Tuesday, November 01, 2011

Hong Kong - Ladies Market

Salam semua...
Turun dari The Peak terus naik bas dan patutnya nak ke stesen MTR tapi tersilap berhenti di terminal feri jadi naik feri ke Kawloon dan dari situ tanya tourist information di situ cara untuk ke Ladies Market di Mongkok. Dia bagi tau naik bas apa dan yang bestnya bas dua tingkat.  Naik atas dan masa tue kerusi di depan sekali kosong terus duduk di situ.  Hahaha... macam jakun pulak.
 Kalau malam mesti berwarna-warni dengan lampu-lampu yang menyala.  Penuh dengan papan iklan dan happening sangat.
Masa tanya nak turun kat mana, kata ada announcement tapi  tak dengar pun jenuh la tengok nama jalan sebab dibagi tau turun kat Nelson Street.  Sib baik ada peta.
Dah turun tengok peta, dan jalan tapi tersilap sepatutnya jalan ke arah selatan Tung Choi Street tapi naik ke utara patut la jumpa dengan Goldfish Market.
Banyak betul kedai-kedai jual ikan-ikan peliharaan, aksesori akuarium dan macam-macam lagi berkaitan dengan akuarium.
Rumpai-rumpai laut pun ada jugak dijual.
 Kura-kura pun ada.
Tanya orang baru la jumpa Ladies Market.  Teruja betul perempuan-perempuan yang ke sini. Macam-macam barang ada.
Baju, handbag, aksesori wanita, kasut, fridge magnet dan sebagainya ada.  Sediakan duit je...
Masa nie tak ambil banyak gambar sebab orang ramai dan teruja tengok barang-barang yang dijual.  Handbag yang imitation ada macam-macam brand dan kualiti pun bagus.
Dari Ladies Market terus ke Islam Food yang terletak di No.1 Lung Kong Road, Kowloon City.  Senang naik teksi je.  Masa tue dah dekat pukul 5.00 pun.  Baru terasa lapar lepas habis pusing-pusing Ladies Market.  Lepas makan terus balik ke hotel dan pukul 8.00 pm keluar lagi sekali untuk ke kawasan The Landmark sekali lagi dan masuk kedai-kedai yang ada di situ.  Window shopping je la.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??