Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Sunday, October 05, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam semua...
Hari nie 10 Zulhijjah 1435 Hijriah, Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qorban.  Nampaknya tahun nie raya di Manjung saja dan macam tak de sambutan pun sebab tak de pun masak ketupat atau rendang.  Sebab bila raya tanpa ketupat dan rendang nie macam tak berseri je tambah tak de sapa-sapa pun yang datang berhari raya bersama huhuhu...
Cuma masak mee kuah je untuk hari raya nie dan beli kek karamel dari jiran sebelah rumah. Semalam dah petang baru ke kedai untuk cari bahan-bahan untuk memasak, banyak benda yang dah habis jadi masak je la dengan apa yang ada.  Alhamdulillah.... ada jugak kawan yang berkunjung jadi hidang mee kuah nie je la... sebenarnya tak tau nak panggil mee rebus atau mee kari bila ditanya senang cakap je mee kuah sebab berkuahkan. 
Ok selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua...

Tuesday, September 30, 2014

Main Masak-masak

Salam semua...
Nie citer main masak-masak hari Ahad, 28 September 2014 baru nie tapi baru nak coret di dalam blog nie... hari Selasa dah pun.  Ye la bila dah lama tak menulis, susah sikit nak keluar idea.  Jadi kita mula dengan coret pasal masakan la.  Tak tau la pulak lepas nie 5 bulan lagi baru nak coret apa-apa lagi hehehe....

Adik yang bongsu datang ke rumah hari Ahad baru nie dan pagi tadi baru balik semula ke rumahnya di Kota Warisan sebab dia standby awal pagi esok, sebab tue balik awal katanya.  Hari Raya Aidil Adha nie dia tak cuti sama jugak masa Hari Raya Aidil Fitri kena kerja.  Jadi kononnya nak masak something special la... tapi special ke???
Menu biasa-biasa je, tapi akak pagi-pagi lagi dah ke dapur untuk masak-masak.  Jadi menu hari Ahad tue sambal ikan bilis dengan petai.  Petai nie beli minggu lepas lagi sampai 2 ikat sebab penjual di pasar Manjung tue jual murah RM3.00 untuk 2 ikat sebab dah nak kecut petai-petai tue.  Walau bagaimana pun rapat-rapat buahnya, tapi  rupa ada orang dalamnya, tue yang dia nak cepat habis stok.  Hrmmm...
Masak jugak ketam masak lemak cili apa.  Ingat nak letak nenas tapi malas pulak nak keluar beli...  Ketam nie pun beli minggu lepas di Kampung Sitiawan hehehe... masa beli tue ketam nie baru je naik dari bot nelayan dan tengah gerak-gerak lagi.

Mesti ada sayurkan jadi masak kacang buncis dengan capsicum goreng je.  Ok la tue nie kira banyak dah lauk pauknya.
Kemudian buat jugak sambal nie tak tau la nak nama apa.  Belajar buat dengan Belkies, dia panggil sambal medan. tapi tak la sesedap air tangan Belkies.  Bahan-bahannya cili merah, cili api, bawang merah dan putih, tomato dan belacan. Goreng bahan-bahan tue dan kemudian tumbuk dan perah limau.
Ok sambal tue untuk cicah dengan tempe dan jugak terung goreng.  Ada jugak timun tapi lupa nak ambil gambar.  Ok tue la menu yang disediakan hari Ahad baru nie.  Petang tue masak pulak rendang ayam dan rebus ketupat plastik.  Kesian pulak nanti raya Boboy tak cuti jadi tak dapat nak makan ketupat rendang.  Tapi lupa la nak ambil gambar ketupat dan rendang tue..... abis dah pun.
Alhamdulillah...  Moga tak sampai 5 bulan untuk entry seterusnya hehehe...

Tuesday, November 08, 2011

Masak Apa Sempena Raya Aidil Adha???

Salam semua...

Hidup kembali seperti biasa selepas Hari Raya Aidil Adha @ Qorban @ Haji.  Apa pun hari raya memang dah tak seperti dulu-dulu.  Tahun nie cuma sambut berdua dengan Kijai di Manjung.  Tak rasa pun macam hari raya.  Tahun lepas pun cam nie jugak. Apa pun syukur sangat sebab masih berkesempatan menyambutnya.  Cuti sehari je jadi nak ke mana pun susah sikit.


Bila cuti singkat jadi nak berkumpul adik-beradik macam Hari Raya Aidil Fitri menjadi terhad.  Tambahan ada yang tinggal di utara Perlis, Kedah, Penang, KL dan Selangor.  Kat Perak nie memang la ada...  Memang la tak jauhkan, tapi bila anak-anak ada yang bersekolah dan akan menghadapi peperiksaan yang besar, dan ada komitment lain jadi faham-faham la kekangan-kekangan yang dihadapi.

Hari Sabtu baru nie balik Taiping kejap untuk menziarah pusara emak dan abah sebab tau hari raya tentu tak dapat nak ziarah sebab ada di Manjung.  Jenguk rumah kejap dan uruskan beberapa perkara sebelum balik ke Manjung.  Tak nak balik lewat sangat sebab tak masak apa-apa lagi untuk raya keesokkan harinya dan satu lagi sekarang petang-petang selalu hujan.
Entry kali nie saja je tunjuk apa yang dimasak raya baru nie. Sebab selalu tunjuk makan-makan kat luar je sesekali nak tunjuk jugak apa yang dimasak. Kira boleh la nak makan untuk sendiri, lepas la. Untuk hari pertama raya cuma masa rendang ayam, kuah kacang dan rebus ketupat plastik je.  Lemang tu beli je lepas balik dari sembahyang raya.
Hari Isnin semalam masak nasi tomato dengan ayam masak merah dan kuah dalca.  Selalu Kijai kata nie bukan ayam masak merah tapi ayam masak sambal.  Kali nie tak tau la, jadi ke tak ayam masak merah.  Apa pun memang la ayam masak merahkan sebab warna memang merah. Sedap atau tak belakang kira janji boleh makan hehehe... Kalau tak sedap cuba lagi lain kali kan...

Monday, May 02, 2011

Coretan Ke-45 - Lokan

Salam semua...
Waktu balik dari Taiping singgah di Sungai Batu untuk beli lokan.  Sepanjang perjalanan dari Taiping ke Manjung ada dua gerai yang sering menjual lokan, siput sudu, kerang dan lain-lain.  Kedua-duanya meletakkan harga yang berbeza.  Contohnya lokan nie yang dijual di Sungai Batu berharga RM1.50 sekilo sedangkan di satu gerai berdekatan dengan sebuah sekolah rendah berdekatan Kampung Pancor (kalau tak salah) dijual dengan harga   RM 2.00 sekilo.
Daripada Wikipedia Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan tetapi, tidak seenak tiram. 
Tak pernah makan tiram lagi lepas nie nak cuba makan tiram pulak. Tapi tak pernah jumpa gerai yang menjual tiram lagi.
Selepas direbus tanpa air, isi lokan nie mengecut dan kecil je.  Yang berat ada lah cecair yang terdapat di dalam lokan tue.  Jadi kalau nak masak banyak kena beli berkilo-kilo sebab isinya kecil saja.
Tak tau nak masak apa jadi lokan tue buat masak lemak cili api bersama kentang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??