Tuesday, November 08, 2011

Masak Apa Sempena Raya Aidil Adha???

Salam semua...

Hidup kembali seperti biasa selepas Hari Raya Aidil Adha @ Qorban @ Haji.  Apa pun hari raya memang dah tak seperti dulu-dulu.  Tahun nie cuma sambut berdua dengan Kijai di Manjung.  Tak rasa pun macam hari raya.  Tahun lepas pun cam nie jugak. Apa pun syukur sangat sebab masih berkesempatan menyambutnya.  Cuti sehari je jadi nak ke mana pun susah sikit.


Bila cuti singkat jadi nak berkumpul adik-beradik macam Hari Raya Aidil Fitri menjadi terhad.  Tambahan ada yang tinggal di utara Perlis, Kedah, Penang, KL dan Selangor.  Kat Perak nie memang la ada...  Memang la tak jauhkan, tapi bila anak-anak ada yang bersekolah dan akan menghadapi peperiksaan yang besar, dan ada komitment lain jadi faham-faham la kekangan-kekangan yang dihadapi.

Hari Sabtu baru nie balik Taiping kejap untuk menziarah pusara emak dan abah sebab tau hari raya tentu tak dapat nak ziarah sebab ada di Manjung.  Jenguk rumah kejap dan uruskan beberapa perkara sebelum balik ke Manjung.  Tak nak balik lewat sangat sebab tak masak apa-apa lagi untuk raya keesokkan harinya dan satu lagi sekarang petang-petang selalu hujan.
Entry kali nie saja je tunjuk apa yang dimasak raya baru nie. Sebab selalu tunjuk makan-makan kat luar je sesekali nak tunjuk jugak apa yang dimasak. Kira boleh la nak makan untuk sendiri, lepas la. Untuk hari pertama raya cuma masa rendang ayam, kuah kacang dan rebus ketupat plastik je.  Lemang tu beli je lepas balik dari sembahyang raya.
Hari Isnin semalam masak nasi tomato dengan ayam masak merah dan kuah dalca.  Selalu Kijai kata nie bukan ayam masak merah tapi ayam masak sambal.  Kali nie tak tau la, jadi ke tak ayam masak merah.  Apa pun memang la ayam masak merahkan sebab warna memang merah. Sedap atau tak belakang kira janji boleh makan hehehe... Kalau tak sedap cuba lagi lain kali kan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??