Tuesday, October 04, 2011

173 - Program Gerak Gempur SPM

Salam semua...
SPM dah tak lama lagi, hari nie 4 Oktober 2011 maka bermakna SPM tinggal 41 hari sahaja lagi.  Tak lama sangat dah.  Di saat-saat akhir nie pihak sekolah dan guru sendiri ada bermacam-macam program untuk pelajar-pelajar.  Sekolah dah pun bermula Program Gerak Gempur mulai minggu lepas dan program bermula pukul 3.30 - 5.30 petang.  Tahun nie program dibuat sebelah petang supaya di waktu persekolahan sebelah pagi P &P dapat berjalan seperti biasa dan guru-guru dapat mengajar dan membuat ulang kaji di saat-saat akhir.
Petang semalam giliran subjek Sejarah dan kelas 5 VE 7 dan 5 VE 8 digabungkan sekali untuk kelas yang saya kendalikan. Sebab dua kelas digabungkan jadi kelas dijalankan di Bilik Persidangan,  Sambutan agak menggalakan untuk kelas semalam semoga sambutan untuk kelas-kelas tambahan ini berterusan sehingga SPM.  Gambar atas nie semasa mereka tak sedar saya ambik gambar.
Bila dah sedar ada kamera mula la memasing control je buat-buat rajin, siap pesan lagi cikgu letak dalam Fb gambar-gambar nie.
Bila ambil gambar sekali lagi, yang belakang tue pun mula posing sama la yang duduk kat depan tue Shah Rizal, Naim dan Amer. Moga semua pelajar memperoleh keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang nanti, Insyaallah... Aminn...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??