Ok kali nie nak cerita tentang pengalaman jalan-jalan cari makan di HK. Di hari pertama memang dah cadang untuk ke Islamic Centre Canteen yang terletak di tingkat 5, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Center 40, Oi Kwan Road, Wan Chai, HK. Macam cerita di entry sebelum nie, mula-mula turun di MTR Wan Chai dan menapak mengikut peta ke Wan Chai Road. Bagi saya jauh la tue dan sempat la penat... hehehe... Kena tanya dua tiga orang baru la bertemu dengan Masjid Ammar.
Bila sampai kena menapak ke tingkat 5, amboi dah la tadi penat berjalan kena naik tangga pulak... penat rasanya dan bila sampai je di kantin diberitahu bahawa sekarang dah pukul 5 petang dan masa untuk hidangan dim sum dah tamat. Rupanya dim sum hanya dihidangkan masa makan tengahari sampai pukul 3 petang. Aisehh....
Walaupun masa hidangan dim sum dah habis tapi masih ada 3, 4 jenis dim sum lagi yang tinggal jadi ambil je la untuk rasa. Mungkin sebab masa tue dah pukul 5.00 lebih dan dah tak fresh lagi, jadi rasanya dim sum yang pernah di makan di China Treasure, Sime Darby Convention Centre dan Meisan Szechuan Restaurant, Quality Hotel, KL lagi sedap.
Antara hidangan yang dipesan, nasi goreng ikan masin. Hidangan agak besar untuk sorang makan, jadi lain kali boleh la order dua hidangan untuk 3 orang.
Brokoli goreng
Nasi goreng daging
Kuey teow goreng dengan daging, kering sikit dan rasa boleh la.
Nie sedap, bihun yang digoreng hingga ranggup dan diletak daging dan lada hitam dalam sos kacang hitam di atasnya. Bila tak habis maka kami pun nak bungkus la dan rupanya kotak polisterin dikenakan charge HK$ 1.00.
Di hari keempat kami datang lagi ke sini di sebelah malam untuk dinner. Kali nie naik teksi je dari hotel, tue pun jenuh mencari masjid nie sebab teksi sendiri tak sure kedudukan masjid. Nasib baik dah pernah sampai jadi ok la.Saja tunjuk air yang diorder. Atas nie tin oren Fanta, rasanya kat sini tak de kan?
Kali nie order 2 hidangan nasi dan satu bihun, dan 2 jenis lauk. Sebab masa kali pertama datang dah tau hidangannya agak besar kalau sorang makan. Daging black paper, sedap nie.. daging lembut je.
Kali nie try hidangan yang lain pulak, nasi goreng dengan ikan kerapu. Nasi dengan ikan kerapu bersos tomato,
Bihun goreng rangup dengan daging dan sayur diletak diatasnya.
Akar teratai dan daging cincang dengan sos XO, memang best la. Tanya dia apa sos XO dan diberitahu sos nie yang bagi hidangan jadi pedas, ingatkan apa tadi.
Tue dia, sijil halal digantung dekat kaunter bayaran.
Tanda Farah Breep Breep dah pernah sampai di sini dengan rancangan Rasa Halal Orient Hong Kong Astro Oasis.
Satu peringatan kepada semua orang Muslim yang diletakkan di kantin.
1 comment:
Thanks for the valuable info...I am currently staying at WanChai and will drop by the Islamic Centre Canteen esok. Searched the net for halal food in HK and came accross ur blog. Thanks again...
Post a Comment