Tuesday, October 11, 2011

181 - Servis Kereta dan Makan-makan di Sushi King

Salam semua...
Hari nie lepas sekolah hantar kereta untuk servis dan tinggalkan di sana.  Minta tolong Cik Nah untuk hantar dan bila dah siap servis nanti nak minta tolong untuk ambil kereta pulak.  Hari nie selain servis biasa, air cond jugak diservis sebab sepatutnya dah dilakukan semasa servis yang terdahulu tapi minta tangguh sebab masa tue tayar kereta perlu ditukar, jadi kali nie elok la servis je.  Tue la jadinya orang yang tak pandai pasal kereta bila dia kata kena tukar nie atau buat tue, terus je kata ok buat la.  Cuma minta tangguh kalau masih lagi boleh bertahan macam servis air cond.  Nie semua sebab nak make sure kereta dalam keadaan yang baik dan tak de problem. Insyaallah.  Masa hantar kali nie minta dia tengokkan stereng sebab macam berbunyi sikit bila corner, dan katanya ada leaking kat mana entah yang menyebabkan absorber perlu ditukar.  Hisshhhh duit lagi tue...
Balik dari ambil kereta, Cik Nah ajak makan di Sushi King sebab sejak dibuka kat Tesco Manjung dia tak pernah makan di sana lagi.  Saya ok je bab makan-makan nie hehehe...
Kali nie cuma ambil dua je pinggan sushi satu tue unagi atau sushi belut seperti di gambar atas.  Nie memang sushi favourite dan satu lagi kat gambar yang atas sekali sushi apa tah lupa namanya.

Selain tue order tokayaki  macam dalam gambar di atas.  Rasanya masa makan sebelum nie lagi sedap sebab memang tengah panas betul.  Bila makan hari nie rasa macam takoyaki di JJ Maluri lagi sedap pulak.
Gambar air pun ambik jugak la.  Hahaha.. order green tea je sebab free dan lepas tue nak makan ais krim pulak.
Masa sampai dah pukul 5.30 pm dan tak banyak jenis sushi kat revolving sushi. Bila dah pukul 6.15 pm baru  semakin banyak sushi yang siap dan diletakkan di situ.
Bila tengok tak banyak sushi yang best-best jadi order yasai tenpura di atas.  Nie semua sayur-sayuran seperti kacang panjang, cendawan, keledek, lobak merah, terung dan bawang besar, bila celup dalam sos di sebelah tue sedap la pulak.
Last sekali order aiskrim yang atas nie Cik Nah order dia panggil Ogura aiskrim vanilla dengan pes kacang merah.  Saya pulak ambil Matcha iaitu aiskrim teh hijau dengan pes kacang merah.  Rasanya macam murah sikit aiskrim kat sini sebab satu tue RM 4.90 berbanding dengan beberapa restoran yang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??