Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

Monday, January 07, 2013

Hari Pertama Kerja Di Tahun 2013

Salam semua...
Bangun hari nie rasa seronok pulak nak pegi kerja.  Iye la dah cuti dekat 5 minggu (kurang 2 minggu dari sekolah, tapi apa pun tetap bersyukur...) jadi rasa tak sabar untuk berjumpa semula dengan rakan-rakan setugas dan para pelajar.  Harap-harap bukan la hanya di awal tahun sahaja biar la berpanjangan semasa masih lagi menjalankan tugas, in shaa ALLAH.. aamiin...  Hahaha... ayat tak boleh belah betul. Tapi memang rasa happy dan seronok untuk memulakan tugas tahun nie.  Mungkin ada motivasi di awal tahun ini, jadi keseronokan itu pun datangkan.
Hari nie bermula la sesi pengajian bagi tahun 2013 dan dimulakan dengan perhimpunan khas untuk para pelajar dan jugak pensyarah. Pelajar yang ada cuma pelajar tahun 2 semester 3, jadi pelajar belum ramai lagi.  Nanti bila pelajar tahun 1 mendaftar pada 21 Januari 2013 baru la dewan akan penuh bila perhimpunan diadakan.  Tengah membayangkan bagaimana kalau 2 tahun lagi bila pelajar sampai tahun 4 pun ada sekali macam mana agaknya keadaan dewan bila diadakan perhimpunan mesti penuh sesak. Entah-entah kena buat kat padang.  Hmmm... just wait and see la...

Jadi untuk hari nie letak kata-kata motivasi di atas nie untuk peringatan kepada diri sendiri terutamanya.  Dalam apa saja perkara kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH dan yakin ia terbaik untuk diri kita.

Thursday, September 20, 2012

Suka-suka Hati...

Salam semua...
Bila dipertanggungjawabkan untuk menjaga Bilik Tayangan, kebersihan bilik antara faktor yang perlu ditekankan.  Kalau tidak dibersihkan maka bilik nie pasti bersepah dengan sampah sarap, belum lagi pasir dan habuk-habuk sebab kasut tidak perlu dibuka bila memasuki bilik nie.  Hrmmm.... kena minta peruntukan untuk pasang tikar getah lepas nie...
Sering meminta pelajar untuk membersihkan bilik bila ada yang datang semasa waktu rehat, antaranya Mira dan Ayu yang rajin membantu.  Nasib baik keduanya ringan tulang dan tidak berkira bila membantu.  Bila nampak saya keluarkan kamera terus keduanya tunduk hahaha... tak nak glamer kononnyer.
Yang bertiga nie pula, Ikmal, Hazli dan Azmi suka pulak bergambar, pantang nampak kamera mesti minta gambar mereka diambil dan siap pesan, cikgu nanti letak gambar kami dalam blog ye. Macam-macam gelagat dan perangai pelajar-pelajar nie.  Apa pun sentiasa mendoakan semoga semuanya berjaya dalam SPM yang akan menjelang tidak lama lagi dan seterusnya di dunia dan akhirat. 
Nie sebenarnya entry suka-suka bila baru sahaja habis kerja-kerja memeriksa kertas percubaan SPM... leganyaaaa...  Alhamdulillah...

Wednesday, September 05, 2012

Apakah Sengaja Dilakukan???

Salam semua...
Bila masuk ke Bilik Tayangan pagi nie seperti biasa untuk kelas pukul 8.00 pagi ternampak cebisan-cebisan kertas bertaburan di lantai dari meja guru.  Rasanya bila meninggalkan bilik nie semalam tiada kertas-kertas tersebut.
Terus tengok kertas apa dan didapati rupa-rupanya nombor-nombor kerusi yang dilekat di setiap kerusi telah ditanggalkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab...:@:@ Semua nombor-nombor tue diletak di setiap kerusi bila sekolah cuba untuk mendapatkan pengiktirafan 5S bulan Mac yang lalu :mad:
Bertabur-tabur nombor tag untuk setiap kerusi tue.  Bila diperiksa, 6 kerusi yang telah dengan sengajanya ditanggalkan tag nombornya. Hrmmm...  memang rasa nak marah sangat :mad::@:@
Gambar atas nie tag untuk setiap kerusi yang dibuat, itu pun dah beberapa kali dibetulkan dan dilekatkan semula bila ditanggalkan oleh pelajar yang menggunakan bilik tayangan.  Sebab tue setiap kali pelajar menggunakan bilik nie, peringatan sentiasa diberi supaya jangan mengusik apa-apa tag atau tanda yang telah diletak.
Antara cebisan kertas yang dikutip, rasa sangat kecewa dengan tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab tersebut.  Tak faham dengan manusia yang dengan sengaja suka untuk melakukan kemusnahan dan tidak menghargai usaha yang dilakukan untuk memastikan sesuatu tempat itu kemas dan teratur.  Itu belum lagi dikira yang sengaja membuang sampah merata-rata...

Monday, July 30, 2012

Rindu Ke?

Salam semua...
Bila ke sekolah hari nie selepas seminggu bermesyuarat di Shah Alam, rasa teruja untuk berjumpa kembali dengan pelajar dan mengajar semula mana-mana yang tertinggal.  Rasa macam dah tertinggal banyak benda dan kena kejar kembali mana-mana yang masih belum diajar,  Bagi pelajar tingkatan 5 lepas raya nie dah dekat Peperiksaan Percubaan.  Tak lama lagi tue dan pelajar KV pun banyak yang tertinggal.
Sementara menunggu kelas, tiba-tiba seorang pelajar buka pintu dan tanya, "cikgu pergi mana minggu lepas, lama tak nampak?  Saya siap dah lupa tarikh Malaysia merdeka bila tak belajar sejarah seminggu".  Iye la tue Eddie, ke memang tak ingat tarikh keramat tue.  Huhuhu...
Tak lama lepas tue, seorang lagi buka pintu dan tanya soalan yang sama. Wah... dalam hati kata biar betul budak-budak nie rindu kat aku. Hehehe.... gembira la jugak bila pelajar rindukan cikgunya yang pergi bermesyuarat seminggu.  Tapi rupanya patut la siap puji dan kata rindu rupanya ada udang balik mee. Huhuhu... lepas tue diaorang datang balik dan tanya, "cikgu boleh bawa pergi pasar ramadhan tak?" hahaha... tue la sebenarnya...
Apa pun sentiasa mendoakan semua pelajar berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

Monday, July 09, 2012

Hadiah Dan Fridge Magnet Dari STESMA '97

Salam semua...
Biasa la bila hadir untuk majlis-majlis reunion mesti ada hadiah. Hehehe... nie yang suka {:1_152:}{:1_152:}{:1_152:} (tapi sebenarnya ikhlas cakap tak de hadiah pun tak pe).  Yang penting adalah majlis perjumpaan tersebut dapat berjumpa kembali dengan bekas pelajar atau kawan-kawan. Memang sangat gembira kerana rasanya batch 96 - 97 nie la batch keluaran pertama saya sebagai cikgu. Mula menjadi guru dan mendaftar pada 3 Julai 1995 ( terlupa sebenarnya dengan tarikh keramat nie, baru je teringat dua tiga hari nie)  Mula mengajar dari mereka masuk ke SMTSM sehingga tamat pengajian. Batch sebelum nie hanya mengajar bermula di bulan Julai 95.
Ehhh.. dah melalut cerita sejarah mula-mula jadi cikgu pulak.  Ok nie saja la nak tunjuk hadiah yang diberi dari reunion STESMA 97 yang diadakan pada hari Jumaat yang lalu.  Entry sebagai tanda sangat-sangat menghargai pemberian mereka.  Dari mereka semua dihadiahkan pembuka surat dan jugak jeruk dari Pulau Pinang sebab pengarah dan isteri (dua-dua dari kelas yang sama walaupun dengarnya bercinta semasa di U)  untuk projek nie bertugas di sana.  Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis kali ini.
Selain tue terima jugak 3 fridge magnet dari Raja Muhalli dari tempat yang dia pernah bertugas.  Sebelum nie memang pernah berbual dan tanya boleh ke belikan FM dari tempat yang dia kunjungi.  Nanti kira la masuk bil.  Nak harap saya pegi bercuti rasanya tak la kot.  Tapi alhamdulillah nie semua dihadiahkan dan ada yang dah beberapa tahun ada dalam beg dia katanya.  Muhalli nanti boleh hadiahkan lagi ye .
FM di atas nie dari Chile.  Jauhkan datangnya, masa Muhalli di sini, kawan saya Kak Zue pun berada di Chile mengikut suaminya yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Santiago.  Rupanya mereka siap jadi best friend di sana.
FM yang ada tulis Pokhara nie datangnya dari Nepal.  
Satu lagi dari Costa Rica tak pasti sama ada dia bercuti di sana atau bertugas.  Costa Rica nie terletak di Amerika Tengah di antara Nicaragua dan Panama.
FM nie pulak dari Hifzi yang baru je balik bertugas dari Sudan.  Kebetulan semasa dia membahagi-bahagikan FM kepada kawan-kawannya saya masih ada di situ, jadi merasa la jugak satu.  Terima kasih Hifzi. Ini FM Dubai yang ke 3 atau ke 4 sebab pernah dihadiahkan oleh adik.
Bertambah koleksi FM saya Alhamdulillah.  Nanti nak buat satu entry tentang koleksi FM je.  Hari tue Izwan Shah ada kata.. ehhh.... cikgu kumpul FM ye? Ok nanti saya belikan.. Heheheh betul kan Izwan? 

Semester 2 KV Bermula

Salam semua...
Hari nie 9 Julai 2012 bermulalah semester ke-2 untuk pelajar-pelajar KV.  Jadi sebagai permulaan untuk semester baru hari nie diadakan perhimpunan pada pagi ini. Senang pelajar sekarang, sejak sekolah dah jadi kolej perhimpunan pun tak perlu lagi berdiri seperti dulu, kerusi disediakan untuk mereka sepanjang perhimpunan berlangsung.
Guru-guru diletakkan di bahagian belakang kerusi pelajar dan di pentas hanya ditempatkan Pengarah, TPA, TPSA, KJ dan KU.  Tak best ye sebab sekarang geng untuk nyembang tak de kat atas pentas tue. Hahaha... (shuuu.... diam-diam ye)
Dari segi kedudukkan pelajar masih lagi sama.  Pelajar perempuan disebelah kanan dan lelaki di sebelah kiri.   Dari segi tingkatan jugak dibezakan supaya senang untuk memantau pergerakan pelajar.
Semoga sesi  pembelajaran untuk semester nie akan berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar akan lebih serius untuk mempelajari subjek Sejarah supaya perkara yang berlaku di semester lepas tidak berulang.  Seperti kata George Santayana seorang ahli falsafah " Those who cannot remember the past are condemned to repeat it" atau terjemahannya " Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya".

Sunday, July 08, 2012

Reunion Bersama Pelajar STESMA 97

Salam semua...
Sebelum nie selalu reunion dengan kawan-kawan sekolah dan juga universiti sendiri, tapi hari Jumaat yang lalu 6 Julai 2012 satu majlis reunion telah diadakan oleh bekas pelajar dari batch tahun 1996/97.  Sebelum nie pun dah pernah ada majlis-majlis perjumpaan seperti ini yang dianjurkan oleh pelajar dari batch yang lain.  Tapi untuk batch '97, rasanya inilah kali pertama dengan guru-guru dijemput hadir.
Istimewanya pelajar dari batch nie sebab kali pertama menjadi guru kelas untuk tingkatan 4T1 semasa mereka di tingkatan 4 dan di tingkatan 5, pelajar kelas semua lelaki.  Selepas tue, tak pernah dah jadi guru kelas sebab pegang jawatan sebagai KP Sejarah.  Kalau jadi guru kelas pun hanya guru kelas kedua yang membantu guru kelas.  Beberapa orang pelajar dari batch ini jugak tidak pernah putus hubungan walaupun dah lama meninggalkan alam persekolahan.  Tambah dengan adanya Fb, perkembangan mereka dapat diikuti di situ.
Gambar di atas sekali tue sebelum balik semasa majlis Hi Tea yang diadakan di Dewan Makan Aspuri.  Tue pun dah ramai guru yang balik.  Antara yang hadir adalah Cikgu Suhaimi Ramli yang sekarang merupakan Timbalan PPD Manjung turut hadir, Ustaz Abdul Mutalib sudah pun bersara dan Cikgu Jalaluddin yang telah berpindah sekolah selain guru-guru yang mengajar SMTSM di tahun 1997.
Atas nie bergambar dengan Fini, Rohaidah dan Fitriyatul Syalina, dan kawan Puan Nor Hazlin.  Fini baru je datang ke sekolah untuk melawat guru-guru tapi Rohaidah dan Fitriyatul nie la berjumpa kembali selepas mereka tamat zaman persekolahan di SMTSM.
      
Gambar dengan yang berbaju hitam tue adalah Rosli Mohamed yang famous masa di sekolah dengan gelaran  Che Ros, sekarang merupakan tokey untuk syarikat CST Production.  Gambar sebelah pulak dengan Izwan Shah Basiron pelajar 5T1 yang juga sangat berjaya dalam kerjayanya.
Yang berbaju purple nie Raja Muhalli yang telah merantau ke merata tempat seperti Nepal, India, Spain, Chile, Singapura dan sekarang bertugas di Indonesia (mungkin ada lagi negara lain tak pasti pulak).  Muhalli memang rajin contact dari dulu lagi bila dia balik dari sesuatu negara mesti fon untuk bertanya khabar berita. Yang seorang lagi yang cute tue Rohaidah Hashim atau Chom, bertugas di IJM.  Terkenang zaman dahulu semasa saya warden dan mereka nie semua masih lagi pelajar.  Banyak cerita dan peristiwa jika dikenang-kenang semula.
Sebelah malam mereka jemput pula untuk dinner BBQ di Marina Cove.  Bila jumpa dengan pelajar untuk satu majlis reunion nie terasa diri dah pun tua.  Sebelum nie saya dan kawan-kawan excited bila dapat berjumpa dengan Cikgu Khosim yang telah 32 tahun tidak berjumpa, ni students sendiri pulak yang excited berjumpa dengan cikgunya.  Cepatnya masa berlalu...  Semoga semua berjaya dalam karier dan kehidupan masing-masing.  Tidak ada apa yang lebih menggembirakan seorang guru bila dapat melihat kejayaan para pelajarnya.  Alhamdulillah.

Wednesday, June 20, 2012

Aktiviti Semester Pendek

Salam semua...
Bila sekolah mula dibuka semula minggu lepas, bermula la semester pendek bagi pelajar-pelajar KV.  Agak kecewa bila ramai pelajar-pelajar yang lulus bersyarat bagi mata pelajaran sejarah.  Hrmmm.... kat mana masalah dan puncanya ye??? :doh3::doh3::doh3: Guru tak reti ajar ke?  Tapi untuk keputusan SPM 2011 yang lepas result sejarah meningkat dengan baiknya. Jadi pelajar ke salah, guru, sukatan, soalan exam atau apa???
Gambar-gambar nie program minggu lepas hari Selasa dan Rabu, dua hari dari pukul 8.00 hingga pukul 2.00 petang pelajar-pelajar diberi kursus intensif untuk mata pelajaran sejarah di dewan sekolah.  Oooo... berapa ramai yang gagal?  Lebih 70% ye... :'(:'(:'(:'(
Di hari Selasa Cikgu Salina full time bersama-sama dengan pelajar dan guru yang lain bergilir-gilir kerana perlu mengajar di kelas tingkatan 5.
Pelajar diberi nota dan soalan untuk dibuat dan berbincang dengan rakan-rakan jika tidak dapat jawapan.    Kemudian baru la jawapan dibincang bersama-sama.  Sib baik la penyelaras mata pelajaran sejarah sudah bersedia dengan latihan dan nota untuk diberi kepada pelajar-pelajar.
Guru-guru kali nie all out untuk tolong pelajar lulus dalam peperiksaan ulangan yang akan diadakan awal bulan Julai.  Semoga pelajar-pelajar pun begitu juga.  Risau pulak bila masih ada lagi pelajar yang tidak menghantar kerja yang diberikan utk penilaian sedangkan sudah berkali-kali diingatkan dan diminta.  Macam mana nak lulus kalau macam nie?  Tak adil jika markah diberi sedangkan kerja tidak dibuat.  Nampaknya tahun depan kena ulang lagi la diaorang nie...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??