Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Sunday, October 05, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam semua...
Hari nie 10 Zulhijjah 1435 Hijriah, Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qorban.  Nampaknya tahun nie raya di Manjung saja dan macam tak de sambutan pun sebab tak de pun masak ketupat atau rendang.  Sebab bila raya tanpa ketupat dan rendang nie macam tak berseri je tambah tak de sapa-sapa pun yang datang berhari raya bersama huhuhu...
Cuma masak mee kuah je untuk hari raya nie dan beli kek karamel dari jiran sebelah rumah. Semalam dah petang baru ke kedai untuk cari bahan-bahan untuk memasak, banyak benda yang dah habis jadi masak je la dengan apa yang ada.  Alhamdulillah.... ada jugak kawan yang berkunjung jadi hidang mee kuah nie je la... sebenarnya tak tau nak panggil mee rebus atau mee kari bila ditanya senang cakap je mee kuah sebab berkuahkan. 
Ok selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua...

Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha..

Salam semua...
Hari nie kita menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Qorban dan pada semua muslimin dan muslimat,semoga semua diberikan-NYA keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan pada hari yang mulia ini.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Renung dan hayati semangat disebalik hari perayaan ini agar ia memberi sinar dan dorongan untuk terus berkorban apa saja demi agama, bangsa dan negara, insyaallah..

Saturday, September 22, 2012

Perjumpaan Raya Rakan-rakan ITM

Salam semua...
Hujung minggu lepas ke Kuala Lumpur.  Selain cuti hujung minggu selama tiga hari, ada perjumpaan hari raya bersama-sama dengan kawan-kawan yang belajar di ITM, Shah Alam dahulu.  Kebetulan Mona, setuju untuk jadi hos dan perjumpaan telah diadakan di rumahnya di Shah Alam.  Rasa perlu juga hadir kerana Mona setuju untuk tukar tarikh dari 8 ke 15 Ogos bila diberitahu 8 Ogos tue saya ada sekolah ganti.  Alhamdulillah....
Gambar di atas nie bersama-sama rakan-rakan yang hadir dan pasangan masing-masing, Anak-anak tak masuk pulak dalam gambar.

Kek di atas di bawa oleh Yazzed, nampak tak tahun berapa?  Kira persahabatan dengan kawan-kawan ITM nie dah masuk tahun ke 25 atau Jubli Perak.  Lamakan dan terasa kami sangat rapat tambahan setiap tahun diadakan perjumpaan untuk eratkan kembali silaturrahim dan mengenang kisah-kisah lama semasa zaman belajar dahulu.
Gambar di atas nie kawan-kawan perempuan yang hadir kecuali Miza je tak ada dalam gambar.  Dari kiri Zilah, Ana, Siti, Mona dan Yasmin

Nie pulak gambar kawan-kawan lelaki dari kiri Ipin, Lan, Sham, Yazzed, Khobil, Bob dan Salwi.  Rasanya lebih meriah jika lebih ramai yang dapat hadir tapi walau apa pun kehadiran 13 orang rakan bersama family pun sudah terasa kegembiraan dan kemeriahannya.  Hrmmm... lain kali kena promosi lebih lagi untuk ajak lebih ramai yang hadir.

Bila jumpa beramai-ramai begini, makan bukan la agenda yang utama tapi lebih kepada bertanya khabar berita selain mengenang kembali kisah-kisah silam.  Macam-macam cerita keluar. Hahaha.... tambahan pula gambar-gambar zaman belajar dulu ada dibawa, jadi ada la bahan cerita untuk dikongsi bersama.

Ok gambar yang nie ada Miza sekali.  Ikut kata Lan dia akan cuba adakan perjumpaan sempena Jubli Perak persahabatan kami tahun hadapan dan lebih ramai kawan-kawan akan cuba dijemput.  Kalau diperjumpaan tahun 2010, Azmi dari Sarawak boleh turun ke Shah Alam, jadi diharap tahun hadapan mungkin kawan-kawan dari jauh dan dekat akan lebih ramai hadir. Insyaallah.

Wednesday, September 19, 2012

Perjumpaan Raya 2012

Salam semua...
Syawal sudah pun melabuhkan tirainya hari Ahad yang lepas dan sekarang sudah pun 3 Zulkaedah 1433, tapi boleh tak kalau baru nak masuk entry tentang perjumpaan hari raya?  Semenjak dua menjak nie memang terasa sangat sibuk dengan kerja-kerja luar selain dari mengajar. Semuanya perlukan perhatian segera lepas satu-satu.  Ok berbalik pada cerita kita kali nie, pada 21 Ogos 2012 bersamaan dengan 3 Syawal telah diadakan satu Perjumpaan Raya untuk rakan-rakan dari Sekolah All Saints, Kamunting di Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Kamunting.  Ini merupakan perjumpaan kami kali ketiga di hari ketiga Syawal.  Memang dah menjadi rutin dan ketetapan bahawa setiap 3 Syawal Perjumpaan Raya akan diadakan.
Gambar yang atas nie semua yang hadir pada perjumpaan tersebut.  Lebih istimewa kerana kali ini 3 orang guru turut hadir sama iaitu Cikgu Koshim, Cikgu Rusnah dan Cikgu Yati.  Akan lebih bermakna jika lebih ramai guru yang dapat hadir bersama. Selain itu ada juga beberapa orang rakan dari batch yang sama baru pertama kali hadir di perjumpaan ini seperti Fadzillah, Sabariah  dan Zul Unta (nie nama glamer kat sekolah dulu).  Kira selepas habis sekolah nie baru bertemu semula.  Alhamdulillah.
Tahun nie rakan-rakan satu batch yang hadir hanya 17 orang berbanding dengan perjumpaan sebelum ini.  Apa pun kemeriahan tetap dirasai dan moga di lain pertemuaan lebih ramai yang dapat hadir untuk bagi sokongan kepada rakan-rakan yang telah bertungkus lumus menganjurkan perjumpaan ini.  Gambar  di sebelah atas nie adalah rakan-rakan satu batch yang hadir.
Di atas nie gambar junior dengan cikgu-cikgu. Batch saya dan junior sangat rapat jadi setiap kali diadakan pertemuaan kami adakan sekali untuk kedua-duanya.  Jadi kehadiran pun akan lebih ramai dan meriah.  
Atas nie pulak gambar Jawatankuasa yang terlibat dengan program tersebut.  Walaupun programnya kecil sahaja tapi bila ada sokongan dan kerjasama daripada ramai rakan maka sesuatu kerja tue dapat dilakukan dengan enjoy dan jayanya.
Seperti biasa bila ada majlis reunion atau perjumpaan seperti ini muka yang sama yang akan hadir dan muka yang sama juga yang tidak dapat hadir.  Biasa la tue bila ada pertemuan untuk group yang lain pun benda yang sama berlaku.  Bukan semua rakan-rakan yang excited untuk berjumpa rakan-rakan lama.  Entah la saya je kot yang seronok dan sangat excited bila berjumpa dengan rakan-rakan, terutama bila sudah lama tidak berjumpa.  Ok apa pun moga pertemuan di lain masa lebih ramai yang akan dapat hadir untuk memeriahkan dan dapatlah silaturrahim dipereratkan semula.

Monday, September 10, 2012

Majlis Hari Raya

Salam semua...
Entry nie patutnya nak letak semalam tapi tak sempat. Sibuk apa tak tau la...  Ok setelah beberapa kali menolak ajakan MK dan isterinya Nancy untuk ikut serta ke rumah terbuka Hari Raya tahun lepas, Deepavali dan Tahun Baru Cina, jadi bila kali nie diajak untuk menyertai mereka ke Majlis Hari Raya Aidil Fitri, Wisma Samudera tak de alasan untuk menolak. Majlis ini diadakan semalam 9 September 2012, di Wisma Samudera atau pun Mes Pegawai TLDM di Lumut.  Hahaha... buat selamba je ikut MK sekeluarga untuk open house nie.
, 
Nie menu yang diletak di atas meja ada pelbagai jenis hidangan dari tema hari raya, untuk kanak-kanak, pencuci mulut dan sebagainya.  Memang best la cuma nak ambil atau tak je dari pelbagai gerai yang disediakan.

Sebelum ambil makanan ambil gambar dulu.  Isteri MK, Nancy memang suka bergambar rupanya kebetulan baru beli kamera jadi apa lagi klik sana. klik sini...  Anak-anak MK, Vasan dan Vimal pun turut serta ke majlis hari raya ini.
Sambil menikmati juadah, disediakan juga nyanyian dari penyanyi dan pemuzik yang juga terdiri dari tentera TLDM sendiri.  Suara masing-masing boleh tahan, rasanya kalau masuk Bintang RTM ada harapan untuk menang.  Kalau AF tak tau la boleh menang ke tak sebab undi penonton kan hahaha....

Gambar nie kebanyakkannya diambil dari Fb Nancy.  Satu dua je dari kamera sendiri.  Makanan disediakan di beberapa station seperti kambing dan ayam panggang, lemang, ketupat dengan rendangnya, nasi dagang, mee dan kuey teow goreng, soto dan mee rebus, nasi dagang, keropok lekor, ABC, cendol, ais krim, pelbagai pencuci mulut dan apa lagi ye....  Tengok je la gambar kat bawah nie.

Dalam macam-macam hidangan tue cuma ambil yang kat bawah nie dan soto sahaja.  Lepas tue baru ke station pencuci mulut. Apa pun memang sedap semuanya.  Tak rugi ikut hahaha... lain kali kalau MK ajak boleh ikut lagi....
Sebelum balik MK ajak tengok taman dan bergambar lagi.  Dan bawah nie MK sekeluarga,  Memang satu Malaysia. Thanks MK and Nancy...

Monday, August 27, 2012

Aidil Fitri Yang Penuh Warna Warni

Salam semua..
Lama jugak tak update sebab ada masalah dengan connection ke internet melalui komputer nie.  Bila balik untuk bercuti adik dah bagi tau dia akan bawa P1 dia ke kampung, so ok alhamdulillah nanti boleh la nak update blog ke berfb atau twitter.  Tapi nan hado.... Entah kenapa komputer nie tak dapat internet access dengan P1 tue, hp boleh pulak... sib baik kalo tak, tak de la connected to the cyber world sepanjang cuti raya hehehe..

Tak banyak sangat yang boleh diceritakan tentang hari raya tahun ini. Seperti tahun-tahun yang sudah, tanpa Emak dan Abah, hari raya memang sangat terasa hambar.  Yang seronok bila dapat berkumpul dan berjumpa dengan adik-beradik kembali.
Sayu rasanya bila kembali ke kampung dengan rumah yang kosong.  Teringat bila Emak dan Abah masih lagi ada, bila anak-anak balik bertapa gembiranya mereka kerana jelas tergambar di muka dan wajah mereka.  Kalau ada yang berjanji untuk balik dan belum sampai, maka mula bibit-bibit kerisauan bermain di wajah. Dan Emak kejap-kejap akan berkata, bila diaorang nie nak sampai, kata sampai petang nie.... Abah pulak akan berkata tak lama lagi sampai la tue untuk menenangkan hati Emak....  Sayu rasanya hati bila mengenangkan semua ini. Rindu pada mereka tak dapat nak diungkapkan... Semoga Emak dan Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..

Nasib baik masih ada lagi adik-beradik yang masih mahu meraikan Hari Raya bersama-sama walaupun tidak serentak, tapi pertemuan yang walaupun sekejap tapi penuh bermakna.  Pelbagai peristiwa suka dan duka berlaku sepanjang Ramadhan dan Syawal kali ini, tue yang Aidil Fitri kali ini memang penuh warna warni.  Nanti la ada masa insyaallah akan diceritakan....

Tuesday, November 08, 2011

Masak Apa Sempena Raya Aidil Adha???

Salam semua...

Hidup kembali seperti biasa selepas Hari Raya Aidil Adha @ Qorban @ Haji.  Apa pun hari raya memang dah tak seperti dulu-dulu.  Tahun nie cuma sambut berdua dengan Kijai di Manjung.  Tak rasa pun macam hari raya.  Tahun lepas pun cam nie jugak. Apa pun syukur sangat sebab masih berkesempatan menyambutnya.  Cuti sehari je jadi nak ke mana pun susah sikit.


Bila cuti singkat jadi nak berkumpul adik-beradik macam Hari Raya Aidil Fitri menjadi terhad.  Tambahan ada yang tinggal di utara Perlis, Kedah, Penang, KL dan Selangor.  Kat Perak nie memang la ada...  Memang la tak jauhkan, tapi bila anak-anak ada yang bersekolah dan akan menghadapi peperiksaan yang besar, dan ada komitment lain jadi faham-faham la kekangan-kekangan yang dihadapi.

Hari Sabtu baru nie balik Taiping kejap untuk menziarah pusara emak dan abah sebab tau hari raya tentu tak dapat nak ziarah sebab ada di Manjung.  Jenguk rumah kejap dan uruskan beberapa perkara sebelum balik ke Manjung.  Tak nak balik lewat sangat sebab tak masak apa-apa lagi untuk raya keesokkan harinya dan satu lagi sekarang petang-petang selalu hujan.
Entry kali nie saja je tunjuk apa yang dimasak raya baru nie. Sebab selalu tunjuk makan-makan kat luar je sesekali nak tunjuk jugak apa yang dimasak. Kira boleh la nak makan untuk sendiri, lepas la. Untuk hari pertama raya cuma masa rendang ayam, kuah kacang dan rebus ketupat plastik je.  Lemang tu beli je lepas balik dari sembahyang raya.
Hari Isnin semalam masak nasi tomato dengan ayam masak merah dan kuah dalca.  Selalu Kijai kata nie bukan ayam masak merah tapi ayam masak sambal.  Kali nie tak tau la, jadi ke tak ayam masak merah.  Apa pun memang la ayam masak merahkan sebab warna memang merah. Sedap atau tak belakang kira janji boleh makan hehehe... Kalau tak sedap cuba lagi lain kali kan...

Saturday, November 05, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam semua...
Labbai Kallah Huuma Labbaik, Labbaikalasyarikala kalabbaik. 
Innalhamda wannikmata lakawalmulk la syari kalak!
HambaMu datang menyahut panggilanMu
Sesungguhnya segala pujian dan nikmat
dan pemerintahan adalah kepunyaanMu
Tidak ada sekutu bagiMU.


Kepada semua rakan yang beragama Islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin. Kepada rakan yang mengerjakan haji, semoga mendapat haji yang mabrur.
Semoga Allah memberkati kita semua. Amin...

Wednesday, September 07, 2011

148 - Reunion Raya 2011

Salam semua...
Seperti tahun lepas, tahun ini jugak kawan-kawan dari sekolah All Saints dahulu mengadakan perjumpaan raya di hari raya ketiga iaitu 1 September 2011 bertempat di Taiping Golf Resort, Bukit Jana.  Tahun nie dapat berjumpa dengan beberapa rakan yang telah lama terpisah sejak tamat zaman persekolahan seperti Rozita, Hisham dan beberapa orang lagi.   Wah... berapa lama tue...
Ada yang masih tidak berubah dan masih  boleh dikenali dan biasa la ada yang telah mengalami banyak transformasi seiring dengan usia.  Rambut dah mula bertukar ke warna metalik di sana sini, gigi pun dah mula tanggal selain ramai bercerita tentang mula sakit lutut dan penyakit lain menghinggap diri.  Macam-macam perubahan boleh dilihat tapi itu la pahit manis sebuah persahabatan.  Ada yang masih lagi suka mengusik seperti dulu-dulu dan menunggu peluang sahaja untuk membalas usikan.
Fb banyak menolong untuk menjejak semula rakan-rakan yang telah terputus hubungan dan moga ikatan persahabatan akan kekal sampai bila-bila.  Nasib baik kumpulan rakan-rakan nie rajin mengadakan pertemuan sampai ada yang kata asyik reunion saja.  Hahaha.... ok la kan sebab bukan selalu pun

Tuesday, September 06, 2011

147 - Cerita ceriti Syawal 1432 Hijrah

Salam semua...
Raya dah masuk hari ke 8 hari nie.  Kejap je masa berlalu dan masih terbayang-bayang perjumpaan dan pertemuan dengan sanak saudara dan kawan-kawan.  Masih lagi teringatkan ketupat, lemang, rendang dan kuih muih.  Teringat sibuk dan penat memasak dan mengemas rumah sebelum hari raya (hehehe... walaupun ada yang menolong mengemas rumah, kalau tak sure lagi penat).  Tapi itu la keseronokan untuk berhari raya.  Bila jumpa kembali dan berkumpul adik beradik itulah saat yang menggembirakan.

Tahun nie tahun kedua beraya tanpa Abah dan tahun kelapan tanpa Emak.  Lain sangat bila kedua-duanya sudah tiada.... Raya terasa sepi dan sunyi.  Kalau dulu-dulu Emak la yang akan sibuk di dapur untuk sedia kan juadah hari raya dan selalunya saya tolong-tolong mana yang patut sahaja.  Tapi sekarang bila raya, saya perlu memainkan peranan utama di dapur walaupun skil memasak ala-ala saja, boleh la setakat nak makan ketupat dan rendang.  Walaupun rasanya tak tentu sedap ke tidak.  Hrmmm....  Ooo ye gambar atas nie gambar sebelum Kak Chah balik ke KL. Biasalah selalu mesti ambik gambar kat pagar nie sampai ada yang kata dah tak de tempat lain ke.... Hehehe....
Walaupun tidak serentak balik ke kampung tapi raya tahun nie semua adik-beradik ada kecuali Kak Nor yang tidak balik kerana baru berpindah rumah.  Jadi kami beramai-ramai ke rumah Kak Nor untuk berhari raya semasa hari raya ketiga.  Kereta memang banyak di lebuhraya dan nasib baik tidak jem, kereta tetap bergerak walaupun perlahan.  Gambar nie sebelum balik semula ke Kamunting dan Kijam pula terus ke Kulim untuk ke rumah mertuanya.

Raya tahun nie jugak seperti biasa selepas menziarah pusara Emak dan Abah kami semua ke rumah Haji Mat dan Pakcik Sahak untuk meneruskan tradisi.  Semasa Emak dan Abah masih ada, selepas sembahyang raya rumah Haji Mat, Pakcik Sahak, Pakcik Rejab, Pakcik Raja, Cikgu Zakaria, Cikgu Yaakob dan beberapa orang sahabat Emak dan Abah akan sentiasa diziarah.  Dan sekarang kami cuba untuk meneruskan tradisi mereka walaupun tidak semua rumah itu dapat diziarah lagi.
Setiap hari raya Boy anak jiran berhampiran rumah akan datang mengunjungi tanpa gagal.  Kalau dulu dia akan bersama-sama dengan seorang sahabatnya yang juga istimewa, tapi dua tiga tahun kebelakangan nie Boy akan datang berseorangan sahaja.  Boleh dikatakan semua rumah berdekatan akan dia kunjungi walaupun berseorangan untuk mengutip duit raya, sebagai simpanan katanya.

Selamat hari raya dan moga kita semua akan berjumpa semula di masa-masa mendatang.  Insyaallah...

Wednesday, August 31, 2011

145 - Merdeka Raya

Salam semua...
Hari nie sambutan hari raya yang kedua dan sekali gus kita menyambut hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta yang ke 54 tahun. Berkesempatan sekejap untuk online dan cuba update blog walaupun sikit saja. 
Tanggal 31.... bulan 8, 57....... Merdeka! Merdeka! Merdeka!
semoga bersama-sama kita menjadikan Malaysia aman makmur...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??