Tuesday, October 18, 2011

187 - The First Galleria Taiping

Salam semua...
Bandar Taiping sekarang dah ada dua muzium satu Muzium Perak dan sekarang The First Galleria Taiping.  Ada lagi kat Matang iaitu Kota Ngah Ibrahim tapi tue kat Matang jadi bukan la bandar Taipingkan. The First Galleria Taiping telah mula dibuka pada bulan Jun 2011(menurut tour guide).  Jadi masa balik ke Taiping hujung minggu lepas berkesempatan untuk ke sini.  Sebelum nie cuma lalu je.
Tiket masuk berharga RM 5.00 seorang dan setiap lawatan walaupun hanya seorang akan disediakan tour guide untuk menerangkan segala artifak dan gambar-gambar yang ada di dalam galleria tersebut.  Rasanya disediakan tour guide untuk kita rasa tak rugi bila masuk ke sini kerana bahan pameran yang sangat sedikit.  Mereka masih lagi dalam proses menyedia dan memperbanyakkan bahan-bahan pameran.
Nie kat pintu masuk dibuka setiap hari dari pukul 9.30 am - 5.30 pm dari Isnin hingga Sabtu kecuali hari Jumaat dibuka dari 9.30 am - 12.30pm dan Ahad dari 12.30 pm hingga 5.30 pm.  Ada  lima galeri kekal dan dua galeri di bahagian atas untuk pameran sementara.  Walau bagaimana pun galeri di bahagian atas belum siap jadi lawatan hanya di lima galeri kekal sahaja yang barang pamerannya masih sangat sedikit.
The First Galleria nie terletak di 105 Jalan Stesen, Taiping.  Bangunan ini dibina pada tahun 1891 untuk Pejabat Ukur Trigonometri Perak.  Sebelum ini orang-orang Taiping lebih mengenali banguanan ini sebagai Pejabat Perbandaran Taiping Lama sebelum berpindah ke bangunan baru.  Pernah juga menjadi kedai perabot sebelum ini.
Bila masuk je ke dalam kawasan galleria jumpa dengan beca nie dan rumput pun masih belum tumbuh sepenuhnya.
Ruangan pertanyaan dan membeli tiket
Pintu masuk, nampak tak di tiang sebelah kanan ada loceng.   Bila dah beli tiket dan ditunjukkan video tentang   tatacara di dalam galeri, loceng dibunyikan.  Tujuannya untuk memanggil dan memberitahu tour guide ada tetamu yang akan masuk ke dalam galeri.
Kawasan menjual tiket dan menyambut tetamu di bahagian hadapan pintu masuk.
Kawasan sekitar galleria di bahagian hadapan bangunan dan sisi.  Yang ada beca nie berdepan dengan Gift Shop.  Kawasan belakang galleria nie ada wakaf tapi tak pergi pun bahagian belakang.
Pameran di galleria nie ada yang dibuat berperingkat-peringkat dan masa ke sana sedang dipamerkan tentang Taiping di dekad kedua.   Jadi mungkin bila dah banyak peringkat ditunjukkan akan bertambahlah bahan pameran di galleria ini.
Di dalam galleria nie tidak boleh bergambar kecuali di tempat-tempat yang dibenarkan seperti di tempat untuk
menandatangani buku pelawat ini di Kapitan Gallery dan ada satu dua kawasan lagi.  Antara yang menarik adalah bilik kebal tapi tak boleh bergambar di sana pulak.
Bahagian depan galleria ada satu gerabak keretapi selain pondok talipon yang berwarna merah tue, tapi lupa nak ambik gambar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??