Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Olimpik London 2012, Bermula

Salam semua...
Olimpik London 2012 telah pun dirasmikan semalam. Sukan Olimpik Musim Panas 2012 (nama rasmi Sukan Olimpik XXX) atau juga dikenali sebagai London 2012, berlangsung di London, United Kingdom, mulai 27 Julai (upacara pembukaan) hingga 12 Ogos 2012. Acara pertama, iaitu peringkat kumpulan bola sepak wanita, bermula dua hari lebih awal iaitu pada 25 Julai. Seramai 10,000 orang ahli sukan yang mewakili 204 buah Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOCs) dijangka hadir.
London merupakan bandaraya pertama yang menjadi tuan rumahSukan Olimpik moden sebanyak tiga kali, setelah diberi penghormatan demikian pada tahun 1908 dan 1948.
                               
Maskot-maskot rasmi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2012 diperkenalkan pada 19 Mei 2010; ini merupakan kali kedua (selepas Vancouver) yang mana kedua-dua maskot Olimpik dan Paralimpik diperkenalkan serentak. Wenlock dan Mandeville merupakan bentuk animasi yang menggambarkan dua titisan keluli lebur dari sebuah kilang keluli di Bolton. Mereka diberi nama Wenlock, sempena pekan Much Wenlock yang mengadakan suatu acara perintis kepada Sukan Olimpik masa kini, dan Mandeville, sempena Stoke Mandeville, sebuah desa di Buckinghamshire di mana diadakannya perintis kepada Sukan Paralimpik. Pengarang cerita kanak-kanak, Michael Morpurgo mencipta konsep cerita maskot-maskot ini, dan juga wujudnya filem animasi pendek berkenaan kisah mereka.  Dua cerita telah direka tentang maskot-maskot ini, iaitu Out Of A Rainbow, iaitu kisah kelahiran Wenlock dan Mandeville, dan Adventures On A Rainbow yang mengisahkan pertemuan kanak-kanak dari Out Of A Rainbow dengan maskot-maskot ini di samping mencuba pelbagai acara sukan Olimpik dan Paralimpik
Semua maklumat di atas ambil dari sini. Dan kalau nak dapat berita terkini tentang London 2012 bole ke website rasmi mereka di sini pulak.
The best of the Opening Ceremony

Tuesday, July 10, 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia - KVSM

Salam semua...
Hari nie telah pun berlangsung acara senamrobik yang diadakan serentak seluruh Malaysia yang bermula pukul 8.00 pagi .  Acara nie berjalan lebih kurang 35 minit. Jadi hari nie semua ke sekolah dengan baju dan kasut sukan.  Hahaha... saja nak tunjuk kasut sukan baru yang dah lama beli, sib baik ada acara nie boleh la dipakai nak harap berjogging atau brisk walking tak de la lagi nampaknya.
Ok pakaian sukan siap, tengok langit, cuaca pun cerah je pagi nie jadi elok sangat  la untuk menjalankan aktiviti riadah nie sambil-sambil cipta rekod kaedahnya.
Sebelum acara bermula kehadiran para pelajar dicatat dulu, hairan sebab kehadiran guru tak ambil pulak sedangkan guru-guru yang beriya-iya bersenamrobik.
 Sementara acara bermula ok kita posing dulu.  Untuk hari nie dikehendaki memakai t-shirt sukan 2012 yang berwarna purple.
 Ok tengok je la gambar yang diletak di sini. Tak de idea nak tulis dah.  Ehhh... bukan selalu pun tak de idea ke nak tulis hehehe...





Monday, July 02, 2012

Tugas Di KOT 2012

Salam semua...
Untuk KOT baru nie ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk pelajar-pelajar rumah Alpha.  Jadi sehari sebelum tue, hari Khamis sibuk la ke kedai buah untuk beli buah lai, order nasi lemak dan beli air dari kedai borong.  Sebelum tue memang dah survey dulu barang-barang yang hendak dibeli.
Nasib baik di hari KOT, cikgu Anizam seperti gambar di atas dan bawah memberi pertolongan dengan bantuan beberapa orang pelajar untuk membungkus dan mengedarkan bungkusan makanan kepada para pelajar rumah Alpha.

Bantuan dari pelajar-pelajar lain jugak diminta untuk mempercepatkan kerja-kerja membungkus makanan.  Cikgu Sabri selaku ketua bagi rumah Alpha juga datang untuk melihat kerja-kerja yang dilakukan.
Bila dah ada orang yang tolong tengokan kerja-kerja, pergi pulak tengok jamuan untuk tetamu jemputan di bilik jamuan.  Hahaha..... itu la selalunya kerja yang diberi - handle jamuan.  Hrmmm mungkin sebab apa ye??? Rasa-rasanya ramai kawan-kawan yang dah tau dah jawapannya.

KOT 2012

Salam semua...
KOT tue Kejohanan Olahraga Tahunan yang diadakan pada 29 Jun 2012, hari Jumaat lepas.  Buat tahun keduanya KOT diadakan di Stadium MPM.  Tak berkesempatan untuk letak gambar-gambar dan ceritanya dalam blog lebih awal sebab ada je kerja-kerja last minute yang perlu disiapkan dengan segera jadi kerja-kerja untuk update blog selalu terbengkalai.  Hrmmm... nak buat cam mana.
Tak banyak nak cerita tengok je la gambar-gambar yang diambil yang tak seberapa nie.  Sukan dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan dan perarakkan rumah sukan pun bermula.



KOT bermula pagi dan hari semakin lama semakin panas jadi penonton makin lama makin kebelakang untuk  elakkan panas mentari.


Hanya berkesempatan untuk melihat dua tiga acara sahaja kerana terlibat dengan jamuan untuk tetamu.
Waktu rehat diserikan lagi dengan kawad formasi dari Kadet Polis yang menjadi johan kawad peringkat daerah, lupa dapat nombor berapa untuk peringkat negeri.


Rumah biru atau Beta menjadi johan, dan biasa la rumah saya Alpha atau kuning menjadi johan dari belakang hahaha....

Monday, November 21, 2011

Malaysia Mempertahankan Emas Sukan Sea

Salam semua...
Horaayyy.... Malaysia menang dengan tendangan penalti setelah terikat 1 -1 dalam perlawanan dan masa tambahan.  Kali nie pasukan Harimau Muda Malaysia memang betul-betul telah mengalahkan Garuda Muda Indonesia. Alhamdulillah... Ngauummmm
bendera malaysia berkibar canteekkk!

Thursday, November 17, 2011

Malaysia Menang 1 - 0

Salam semua...
Sambil-sambil tengok Malaysia lawan Indonesia untuk Sukan SEA cuba-cuba update blog nie... Yeayyyy... Malaysia dah menang 1 - 0.  Kita juara Kumpulan A.  Team Malaysia menang dalam lautan penonton merah putih.  Garuda telah dilastik dan jatuh dalam satu status rakan Fb.  Sekarang nie nak tengok Malaysia mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA di Indonesia.  Kalau Malaysia ada slogan Malaysia boleh, Indonesia pun sekarang dengan slogan Indonesia Bisa... sama la kan. Sapa tiru sapa nie?

Sunday, November 13, 2011

Malakoff Powerman Malaysia 2011

Salam semua...
Lumut atau Manjung merupakan venue utama untuk acara Powerman Malaysia yang dianjurkan oleh Malakoff setiap tahun.  Hari nie 13 November 2011, berlansungnya acara yang disertai oleh pelbagai peserta dari dalam dan juga luar negara.
Semalam bila sampai di Orient Star, Lumut memang ada sebuah bas baru menurunkan peserta dan basikal yang bakal menyertai pertandingan nie.   Ada yang tengah memasang basikal dan menyimpan basikal di ruang yang dikhaskan.
Gambar bawah nie adalah peraturan dan undang-undang pertandingan selain peta larian dan berbasikal.
Tempat yang dikhaskan untuk menyimpan basikal.  Ada banyak lagi basikal kat luar bilik nie.
Pagi Ahad nie macam biasa bila nak keluar beli paper dan breakfast rupanya tengah berlangsung larian Powerman Malaysia di jalan besar dekat rumah.  Patut la sebelum keluar asyik dengar bunyi helikopter berlegar-legar berkali-kali.
Kena tunggu sampai peserta berkurangan baru la boleh jalan, itu pun ada jalan yang ditutup sana sini.  Yang jaga aliran trafik siap cakap jalan depan tutup, sila masuk jalan di sebelah kiri dan pandai-pandai la cari jalan, saya orang KL. Ooooo... sib baik saya orang Manjung...
Respek bila tengok ada peserta yang agak veteran steady je berlari dengan tenang.
Kat depan nie disediakan air untuk peserta minum. Patut nampak banyak gelas kertas atas jalan.
Masa nie kena berhenti tepi jalan, rupa-rupanya laluan sebelah kiri ditutup tapi tue la kat simpang tadi tak de sapa pun tegur bila saya ke kiri, ingat ok je. Sib baik ada yang tolong bantu untuk masuk ke sebelah kiri di lorong depan tue.
Dah lepas mula cari jalan untuk pegi breakfast dan beli suratkhabar.  Pusing-pusing dan ada la jalan di tutup jadi sabar je la tak lama pun kan.   Bukan hari-hari Powerman Malaysia nie, setahun sekali je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??