Thursday, January 24, 2013

Selalulah Positif

Salam semua...
Agak sibuk sekarang nak update blog pun rasanya tak sempat. Tue yang cerita masa jalan-jalan ke Medan pun tak sempat nak tulis dan letak gambar. Cerita masa cuti lagi la tak sempat nak tulis. Tambah cerita pun tak la interesting sangat kan.  Tengok la kalo ada masa dan kerajinan ada la nanti ceritanya, kalo tak simpan dalam lipatan sejarah sendiri je la.

Ok nie ada kata-kata yang boleh dijadikan motivasi dan panduan hidup dalam menjalani kehidupan sehari-hari, ambik kat satu fb. Kita jangan terlalu kecewa dan sedih bila diuji dengan pelbagai ujian, cabaran dan kegagalan.  Sebab selalunya disebalik semua itu akan datang kejayaan, kegembiraan dan kebahagiaan.  Cuma sebagai seorang insan kita tak tau bila semuanya akan berakhir dan munculnya cahaya yang dinanti-nanti.  Jangan lupa berdoa dan memohon dariNYA kerana DIA lah yang maha mengetahui dan perancang terbaik untuk segalanya.

Sunday, January 20, 2013

Langsir Baru

Salam semua...
Banyak peristiwa penting berlaku di bulan Januari.  17 Januari 2013 baru ini genaplah 10 tahun saya berpindah ke rumah yang saya tinggal sekarang. Dah lamakan... Alhamdulillah. Hujung tahun lepas semasa menemankan Belkies menempah langsir untuk rumahnya, saya pun ambil peluang untuk menempah langsir. Dah 10 tahun, ini baru la kali kedua saya menempah langsir.  Yang pertama tue ditempah semasa mula-mula nak masuk rumah lepas tue tak pernah tempah sampai la yang nie.
Atas nie sliding door, langsir yang ditempah nie simple je senang, sedondon dengan tingkap yang memang terletak bersebelahan pintu.  Kali nie warna yang dipilih berwarna coklat.

Tingkap dapur pun ubah dan buat yang simple jugak, lurus je dan ada riben. comeikan... hehehe...
Yang last sekali nie saja la nak tunjuk jugak langsir bilik.
Lepas nie tak tau la bila pulak nak buat langsir baru.  Mungkin 10 tahun lagi kot...

Saturday, January 19, 2013

Dari Kejauhan Yang Hampir

Salam semua...
Hari nie Sabtu, jadi antara aktiviti yang dirancang hari nie adalah mengemas bilik buku atau library yang dah lama tak dikemas apa tah lagi sapu dan mop lantainya., habuk tak tau la nak cakap berapa inci tebalnya.   Sambil-sambil tue asing-asingkan juga buku dan kertas-kertas yang rasanya tak diperlukan lagi untuk di kitar semula atau senang cakap dibuang.  Sambil tue tengok-tengok jugak buku dan kertas yang hendak dibuang tue dan terjumpa la sajak-sajak lama yang disimpan dari masa belajar di ITM lagi.  Bukan saya la yang karang tapi seorang senior iaitu OC saya masa Minggu Orientasi, lupa dah nama dia. Tapi suka sangat sajak nie tue yang sampai sekarang simpan.  Sajak nie tentang secret admirer yang selalunya dekat dengan kita tapi tak pernah bersembang dan bercakap pun sebab kita je yang suka kan dia, dia tak tau pun.. Hahaha... biasa la masa zaman belajar dulu mesti ada SA nie.... Z, S masa ITM, S, J, F masa UUM hahaha....

Dari Kejauhan Yang Hampir
dari kejauhan
aku hanya mampu melihat
tanpa sepatah kata
kerana kita terlalu jauh
walaupun sebenarnya hampir

dari kejauhan
aku ingin berbicara denganmu
tapi kita terlalu jauh
walaupun sebenarnya hampir
hanya terpisah oleh detik rindu

dan dari kejauhan ini juga
kulaungkan ucapan
yang bergelombang di hati
bisu pada kata
tapi kita terlalu jauh
walaupun sebenarnya hampir

juga dari kejauhan ini
aku sentiasa mengenangimu
dan aku juga tahu
segala kisah dan cerita
walaupun kita terlalu jauh
tapi sebenarnya kita juga terlalu hampir
sekadar tak terdaya menghapuskan rindu

ketahuilah
bicara ini lahir
dari kejauhan yang hampir

Emak - Sudah 9 Tahun Berlalu...

Salam semua...
Semalam 18 Januari 2013 genaplah 9 tahun pemergian emak ke rahmatullah.  Memang nak buat satu entry tapi sebab di awal tahun nie agak sibuk dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan segera sebab tue entry pun ada tak de je di awal tahun nie.  Nak tulis panjang-panjang pun rasanya tak sempat.  Mana nak siap fail untuk pemantauan, fail untuk Rancangan Mengajar sendiri lagi, belum lagi dasar dan perancangan unit selain dari mesyuarat-mesyuarat di awal tahun.  Hahaha... cerita mesti la beriya-iya kan...  Tapi betul la...

Ok macam entry pada tarikh pemergian Abah saya ambil je dari blog lama saya, kali nie pun sama saya ambil dari entry blog lama saya yang dah tak aktif lagi iaitu www.catatansss.blogspot.com bertarikh 18 Januari 2009.  Blog lama saya letak tajuk Catatan Siti Sana Sini, yang baru nie saya namakan Coretan Siti.  Nak letak nama pun jenuh nak fikir...  Didoakan moga Emak dan Abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan diampunkan dosa-dosa mereka. Al Fatihah...

Emak

Gambar ini diambil di sekitar bulan Mac tahun 2003. Dan bila tengok dalam laptop gambar digital emak dan abah ada yang ini sahaja.
Hari ini 18 Januari 2009, genap 5 tahun emak pergi meninggalkan kami. Sekejap je dah 5 tahun rupanya. Masih lagi terngiang-ngiang suara emak di telinga ini. Apa tah lagi ketika di hari terakhir bersama emak di hospital. Masih lagi teringat panggilan talipon dari adik mengatakan emak jatuh di bilik air. Ketika itu saya dan rakan-rakan di Bidor dalam perjalanan balik ke Manjung dari Tanjung Malim. Hanya Allah je yang tahu betapa risaunya sepanjang perjalanan balik ke Taiping ketika itu. Terus ke Hospital Taiping dan malam itu saya sempat menjaga emak di hospital. Esok pagi balik ke rumah untuk mandi dan masak, dan ketika itulah dapat panggilan dari hospital mengatakan emak dalam keadaan nazak.
Tergesa-gesa kami iaitu abah, adik dan saya ke hospital untuk melihat emak dan ketika sampai di sana emak dipindahkan ke wad ICU. Terus adik-beradik yang lain dihubungi. Seperti tidak percaya pagi itu adalah kali terakhir saya dapat berbual-bual dengan emak walaupun saya yang banyak berkata-kata, dan masih teringat lagi renungan mata emak ketika saya minta izin untuk balik dan berjanji akan datang tengahari itu. Malam itu lebih kurang pukul 8.00 malam emak pergi meninggalkan kami semua. Seperti tidak percaya kerana sebelum itu pun emak pernah sakit dan masuk hospital.
Kami anak-anakmu akan sentiasa merinduimu. Semoga roh emak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Al-Fatihah...

Friday, January 11, 2013

Syukur, Alhamdulillah

Salam semua...
Hari ini  Jumaat yang penuh dengan kemuliaan dan penghulu segala hari.  Semoga kita sentiasa dirahmatiNYA dan dalam keadaan sihat sejahtera selalu.  In sha Allah...  Semalam dapat berita gembira yang telah lama dinantikan bila pengumuman dibuat bahawa kenaikkan gred jawatan adalah berdasarkan time-based.  Petang semalam seorang rakan talipon dan bertanya dah semak atau belum tentang status kenaikan gred jawatan.  Bila semak di web naik pangkat Alhamdulillah, nama tertera di situ dan kenaikan bermula 14 Januari 2012.  Alhamdulillah back dated lebih kurang setahun.  Sangat-sangat bersyukur dengan segala kurniaanNYA, Alhamdulillah... rasanya ini adalah hadiah hari lahir yang paling menggembirakan.  Semoga berita gembira yang diterima di awal tahun ini berterusan.  Dan berharap ini juga akan menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk terus bekerja dengan lebih cemerlang, jujur, amanah dan ikhlas.  In sha Allah..

Wednesday, January 09, 2013

Doaku Di Hari Ini..

Salam semua...
Masih cuba untuk memperbaki kelemahan yang ada dalam diri ini. Biasa la setiap kali datangnya tahun baru tak kira la Masihi atau Hijrah begitu juga dengan sambutan hari lahir, selalu tanam azam untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.  Bukan satu perkara yang mudah untuk mengubah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan.  Sebab tue dalam taklimat pengurusan KVSM, pengarah sering melaungkan kata-kata, "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul".  Banyak yang perlu dilakukan untuk membetulkan perkara-perkara yang sudah pun menjadi kebiasaan, selain itu keazaman dan kesungguhan perlu ada.

Yang penting jangan lupa memohon padaNya agar membantu kita dalam kita berusaha untuk memperbaiki diri.  Kadang-kadang kita kena memaksa diri untuk melakukan sesuatu demi kebaikkan diri sendiri.  Iye la kalau tidak, sampai bila pun perkara itu akan diambil mudah dan akhirnya tidak dilaksanakan. Hmmm...

Monday, January 07, 2013

Al Fatihah Untuk Arwah Abah


Salam semua... 
Catatan di bawah nie saya copy paste dari blog lama saya yang dah tak aktif lagi.  Catatan tentang arwah Abah yang genap 3 tahun pemergiaannya ke rahmatullah esok 8 Januari 2013.  Abah meninggal di Kangar, Perlis pada 8 Januari 2010 dan jadi la kami adik beradik anak yatim piatu (dah umur macam nie pun nak jugak sebut yatim piatu).  Catatan di bawah nie saya tulis pada 8 Februari 2010 sebulan selepas Abah meninggal.

Salam semua...
Cepat betul masa berlalu... rasanya seperti baru semalam menerima panggilan dari Abang Nan memberitahu abah kurang sihat. Masa tue lebih kurang pukul 11.30 malam. Terus telefon adik-beradik yang lain untuk beritahu tentang keadaan abah.Hari ini 8 Februari cukup sebulan abah pergi meninggal kami anak-anaknya. Abah pergi dalam usia 81 tahun pada tarikh 8 Januari 2010, 10 hari sebelum tarikh emak pergi meninggalkan kami 6 tahun yang lalu pada 18 Januari 2004.
Kali ni cuma nak letak gambar-gambar keluarga lama yang ada dalam simpanan. Bila ada masa terluang yang sedikit ini, cuba untuk scan balik gambar-gambar lama. Banyak jugak dalam simpanan, jadi untuk pertama kali nie hanya beberapa keping gambar dahulu yang discan. Gambar mula-mula tue adalah gambar emak dan abah masa tinggal di Cameron Highland dan yang kedua selepas pindah ke Taiping (Gambar nie rosak sikit). Masa nie saya telah pun dilahirkan.
Gambar di atas pula masa abah menghadiri satu majlis kenduri. Masa muda-muda adalah gambar abah berbaju melayu dan bersamping. Bila dah semakin meningkat usia, abah banyak berbaju melayu dan berkain pelikat saja terutama ke masjid.
Abah begitu rajin melayan karenah anak-anaknya semasa kecil, sebab tue la sebelum pergi kerja abah akan pusing dulu kawasan kuarters tentera tempat tinggal kami untuk bawa anak-anaknya berjalan-jalan sebelum ke tempat kerja. Dalam gambar di atas abah dengan Abang Nan di belakang dan Mee menunggang motor Vespa AD7995.
Gambar nie pula gambar abah semasa di Kinabalu National Park pada 26 April 1971 (maklumat nie ada tertera di belakang gambar). Abah pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak tapi emak dan anak-anak tinggal di Perak sebab anak-anak yang ramai dan masih bersekolah.

Abah memang suka bergambar sebab tue la gambar abah ada banyak dalam simpanan. Masih saya ingat lagi, saya memang suka untuk mengumpul dan meletakkan gambar-gambar ini dalam album, siap beli album gambar untuk simpan gambar-gambar keluarga. Mungkin sebab minat dengan sejarah dan sekarang mengajar sejarah kot... jadi memang minat sangat untuk simpan gambar-gambar sebagai kenangan...

Al-Fatihah untuk Abah dan Emak....

Hari Pertama Kerja Di Tahun 2013

Salam semua...
Bangun hari nie rasa seronok pulak nak pegi kerja.  Iye la dah cuti dekat 5 minggu (kurang 2 minggu dari sekolah, tapi apa pun tetap bersyukur...) jadi rasa tak sabar untuk berjumpa semula dengan rakan-rakan setugas dan para pelajar.  Harap-harap bukan la hanya di awal tahun sahaja biar la berpanjangan semasa masih lagi menjalankan tugas, in shaa ALLAH.. aamiin...  Hahaha... ayat tak boleh belah betul. Tapi memang rasa happy dan seronok untuk memulakan tugas tahun nie.  Mungkin ada motivasi di awal tahun ini, jadi keseronokan itu pun datangkan.
Hari nie bermula la sesi pengajian bagi tahun 2013 dan dimulakan dengan perhimpunan khas untuk para pelajar dan jugak pensyarah. Pelajar yang ada cuma pelajar tahun 2 semester 3, jadi pelajar belum ramai lagi.  Nanti bila pelajar tahun 1 mendaftar pada 21 Januari 2013 baru la dewan akan penuh bila perhimpunan diadakan.  Tengah membayangkan bagaimana kalau 2 tahun lagi bila pelajar sampai tahun 4 pun ada sekali macam mana agaknya keadaan dewan bila diadakan perhimpunan mesti penuh sesak. Entah-entah kena buat kat padang.  Hmmm... just wait and see la...

Jadi untuk hari nie letak kata-kata motivasi di atas nie untuk peringatan kepada diri sendiri terutamanya.  Dalam apa saja perkara kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH dan yakin ia terbaik untuk diri kita.

Sunday, January 06, 2013

Cuti Dah Habis, Mari Kita Mula Bekerja

Salam semua...
Di pagi 3 Januari tue diadakan Taklimat Pengoperasian KVSM 2013 di Bilik Persidangan, kira macam Mesyuarat Guru di awal tahun.  Rutin yang sama di awal atau akhir tahun, sama seperti tahun-tahun sebelum nie.  Ini semua sebagai persediaan sebelum memulakan sesi persekolahan atau kolej bagi tahun 2013.  Untuk sesi pertama adalah taklimat dari Pengarah KVSM sendiri, macam-macam amanat dan harapan disampaikan  di samping peratuuran baru dan penambahbaikan yang dilakukan untuk tahun 2013.  Di samping itu setiap cikgu (atau nak sebut pensyarah nie??? hmmm...) dibekalkan jugak satu fail untuk RPH bagi 2013 seperti gambar bawah nie. Tebalnya fail tahun nie...
Selepas rehat untuk kudapan taklimat diteruskan lagi dan yang dinanti-nantikan oleh semua pensyarah diedarkan buku Perancangan dan Pengoperasian KVSM 2013.  Masing-masing tak sabar untuk melihat tanggungjawab dan tugasan untuk tahun ini.  Nampaknya masih lagi dengan tugasan dan tanggungjawab yang sama seperti tahun lepas, tapi setelah lama tidak terlibat dengan unit beruniform, tahun nie jadi salah seorang penasihat untuk KRS.... nampaknya jadi la penasihat yang tak tahu apa-apa... banyak kena belajar nie.

Taklimat diteruskan dengan TPA dan TPSA menyampaikan pula amanat masing-masing.  Hmmm... dah nampak apa kerja urgent yang perlu dilakukan segera dah ada dua tiga perkara nie.  Semoga permulaan sesi pengajian tahun 2013 akan membawa kejayaan kepada kerjaya dan kehidupan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan sepanjang tahun. In shaa Allah.

Saturday, January 05, 2013

Happy Birthday To Me Hehehe..

Salam semua...
Hari nie dah 5 Januari kan... berapa hari tak update blog. Agak sibuk sikit kebelakangan ini sebab dah mula menoreh (istilah yang Gie gunakan) setiap hari Khamis, Jumaat dan satu lagi belum bermula pada hari Selasa.  Sebab baru nak bermula dan pokok yang ditoreh pun baru jadi kena la usaha dilakukan lebih sikit dengan segala persediaan agak hasil torehan akan mengeluarkan susu yang banyak.  Ehhh faham ke tak nie?? Hehehe... nanti la buat satu entry tentang kerja baru sebagai penoreh nie.
Ok entry kali nie nak cerita tentang peristiwa yang berlaku pada 3 Januari baru-baru nie.  Satu tarikh yang memang sangat bermakna pada saya la... Apa tue... hmmm hari lahir la... Selalunya bila tiba tarikh nie tak de la nak celebrate ke apa, tengok je la tv dan komputer.  Tapi tahun nie MK dan isterinya Nancy ajak untuk dinner bersama malam tue.  Ingat dinner je so ok la sebab memang selalu jugak dinner dengan MK dan family dia.  Kebetulan anak MK bersekolah di sekolah saya.   Ok gambar atas nie masa baru sampai Nancy siap tunggu depan restauran dan terus bagi hadiah.  Wah masa tue je dah rasa happy sangat dan MK siap dengan kamera masa masuk ke dalam restoran tue.
Ok nie la MK Saravanan, kawan sekolah dahulu dari tingkatan 1 hingga 3 kami berada dalam kelas yang sama dan sampai hari ini masih lagi berhubungan semua tue atas jasa Fb la.  MK pun rajin mencari rakan-rakan sekolah dan antara yang rajin involve dalam reunion kawan-kawan Sekolah All Saints dahulu.
Bila habis makan MK minta supaya meja dikemaskan, mula-mula ingat nak balik dah rupanya dia minta staf restoran tue keluarkan kek.... Wahhhh... sangat terharu dan happy okay.  Tak pernah lagi ada orang yang surprise kan saya sampai macam nie.  Nie la kek yang disediakan oleh MK sekeluarga.  Nampak tak banyaknya lilin... bermakna banyak la umurnya hahaha.... Berapa tue???
Sebelum nyanyi, tiup lilin dan potong kek ambil gambar dulu dengan kek.  Gambar di atas nie Nancy dan dua jejaka tue adalah anak MK dan Nancy, Vasan sebelah kiri dan Vimal sebelah kanan.  Vimal pun dah memohon untuk memasuki KVSM tahun ini dan berharap semoga dia mendapat tempat.

Nasib baik malam tue tak ramai pelanggan di restoran tersebut kalo tak sure kecoh jugak la kan sebab siap nyanyi, 'Happy birthday to you' lagi, tue pun dah siap kata kat MK jangan nyanyi kuat-kuat heheheh.... segan la jugak... Apa pun sangat gembira dan terharu dengan ingatan MK sekeluarga.  Nancy siap kata kalau tak sure saya tengok tv dan main Fb je la... hahaha... betul la tue. Selalu tak de nya celebrate tambah dengan umur yang semakin meningkat nie.  Nasib baik ada Fb jadi ada lah jugak yang beri ucapan dan doa di hari lahir, kalau tak hmmm... sure tak ada yang wish huhuhu....   Harapan semoga kedatangan 2013 dan hari lahir tahun nie membawa kejayaan kepada kerjaya dan jugak kehidupan selain diberikan kesihatan yang baik dan ditingkatkan keimanan selain berbahagia yang berpanjangan. Aamiin....

Tuesday, January 01, 2013

Hari Pertama 2013

Salam semua...
Hari nie hari pertama untuk tahun 2013 dan dah nak habis dah pun.  Hari nie baru la merajinkan diri untuk mengemas rumah, nie pun belum selesai lagi tapi dah ada progres.  Punya la lama tak kemas dan mop lantai, walaupun cuti tapi kerja-kerja rutin akhir tahun menghalang dari melakukan semua perkara tue.  Dah selesai semua kerja-kerja tue pergi ke KL pulak untuk bercuti.  Alasan je kan semua tue... hehehe...
Ok untuk hari nie cuba baca kata-kata di atas dan moga kita sama-sama tidak berhenti berharap dari pertolongan Ilahi dalam menghadapi kehidupan seharian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??