Thursday, November 03, 2011

Hong Kong Last Day

Salam semua...
Hari terakhir tue destinasinya cuma ke Mid-Level Escalator. Ap Lei Chau, makan dan seterusnya ke airport.  Awal lagi pukul 9.00 pagi dah check out dari hotel dan tinggalkan beg.  Terus naik tram untuk ke Mid-Level Escalator.  Sebelum tue tanya dulu pekerja hotel cara-cara ke sana dan minta dia tulis dalam bahasa Cina nama tempat supaya senang tunjuk kan orang bila tak sure jalan.
Teruja sebab kali nie dapat naik tram walaupun sekejap je. Hari pertama sampai di HK lagi dah kata eh... nanti kita naik tram ye...  Masa turun dari tram baru guna Octopus card untuk bayaran.  Kalau naik bas, bayar dulu masa naik.
Dalam tram agak sempit berbanding bas dua tingkat.  Bila turun terus cari Mid-Level Escalator dan kena tanya dua tiga orang dan tengok sign board baru jumpa.
Antara sign board yang diikuti.
Depan escalator, bila sampai masa nie escalator masih lagi menurun dan kena tunggu dalam setengah jam baru la escalator tue menaik.  Sempat bergambar depan escalator, minta tolong dari dua orang Malaysia yang baru je turun dari escalator.
Central Mid-Level Escalator adalah sistem escalator luar bangunan berbumbung terpanjang di dunia.  Keseluruhannya sepanjang 800 meter dan telah dibina pada tahun 1993 untuk mengurangkan kesesakan jalanraya.  Ia untuk kemudahan penduduk di daerah Central dan Western berulang-alik di Hong Kong.
Nampak tak pengawal melarang pengguna menggunakan escalator sebab tepat pukul 10.30 pagi escalator akan menaik.  Dari pukul 6.00 pagi hingga 10.20 escalator akan menurun untuk kemudahan penduduk ke tempat kerja dan dari pukul 10.30 pagi ke 12.00 tengah malam escalator akan menaik untuk penduduk balik ke rumah.
Sementara menunggu escalator bertukar arah ada pengawal yang menjaga dan melarang penggunaan.   Disebabkan muka bumi  HK yang berbukit dan ada yang agak curam jadi ini memudahkan penduduk HK untuk bergerak dan mengurangkan kesesakan jalanraya.  Dikatakan dalam sehari lebih kurang 55,000 penduduk HK menggunakannya.
Wah baru separuh perjalanan.  Sepanjang perjalanan memang menarik dengan kedai, restoran, rumah, hotel dan yang paling menarik bila jumpa masjid.  Yang nie akan buat satu lagi entry, hehehe dah banyak entry akan datang nie.  Tak tau la tulis ke tak nanti.

Dah sampai penghujung escalator yang mengambil masa dalam 25 minit untuk sampai di Conduit Road, Mid-level kalau semua escalator berfungsi.  Masa menaiki escalator nie ada dua yang sedang dibaiki (yang paling tinggi pulak tue, sigh...) apa lagi kena naik tangga di tepi escalator tue.  Malu je bila termengah-mengah naik tangga sedangkan apek dan nyonya tua HK relax je jalan ke atas. : D.
Dari Conduit Road terus ke Ap Lei Chau atau Abeerden Island untuk ke satu lagi outlet untuk tengok-tengok barang yang ada.  Tengok-tengok je la nak beli budget tak cukup.... huhuhu...  Ap Lei Chau merupakan pulau ketiga paling padat dengan penduduk di dunia.  Bila sampai je, sana sini bangunan apartment dan kondo  yang tinggi melangit macam kat atas nie.
Lepas selesai urusan di Ap Lei Chau, terus makan dulu (cerita kemudian la) dan balik ke hotel untuk ambil beg dan seterusnya ke Hong Kong Station untuk ke airport.
Check-in di terminal 2 dan boarding pulak di terminal 1.  Jauh jugak nak kena jalan.
Boarding di gate 48 dan cepat dari waktu yang dijadualkan pukul 8.55 pm patutnya 9.05 pm.  Bagus la masa pegi pun sampai lebih awal dari masa yang dijangkakan.
Naik je dihidangkan dengan nasi bukhara ayam yang dah diorder.  Wah bestnya... rindu makanan Malaysia, dan sempena Deepavali diberi 5 biji tart nenas.
Selesai semua urusan dan sampai di rumah adik di Bandar Sri Permaisuri lebih kurang pukul 3.00 pagi.  Alhamdulillah...

2 comments:

Habshah said...

Salam

Bagus la entri Mak yan. buat lagi cerite yang lain pasal hong kong. nanti kalau teringat boleh buka blog mak yan.

tahniah terimakasih

siti_m said...

tq.. saja buat entry untuk kenangan sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??