24 Oktober tue hari ketiga di HK dan bercadang untuk ke The Victoria Peak. Hotel ada menyediakan shuttle bus ke The Peak Station pada pukul 10.00 am. Jadi tunggu je la tak payah susah-susah cari jalan ke sana nanti. Atas tue nanti cadang untuk pergi ke Sky Terrace 428 dan juga Madame Tussauds. Kira ambil pakej untuk naik dan turun train dan dua lagi tue. Untuk ketiga tempat nie harganya HK$ 210.00.
Tue dia tram dah sampai, sib baik awal lagi jadi tak payah tunggu lama untuk naik ke atas. Di laluan ke tempat menunggu nie ada serba sedikit sejarah tentang The Peak tram.
Dalam tram semasa naik ke atas, rasa macam naik Bukit Bendera pulak tapi jarak lebih dekat 1.4 km je. Sepanjang laluan tram tue condong je dan berhenti di beberapa station sama jugak macam Bukit Bendera.
Bila sampai terus ke Sky Terrace 428 sebab 428 meter dari paras laut, kira platfom pandangan yang tertinggi di HK. Sebelum sampai ke Sky Terrace 428 nie naik banyak eskalator dan tiba-tiba je rasa gayat sebab boleh nampak bangunan kat luar tue.
Sepanjang di HK macam berjerebu atau berkabus tak pasti pulak jadi pemandangan memang tak berapa clear. Pemandangan memang cantik.
Ada jugak rumah-rumah orang kaya di sekeliling Mount Austin tue. Ada jalan untuk ke atas tue.
Lepas tengok pemandangan sekitar HK dari Sky Terrace 428 tue baru la ke Madame Tussauds.
Bruce Lee menyambut kedatangan dan masa nie berebut-rebut untuk ambil gambar hehehe...Patung Madame Tussauds sendiri kecik je orangnya.
Lady Diana.
Queen Elizabeth II, The Duke of Edinburgh dan Puteri Anne.
Saddam Hussien
Hitler.
Donald Tsang
Spiderman
Breakfast with Audrey Hepburn
The Beatles
Lady Gaga
Michael Jackson
Michelle Yeoh
Janice M. Vidal
Amitabh Bachan pun ada.
James Bond 007
Jack Sparrow
Muhammad Ali
Elvis Presley
Miriam Yeung
Habis tengok pameran Madame Tussauds, terus ke bawah untuk jenguk-jenguk apa yang ada. Bangunan yang kat belakang tue The Peak Tower dan Sky Terrace 428 atas tue la.Ada jugak tram lama yang jadi pusat pelancongan.
Tram sampai dah untuk turun ke bawah.
No comments:
Post a Comment