Monday, October 31, 2011

Macau - The Venetian

Salam semua...
Destinasi terakhir di Macau adalah ke The Venetian Macau hotel dan kasino kepunyaan Las Vegas Sands Corporation.   Setinggi 40 tingkat dan lebih kurang sama macam The Venetian di Vegas.  Kasino di sini adalah merupakan yang terbesar di dunia, selain tue hotel nie jugak merupakan struktur bangunan hotel tunggal yang terbesar di Asia (maklumat dapat daripada Wikipedia).
Gambar atas nie ambil dari Google sebab tue cantik.   The Venetian dibuka secara rasminya pada 28 Ogos 2007.  First time masuk kasino.  Nak ambil gambar dekat kasino security tak bagi. Jadi tengok je la gambar-gambar penat nak taip dah.
 
Siling hotel dan kedai-kedai di dalam Venetian.  Memang cantik, menarik dan memang the boom.
 
Ada San Luca Canal di tingkat berapa tak sure pulak.  Katanya lebih kurang sama macam di Vegas tapi di Venetian Macau nie ada 3 canal.  Keliling tue semua kedai-kedai dengan macam-macam barang dari pelbagai brand.  Beli fridge magnet je kat sini.
 Terusan dan awan semuanya buatan tue yang katanya awan di sini sentiasa membiru.

Boleh naik gondola  dan diberitahu pengayuh tue adalah orang Itali.

Nampak tak kasino di bawah tue...
 Macam-macam jenis permainan judi ada... dan tempat nie dibuka 24 jam.  Banyaknya duit dia orang.


Keluar dari hotel nie jumpa dengan sekumpulan pelancong yang kalah judi  kot (agak la).  Muka semua sedih je.
Bahagian luar West Lobby hotel dan tempat tunggu shuttle bus ke terminal feri.  Setiap 15 minit ada bas untuk  bawa ke terminal feri atau airport.  Terus balik ke HK dengan menaiki feri selepas nie.

Macau - Second Day

Salam semua...
Hari Ahad tue 23 Oktober 2011 dah rancang ke Macau.  Jadi dalam pukul 8.30 am dah tunggu shuttle bus hotel  yang akan membawa ke Macau Ferry Terminal.  Beli tiket Turbojet kelas ekonomi berharga HK$ 183.00 untuk satu hala.  Kalau naik kelas super harganya HK$ 300.00 lebih.  Naik ekonomi pun dah okay jimat belanja.
Pergi Macau nie kira redah je sebab tak buat apa-apa research pun tentang Macau.  Jadi cadangnya bila sampai nanti ambil la mana-mana pakej atau sewa kereta.  Bila selesai semua urusan imigresen, orang memang ramai dan bila keluar je ada la sorang mamat nie tanya nak round-round Macau ke?  Hari nie dia bagi diskaun kalau selalu HK$ 2300.00 tapi hari nie HK$ 1800.00 je.  Kalau naik teksi kena HK$ 3000.00 untuk satu teksi  tapi sebab kami berlima jadi kena ambil dua teksi. Pandai betul dia cakap.... tapi sebab tak de pilihan masa tue ambil je la pakej yang HK$ 1800.00.  Rasanya macam kena tipu je sebab tempat-tempat yang dibawa tue dekat-dekat je dan ambil masa dalam tiga ke empat jam saja.  Tapi nak buat cam mana tempat orang dah tue tak tau apa-apa pulak.
Nie la feri yang membawa kami ke Macau.  Ambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai dari HK.  Selesa dan ada dua tingkat, yang atas untuk kelas super.
Beca yang ada kat terminal feri di Macau untuk bawa pelancong jalan-jalan di kawasan berdekatan berbeza dari beca kat Malaysia.  Di Senado Square pun ada beca nie.
Tempat pertama yang dibawa adalah Fisherman's Wharf, satu taman tema sebenarnya.  Sini sekejap je untuk ambil gambar tak berjauhan dari terminal feri.  Bangunan belakang tue kira replika dari zaman Dinasti Tang dan ada macam-macam lagi tapi tak masuk pun dan tengok apa yang ada di dalam.
Satu kasino berdekatan dengan Fisherman's Wharf tue merata-rata kasino je di Macau nie.  Iye la sumber pendapatan utama la katakan.
Kemudian kami dibawa ke Kwan-yin Statue di New Port Area tapi tak sure mana satu ejaannya Kwan-yin atau Guan Yin.  Dari sini boleh nampak jambatan yang menghubungi semenanjung Macau dengan Pulau Taipa.  Macau ada tiga jambatan dan yang hebatnya tak de tol ye.
Gambar sekitar kawasan New Port. 
Tue la patung Guan Yin setinggi 20 meter dan diperbuat dari gangsa dan berdiri di atas bunga teratai setinggi 7 meter.  Tempat nie lebih dikenali dengan nama Kun Iam Ecumenical Centre.  Ikut kata Mr Ho tourist guide tue ramai jugak yang datang sini dulu sebelum berjudi untuk dapatkan tuah.
Selepas tue ke satu bukit untuk melihat pemandangan Macau dari sana.  Atas tue ada sebuah gereja iaitu Hill of Penha Catholic Church.  Dibina atas bukit Colina da Penha atau Bukit Penha yang mula dibina pada tahun 1622.  Masa di sini ada tiga pasang pengantin yang sedang membuat penggambaran.
Nampak jugak Macau Tower dari atas bukit. Dibuka pada Disember 2001 dan setinggi 338 meter.  Menara nie adalah yang ke 21 tertinggi di dunia.  Menara Kuala Lumpur pulak adalah menara ke 7 dengan ketinggian 421 meter.
Pemandangan Macau dari atas bukit.  Nampak kasino-kasino dan hotel dari jauh.
Turun dari bukit pulak ke A-Ma Temple iaitu kuil tertua di Macau.  Dibina pada tahun 1488 semasa era Dinasti Ming. Kiranya sebelum zaman Portugis menjajah Macau lagi.  Cuma tengok-tengok je di bahagian depan kuil tue.  Memang ramai la yang datang sembahyang kat sini untuk tuah sebelum berjudi.
Bahagian depan kuil dan kat dalam tue tempat sembahyang.  Tengok je sebab kuat betul bau colok.
Bila dah habis pusing-pusing keliling kawasan tue nak ke destinasi seterusnya pulak. Ada jugak muzium Maritim di situ tapi tak masuk pun, on the way ke kenderaan tue ada sekumpulan pelancong dari China dengan pakaian mereka yang berwarna warni nak ke kuil tersebut.  Tak tau la dari etnik atau dari mana.  Cantik la baju dia orang.
Nie lukisan yang terdapat di dinding pagar bangunan yang menghala ke kuil A-Ma.  Ada banyak tapi tunjuk satu nie je la.
Dari A-Ma Temple terus ke satu jalan yang mengikut Mr Ho orang Macau panggil Casino Street sebab kira kanan jalan tue semuanya kasino.  Nie Grand Lisboa Casino yang terbaru dari kumpulan Lisboa kepunyaan Stanley Ho jutawan Macau dan dahulu merupakan orang yang memonopoli perniagaan kasino di Macau. Bangunan nie berbentuk bunga teratai.
Nie pulak Grand Lisboa yang lama.
Kat sini jugak ada MGM, Wynn Macau dan lain-lain lagi.
Dari Casino Street tue ke Senado Square kira satu tempat yang wajib dilawati.  Kat situ tempat membeli belah dan yang menariknya  jalan-jalan di situ di turap dengan batu-batu berwarna yang beralun.
Di Senado Square nie jugak ada St. Dominic's Church, gambar kat bawah nie yang dibina pada tahun 1587.
Gambar bawah nie sekitar kawasan Senado Square.
Dari Senado Square pergi pulak ke kota pertahanan Macau yang dibina oleh Portugis.  Bila pergi ke kota nie teringat pulak A Famosa di Melaka, kan Portugis yang bina.  Ada meriam-meriam yang kalau dulu mengadap laut dan sekelilling kota tapi sekarang dihadapkan ke kasino-kasino.
Nie dia antara meriam-meriam yang ada semua mengadap kasino.

Di atas kota tue jugak ada satu laluan ke galeri, tak pasti pulak dulu menempatkan apa.  Selain tue ada jugak muzium Macau di sini.
Runtuhan St Paul nie kira satu tempat yang wajib dilawati bila ke Macau.  Dulu merupakan St Paul Church yang mula dibina pada tahun 1602 dan telah terbakar pada tahun 1835, yang tinggal hanya tangga di depannya dan bahagian depan gereja tersebut.
Panjang la pulak entry nie...  Macam tulis karangan sejarah la pulak hahaha...  Tentang perjalanan ke Venetian sambung lepas nie, penat la hehehe...

Sunday, October 30, 2011

Hong Kong First Day

Salam semua...
Tiba di Hong Kong International Airport juga dikenali dengan nama Chek Lap Kok Airport lebih kurang pukul 10.45 pagi.  Awal 20 minit dari waktu yahg dijadualkan.  Waktu HK dan Malaysia sama je kecuali mereka lebih cepat siang dari kita, pukul 6 pagi dah terang benderang. Selepas selesai semua urusan, beli tiket keretapi untuk ke HK untuk check-in hotel di wilayah Central, Hong Kong.
Nie untuk ke keretapi yang akan membawa ke HK dan Kawloon.  Airport Express Services nie ambil masa lebih kurang 24 minit untuk sampai ke Hong Kong Station.
Dalam train, masa nie jumpa dua orang Cina Malaysia suami isteri.  Dia orang tegur bila dengar kita orang bersembang dalam Bahasa Melayu.
Nie tiket train, bila beli untuk sekumpulan 4 orang dapat diskaun kalau tidak sorang kena HK$ 100.00.
Sampai je Hong Kong Station terus ambil gambar. Hehehe... nie ambik gambar sendiri je.  Dari sini terus ambil teksi ke Hotel Island Pacific yang terletak di Connought Road West, Central.  Tak jauh sangat tapi taxi driver nie bila cakap orang putih dia tak faham jadi dia call dulu baru la tau kat mana.  Dia tau nama tue dalam bahasa Cina je.
Nie jalan depan hotel,, nanti la kalau rajin buat satu entry tentang hotel nie.  Kawasan nie famous dengan kawasan menjual makanan laut kering.  Sana sini gerai jual ikan, sotong, shark fin kering dan sebagainya.
Lepas check-in dan dapat bilik terus keluar ke IFC (International Finance Centre) Mall bangunan yang kat atas nie. Nie kira bangunan yang kedua tertinggi di Hong Kong (err.. betul kot) selepas Sky 100. Hotel menyediakan shuttle bus untuk ke beberapa tempat di sekitar Hong Kong jadi jimat sikit sebab kedudukan hotel dengan MTR agak jauh.
IFC Mall nie berdepan dengan Hong Kong Station je dan baru jugak dibuka.  Biasa la kedai dalam nie banyak barangan branded.  Rasanya di mana-mana kat HK nie banyak betul kedai-kedai barangan branded.
Nie kat bahagian atas shopping kompleks IFC Mall ada tempat lepak-lepak dan tengok pemandangan.  Dari sini boleh nampak Kawloon di seberang tue.  Bangunan yang tinggi tue la Sky 100 sekarang merupakan bangunan ke 4 tertinggi di dunia. KLCC dah jatuh nombor 5.
Kat depan bangunan IFC nie tengah ada lagi pembangunan.  Bangunan yang nampak tue Hong Kong Convention and Exhibition Centre.
Nie satu lagi gambar bangunan Sky 100.  Hari keempat naik ke atas tue.
Dari IFC Mall jalan kaki ke The Landmark dan jenguk-jenguk kedai-kedai di sekitar kawasan tue.
Masa jalan-jalan disekitar kawasan Landmark.
Di mana-mana saja orang memang ramai.
Nie depan Shanghai Tang.  Kalau tengok cerita Guiliana and Bill masa dia orang ke HK ada tunjuk dia orang ke sini cari cheongsam.  Tapi kedai nya tak la besar sangat.
Pakai sandal je sebab di HK memang banyak berjalan.  Jadi kasut atau sandal kena selesa.
Kat area nie nak kedai jenama apa boleh dikatakan ada. LV, Prada, Coach, Celine, Marc Jacobs, Vertu dan lain-lain ada je.
Lepas jalan-jalan naik MTR untuk ke Wan Chai makan di Islamic Centre Canteen yang terletak di tingkat 5 Masjid Ammar.  Nanti letak buat entry lain la tentang makan-makan di HK.
Balik dari makan dalam perjalanan nak ke MTR untuk ke waterfront Tsim Sha Tsui jumpa kedai Sabah.  Dari luar nampak dia jual kasut dan handbag.  Tak singgah pun sebab nak cepat kejar ke The Avenue of Stars untuk pertunjukkan The Symphony of Lights yang bermula pukul 8.00 pm.
Jalan-jalan masa ke MTR. Nasib baik cuaca ok tak hujan kecuali malam terakhir di HK hujan renyai-renyai.  
Dalam gambar nie boleh nampak pulau HK dari waterfront, masa sampai orang dah ramai dan kena tunggu dalam setengah jam sebelum pertunjukan bermula.  Ada jugak konsert di situ sementara menanti show The Symphony of Lights bermula. Memang bercahaya HK dengan lampu di sana sini.
Pertunjukan bermula, memang colourful tapi yang tak bestnya sound agak perlahan, kuat lagi bunyi konsert sebelum nie. Patutnya hari Sabtu dalam bahasa Inggeris tapi entah kenapa show tue dalam bahasa Kantonis.
Masa nie dok fikir kalau ada kamera yang canggih mesti best.  Sebab rata-rata keluar kamera yang canggih-canggih je.  Kamera saya je yang biasa-biasa. 
Sepanjang Avenue of Stars ada tapak tangan dan tandatangan artis-artis HK macam Hollywood Walk of Fame.   
Lepas habis pertunjukan balik ke hotel tapi kali nie cuba naik feri pulak.  Jadi on the way ke terminal feri nie jumpa dengan The Clock Tower tinggalan dari bangunan Kawloon Station.
Lebih kurang sama macam feri Penang tapi tak de la bawa kenderaan.  Harga untuk dek atas dan bawah tue berbeza. 
HK dari dalam feri. 
Feri nie pun naik guna Octopus card. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??