahari atau memang belum dibuka lagi.
Sebelum wujud bazar ini di simpang jalan nie banyak gerai yang dah agak uzur menjual nenas, ubi kayu, keladi, pisang dan sebagainya lagi.  Jadi bila siap bazar nie peniaga mempunyai ruang menjual yang lebih selesa dan tersusun.  Tempat untuk parking pun luas dan lebih selamat jika dibandingkan di masa dahulu.
Selain gerai menjual buah-buahan ada juga kedai makan di hujung sebelah kiri, kedai jahit dan sebagainya lagi.  Meh tengok gerai yang kami singgah semalam. Ada keladi dan nampak tak depan tue ada pisang tanduk.  Memang nie la tujuan utama singgah sebab Rozidah nak beli pisang.  Bila nampak pisang tanduk Rozidah dan Naimah terus beli sorang 4 biji.  Eh.. panggil biji kan? 

Nenas memang banyak dan merupakan jualan utama di bazar nie. Namapun Bazar Nanas kan...  tapi semalam tak de siapa pun beli nenas.  Jadi kalau sesiapa nak buat tart nenas dan susah nak dapat nenas datang la sini garenti ada je nenas.
Buah-buahan lain yang turut dijual betik, mangga dan pisang.  Selain tue ada jugak buah-buahan dari luar seperti epal dan oren.
Nie yang best dan susah nak cari sekarang - ubi kayu.  Goreng atau rebus dan cicah dengan sambal mesti sedap, terutama kalau ubi nie baru dan empuk.  Masa nie dah terbayang keenakkannya.  Ubi kayu kat atas nie ubi baru dicabut pada pagi tue dan memangg... best, terbaek...
Nie gambar gerai sebelah tapi tak singgah beli di sini jadi ambik gambar dari jauh je.  Barang-barang yang dijual pun lebih kurang sama je.

Tuesday, September 06, 2011

146 - Perjalanan Balik Dari Kampung

Salam semua...
Lama tak update selain sibuk dan tak ada line internet di kampung, malas nak update pun ada sebab sibuk dengan Fb bila diupload gambar-gambar semasa reunion banyak komen-komen yang perlu dijawab.  Hahaha... macam banyak menjawab komen-komen.  Nanti la akan letak gambar-gambar reunion raya di sini jika berkesempatan.

Nie nak cerita tentang kisah perjalanan balik dari Taiping ke Manjung hari Ahad yang lalu.  Kereta masih banyak dan kebanyakan kereta berhati-hati masa memandu.  Tidak banyak kereta yang laju dan potong-memotong seperti selalu.  Walaupun berhati-hati tapi terserempak dengan dua kemalangan.
Kejadian kemalangan yang pertama berlaku di corner sebelum SMK Dato' Idris, Pantai Remis.  Kemalangan nie seperti baru berlaku kerana boleh nampak orang ramai seperti sedang menolong mangsa kemalangan.  Sempat ambik gambar kerana masa nie kereta berhenti dan berjalan dengan perlahan.  Kemalangan antara lori dan kereta.
 Polis belum tiba dan nasib baik ada penduduk sekitar dan orang ramai yang prihatin menolong mangsa dan mengawal traffik.
Kemalangan kedua pulak seperti telah lama berlaku kerana tow truck pun dah sampai.. antara kereta Avanza dengan satu lagi kereta.
Bila tengok kemalangan walaupun mungkin kemalangan kecil terus lebih berhati-hati bila memandu kerana cuba ambil pengajaran dari peristiwa kemalangan tersebut.  Semoga kita sentiasa berhati-hati semasa memandu dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik ke mana sahaja destinasi kita.

Saturday, July 02, 2011

113 - Pokok Angsana

Salam semua...
Ambil gambar pokok nie masa dalam kereta.  Jadi tau la kalau ambik gambar masa kereta bergerak sure gambar bole.. je la.  Lagi pun orang yang mengambil gambar nie pun bukan pro, kamera pun biasa-biasa je.  Selalu bila lalu kat Lake Garden Taiping suka sangat jalan nie dengan pokok angsana di seberang jalan tapi dahannya ada yang sampai mencecah tasik di seberang jalan.  Betul ke pokok nie namanya angsana?  Kalau salah sapa yang tau betul kan la ye..
Pokok-pokok nie la yang menjadikan Taman Tasik Taiping istimewa dan unik dari taman-taman tasik lain di Malaysia.

Tuesday, May 31, 2011

Coretan Ke-79 - Dah Sampai KL

Salam semua...
Semalam bertolak ke KL pukul 10.15 pagi.  Saya nie bila drive tak nak la drive malam terutama kalau ke tempat yang yang tak berapa familiar iye la nak kena drive sensorangkan... Adik dah pesan keluar lewat sikit sebab dia kerja, tapi tue la bila nak ke KL rasa gementar mesti ada sebab hanya tau satu jalan je bila nak ke Bandar Seri Permaisuri.  Kalau masuk salah jalan sure sesat.  Nie yang nak GPS.. Kalo tak semedang la suspen dan gelabah bila drive... Mana bagus cam tue kan.... NAK GPS!!!!... hehehe...
Lepas berhenti makan soto kat Pasir Penambang teruskan perjalanan dan alhamdulillah tak sesat.  Sampai Bandar Seri Permaisuri dalam pukul 2.30 petang.  Nak buat apa adik kata dia sampai dalam pukul 4.30 nanti.  Jadi round keliling Bandar Tun Razak dan terus ke Taman Tasik Seri Permaisuri.  Nak makan pun kenyang lagi.  Lepak-lepak kat situ la... sib baik ada buku cerita bole la baca orang kata to kill the time... sambil-sambil tue makan asam. 
Ramai jugak orang di tasik nie ada yang jogging, berkelah dan saja jalan-jalan.  Duduk sini sampai pukul 4.00 bila adik kata dia dah on the way.  Lega rasanya sebab kerusi tue dah rasa tak selesa bila duduk lama sangat.  Terus bangun dan tunggu di kedai makan pulak sambil minum kopi....

Tuesday, May 03, 2011

Coretan Ke-48 - Perjalanan


Salam semua...
Sampai di Pangkor Holiday Resort dalam pukul 4.30 pm.  Duduk-duduk kejap cuba buka komputer dan tengok ada wifi di sini.  Wah bestnya terus buka internet.  Boleh la berfb dan buka blog bila free.
Kali nie ke Pulau Pangkor melalui Marina Island.  First time melalui jeti Marina Island dan tidak ramai orang yang menaiki bot dari sini.  Bagi yang kali pertama menggunakan perkhidmatan di sini, perlu menjadi ahli Marina Island Travel Club terlebih dahulu.  Ada dua pakej individu RM 5.00 dan RM 10.00 untuk keluarga selama setahun.  Pejabat jualan tiket feri dan keahlian Marina Island nie begitu selesa dan besar.  Mungkin dengan lebih promosi lebih ramai yang akan ke Pulau Pangkor melalui Marina Island yang hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja berbanding Lumut lebih kurang 30 minit.

Pejabat jualan tiket yang lengang dan masa membeli tiket hanya saya sorang saja yang berurusan.
Kad keahlian yang dapat masa itu juga di mana di belakang kad itu di scan gambar ic kita.
 
Wah semakin menghampiri Pulau Pangkor.  Walaupun dah selalu ke sana tapi kali ini teruja juga kerana kali pertama ke sana melalui jeti Marina Island.
  Tiket akan discan terlebih dahulu sebelum bole masuk ke bahagian departure.
  Bot dah sedia menunggu.  Lebih kecil dari bot yang melalui Jeti Lumut.
  Itu dia jeti Marina Island yang ditinggalkan.
 
Semakin jauh dan semakin dekat menghampiri Pulau Pangkor.
  Dah mula kelihatan bot-bot nelayan di Pulau Pangkor.
  Semakin menghampiri Jeti Pangkor.
  Dah sampai pun.
 
Terus ke tempat teksi untuk ke tempat penginapan.  Di Pangkor teksi adalah van berwarna pink.

  Masing-masing mencari teksi ke tempat penginapan.  Kumpulan nie nak ke Coral Bayview.  Satu teksi dimuatkan 5 orang dengan bayaran RM 2.00 seorang atau RM10.00 satu teksi.
 Tu dia Pasir Bogak terus...
Entry nie saja je letak gambar-gambar, sampai di bilik terus je rehat-rehat dan esok mungkin baru nak ke Kota Belanda dan nak cari laksa goreng Mak Unggal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??