Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Van Terbakar

Salam semua...
Selesai melakukan beberapa perkara setelah balik dari sekolah, baru balik ke rumah dan masa nie terima satu sms dari Salina yang mengatakan ada satu van terbakar berhampiran dengan rumah.  Bila sampai van yang terbakar tue telah dipadam kebakarannya dan bomba masih lagi dalam usaha memadamkan kebakaran yang mungkin masih lagi bersisa.
Cuma lihat dari jauh sahaja tak la pulak pegi ke tempat kejadian.  Nampak ramai yang memerhatikan kebakaran dan pelajar sekolah sebelah pun melihat kejadian tersebut.
 Ok zoom sikit kamera, nampak tak bomba sedang memancutkan air ke arah van tersebut.
Tak pasti pulak van apa yang terbakar nie, sama ada van yang membawa pelajar sekolah atau persendirian.  Bila fikir alhamdulillah nasib baik hanya satu van sahaja yang terbakar dan tidak merebak ke tempat lain.

Monday, March 05, 2012

Memandu Dalam Gelap

Salam semua...
Bila dah seminggu nie asyik keluar rumah dalam pukul 6.30 am, sering bertemu dengan pemandu tak kira la kereta atau motor yang tak suka buka lampu walaupun hari masih lagi gelap.  Tak tau la pulak kalau lampu mereka rosak.  Kalau rosak berani pulak mereka bawa kereta atau motor tanpa lampu.  Mungkin mereka berpendapat hari dah siang dan mata mereka boleh nampak kenderaan lain.  Tapi tue la masalahnya pemandu yang lain tak semua nampak kereta atau motor yang bergerak tanpa membuka lampu.  Kalau jadi apa-apakan dah menyusahkan banyak pihak.  Boleh tak cakap pemandu macam nie pentingkan diri sendiri.

Ada sejenis lagi pemandu yang suka pulak pasang lampu tinggi bila memandu dalam gelap.  Nie kira betul-betul pentingkan diri sendiri.  Sebab bila berdepan dengan kereta macam nie memang mengganggu pemanduankan...  Tue belum lagi kira kereta yang pasang lampu putih, apa ye nama lampu tue?  Lupa pulak.  Memang la cantik, tapi kereta lain bila berdepan dengan kereta macam tue kan sakit jugak mata termasuk la hati kan...

Tuesday, November 29, 2011

Tukar Tayar Kereta

Salam semua...
Dalam entry sebelum nie ada kata yang hari nie menyelesaikan beberapa perkara berkenaan kereta.  Ok entry nie kira sambungan tentang kereta lagi.  Lepas renew lesen memandu terus ke bank untuk keluarkan duit dan bayar duit kereta.  Lepas tue ke kedai tayar untuk tukar tayar sebab tayar dah agak uzur keadaannya.
First mesti la buka tayar dulukan.
 Sempat tengok sport rim yang dijual di kedai tayar tue.  Cantik-cantik dan harga pun boleh tahan mahalnya.
 Dah buka pun tayar.
 Nie masa nak keluarkan rim kereta dari tayar.
 Dah siap pasang tayar dia pasang benda nie untuk  alignment kereta.
Semua pakai komputer je tak macam dulu-dulu kan, jadi senang la sebab kat komputer tue akan bagi tau mana yang tak centre ke apa.

Sambil-sambil tue dia pusing-pusing stereng dan tengok komputer mungkin untuk bagi centre.  Tak tanya pun tengok je la apa dia buat.
Dah tukar tayar dia kata seelok-eloknya tukar jugak chamber kit.   Aiseh nak buat cam mana tukar je la.  Satu benda nie je RM 65.00.  Kena tukar 2 ye.  Banyak betul keluar duit tentang kereta hari nie.  Tak pe la janji kereta tak meragam dan selamat.  Insyaallah. Amin.

Lesen Memandu Oh Lesen Memandu...

Salam semua...
Hari nie banyak yang perlu diuruskan berkaitan dengan kereta.  Mula-mula cerita tentang renew lesen memandu dulu la ye yang dah tamat tempoh pada 27 November 2011, Ahad baru nie. Baru lagi tue, ada kawan seorang tue dah mati lesennya pada 8 Oktober lalu relaks je tak renew lagi. Lupa yang Isnin cuti sempena Awal Muharram jadi hari nie kena settle dan renew lesen dulu sebelum selesaikan urusan yang lain.  Lagi pun esok pagi-pagi perlu ke Ipoh untuk mesyuarat selama 3 hari jadi memang tak berkesempatan untuk hidupkan balik lesen tue dalam minggu nie kalau tak buat hari nie.
Memang selalu hidupkan lesen nie 3 tahun sekali, tengok tarikh lesen tue dah tamat pun.  Jadi lepas ambil Maznah terus ke JPJ dan lepas tue baru nak breakfast.  Ambil nombor giliran, sekejap je tunggu dah kena panggil dan kerani JPJ tue kata, akak ada saman JPJ tak settle lagi jadi tak boleh renew lesen nie... Alamak!!!
 Saman di Pulau Pinang pada 15 Julai 2009, dah lama tue dan dia suruh ke Bahagian Penguatkuasa untuk settle saman dulu baru boleh renew saman.  Bila ke Bahagian Penguatkuasa, dia semak dan saman nie tentang penggunaan telefon semasa memandu.   Laaa... saman nie ke.... ingat dah settle sebab minta seorang kawan tolong settlekan, rupanya nan adoo...  Kerani JPJ di situ ingatkan lain kali buat sendiri sebab nie perkara personal.  Perkara nie dah dibawa ke mahkamah Bukit Mertajam dan kes tak selesai lagi.  Jadi hendak tak hendak kena la bayar saman kalau nak renew lesen memandu.
Tue dia kena bayar saman RM200.00.  Ingat kena tinggi lagi sebab kes tahun 2009, nak buat cam mana lain kali kena beringat la.  Jangan menggunakan telefon sewaktu memandu, kalau nak guna jugak, guna handsfree dan lain kali apa saman pun kena settle sendiri.  Hrrmmm....
Lepas bayar saman dia kata kena tunggu dalam 12 minit untuk masuk dalam sistem baru boleh renew lesen.  Terus renew 3 tahun jugak, mula-mula ingat nak buat untuk 5 tahun tapi bila jadi macam nie tak tahu pun saman tak settle buat 3 tahun dah la.  Dan mulai sekarang lesen boleh direnew menggunakan tarikh hari jadi.   Jadi kebetulan tarikh lahir tak lama dah jadi nampak tak tarikh mati lesen tue 3 Januari 2015.  Kononnya supaya tak lupa.  Bila ingat birthday ingat la nak renew lesen memandu.

Cuci Kereta

Salam semua...
Bila keluar dengan Maznah petang tadi (dah pukul 12.00 am lebih kira petang semalam dah nie), antara agenda dia adalah mencuci kereta di car wash yang pandu lalu atau automatik.  Ok la kan sebab sekejap je tak payah tunggu lama-lama.  Kebetulan ada kamera terus ambil gambar dari dalam kereta bila melalui mesin cuci kereta automatik tue.
 Banyak jugak kereta di car wash nie, siap beratur jugak la.
 Ramai dah pernah cuci kereta kat car wash automatic nie kan jadi tengok je la gambar.  Citer sikit-sikit je.
Mula-mula sembur air yang bertekanan tinggi supaya senang tanggal segala kekotoran.
 Bangla nie siap senyum lagi bila nampak kamera.  Yang nie masa cuci tayar dan dipancut dengan air bertekanan tinggi jugak.
 Lepas tue baru la letak buih sabun,
 Kemudian dia cuci sikit lebih kurang je kan sebab kita dalam kereta bukan boleh cakap apapun.
 Masuk pulak mesin nie untuk cuci secara automatik.
Sebelum tue kena make sure tayar kereta masuk kat landasan yang akan menggerakkan kereta.  Kereta jugak tak boleh brek masa nie.  Kena biar je dia gerak sendiri.
 Benda nie akan berpusing dan seterusnya mencuci kereta.


 Mesin nie nengeluarkan angin yang kuat untuk membuang titisan air yang ada di kereta .
Lepas siap dilap, sila bayar RM 3.00.

Tuesday, October 11, 2011

181 - Servis Kereta dan Makan-makan di Sushi King

Salam semua...
Hari nie lepas sekolah hantar kereta untuk servis dan tinggalkan di sana.  Minta tolong Cik Nah untuk hantar dan bila dah siap servis nanti nak minta tolong untuk ambil kereta pulak.  Hari nie selain servis biasa, air cond jugak diservis sebab sepatutnya dah dilakukan semasa servis yang terdahulu tapi minta tangguh sebab masa tue tayar kereta perlu ditukar, jadi kali nie elok la servis je.  Tue la jadinya orang yang tak pandai pasal kereta bila dia kata kena tukar nie atau buat tue, terus je kata ok buat la.  Cuma minta tangguh kalau masih lagi boleh bertahan macam servis air cond.  Nie semua sebab nak make sure kereta dalam keadaan yang baik dan tak de problem. Insyaallah.  Masa hantar kali nie minta dia tengokkan stereng sebab macam berbunyi sikit bila corner, dan katanya ada leaking kat mana entah yang menyebabkan absorber perlu ditukar.  Hisshhhh duit lagi tue...
Balik dari ambil kereta, Cik Nah ajak makan di Sushi King sebab sejak dibuka kat Tesco Manjung dia tak pernah makan di sana lagi.  Saya ok je bab makan-makan nie hehehe...
Kali nie cuma ambil dua je pinggan sushi satu tue unagi atau sushi belut seperti di gambar atas.  Nie memang sushi favourite dan satu lagi kat gambar yang atas sekali sushi apa tah lupa namanya.

Selain tue order tokayaki  macam dalam gambar di atas.  Rasanya masa makan sebelum nie lagi sedap sebab memang tengah panas betul.  Bila makan hari nie rasa macam takoyaki di JJ Maluri lagi sedap pulak.
Gambar air pun ambik jugak la.  Hahaha.. order green tea je sebab free dan lepas tue nak makan ais krim pulak.
Masa sampai dah pukul 5.30 pm dan tak banyak jenis sushi kat revolving sushi. Bila dah pukul 6.15 pm baru  semakin banyak sushi yang siap dan diletakkan di situ.
Bila tengok tak banyak sushi yang best-best jadi order yasai tenpura di atas.  Nie semua sayur-sayuran seperti kacang panjang, cendawan, keledek, lobak merah, terung dan bawang besar, bila celup dalam sos di sebelah tue sedap la pulak.
Last sekali order aiskrim yang atas nie Cik Nah order dia panggil Ogura aiskrim vanilla dengan pes kacang merah.  Saya pulak ambil Matcha iaitu aiskrim teh hijau dengan pes kacang merah.  Rasanya macam murah sikit aiskrim kat sini sebab satu tue RM 4.90 berbanding dengan beberapa restoran yang lain.

Wednesday, June 01, 2011

Coretan Ke-84 - Kereta Antik

Salam semua...
Jarang nampak kereta antik berada di jalan raya.  Semalam masa on the way nak ke Mid Valley terjumpa kereta klasik nie.  Wow... cantik betul, laju je meluncur di jalan raya.  Tak la berminat untuk memiliki kereta macam nie tapi suka tengok sebab bukan senang nak jumpa sekarang.
Tuan punya mesti banyak keluarkan belanja untuk maintain kereta.  Masa nie dia mungkin ronda-ronda  sambil menghirup angin yang dah nak senja masa tue. 

Friday, April 29, 2011

Coretan Ke-39 - Halangan

               

Salam semua...
Hari nie hujan dan semasa balik dari sekolah pun masih lagi hujan.  Jadi tergesa-gesa ke kereta kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.  Hari nie kan Jumaat jadi dalam pukul 12.30 tengahari urusan pejabat sudah ditutup untuk solat Jumaat.  Tapi alangkah hampanya bila melihat ada kereta menghalang laluan untuk keluar dari tempat parkir.
Saya tidak kisah jika ada yang meletak kereta di laluan tersebut tapi pastikanlah cepat kerana orang pun ada urusan lain.  Nie terpaksa menunggu dan melambatkan urusan.  Yang hairan tue bila ditegur marah pulak sedangkan siapa sebenarnya yang bersalah??? 

Tuesday, April 26, 2011

Coretan Ke-33 - Saman

Salam semua...
Dalam kesibukan kerja sempat jugak meluangkan masa untuk mengambil surat berdaftar di pejabat pos yang dah masuk hari ke 10.  Jika lebih daripada 15 hari surat berdaftar tersebut akan dihantar kembali kepada pengirim, tue yang cari jugak masa untuk mengambil surat tersebut sebab kebetulan semasa surat berdaftar tersebut dihantar saya tiada di rumah.  Pernah sekali datang surat berdaftar di kampung dan kebetulan masa menerima surat pemberitahuan tersebut dah lebih 15 hari jadi surat tersebut dihantar balik.  Jadi sebab fikirkan surat tersebut adalah surat yang dinantikan ini, jadi saya pastikan sebelum 15 hari surat tersebut diambil.

Bila sampai pejabat pos terus ambil nombor giliran dan dapat nombor 1150 dan masa tue no 1137 sedang berurusan di kaunter.  Jadi mungkin sekejap la kot menunggu.  Tapi tak tau la kenapa kena tunggu sampai 40 minit baru no giliran saya sampai.   Lambatnya... entah kenapa pejabat pos nie memang selalu dari dulu-dulu lagi lambat sangat untuk selesaikan satu-satu urusan.

Dah la tunggu lama, bila dapat surat, tengok-tengok surat saman.....
Uuwwaaaaa...... nampaknya melayang la RM300.00.  Masa orang sibuk-sibuk bayar saman awal tahun dulu nasib baik tak de saman tapi nampaknya dah ada pulak satu saman.  Kalau tahu surat berdaftar tue surat saman sumpah tak sibuk-sibuk ambil kat pejabat pos tadi.  Baik biar je......
 
Pak polisi tak boleh nyorok-nyorok lagi ye untuk saman pemandu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??