Destinasi terakhir di Macau adalah ke The Venetian Macau hotel dan kasino kepunyaan Las Vegas Sands Corporation. Setinggi 40 tingkat dan lebih kurang sama macam The Venetian di Vegas. Kasino di sini adalah merupakan yang terbesar di dunia, selain tue hotel nie jugak merupakan struktur bangunan hotel tunggal yang terbesar di Asia (maklumat dapat daripada Wikipedia).
Gambar atas nie ambil dari Google sebab tue cantik. The Venetian dibuka secara rasminya pada 28 Ogos 2007. First time masuk kasino. Nak ambil gambar dekat kasino security tak bagi. Jadi tengok je la gambar-gambar penat nak taip dah.
Siling hotel dan kedai-kedai di dalam Venetian. Memang cantik, menarik dan memang the boom.Ada San Luca Canal di tingkat berapa tak sure pulak. Katanya lebih kurang sama macam di Vegas tapi di Venetian Macau nie ada 3 canal. Keliling tue semua kedai-kedai dengan macam-macam barang dari pelbagai brand. Beli fridge magnet je kat sini.
Terusan dan awan semuanya buatan tue yang katanya awan di sini sentiasa membiru.Boleh naik gondola dan diberitahu pengayuh tue adalah orang Itali.
Nampak tak kasino di bawah tue...
Macam-macam jenis permainan judi ada... dan tempat nie dibuka 24 jam. Banyaknya duit dia orang.
Keluar dari hotel nie jumpa dengan sekumpulan pelancong yang kalah judi kot (agak la). Muka semua sedih je.
Bahagian luar West Lobby hotel dan tempat tunggu shuttle bus ke terminal feri. Setiap 15 minit ada bas untuk bawa ke terminal feri atau airport. Terus balik ke HK dengan menaiki feri selepas nie.
No comments:
Post a Comment