Friday, October 21, 2011

194 - Sepetang di Kuala Gula

Salam semua...
Minggu lepas juga ke Kuala Gula untuk makan-makan seafood .  Kali nie pergi awal sikit jadi bila sampai masih dalam pukul 5.00 petang dan bila balik pun hari masih lagi terang.  Masa pergi ke sini dulu sampai dah lebih pukul 6.00 petang sekejap je hari gelap dan bila balik memang la dah gelap.
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen. Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini.  Ni ambil dari sini.  Maklumat lanjut boleh cari kat situ.
Tengok gambar je la.




 Di sini ada chalet untuk menginap dan sesiapa yang beminat untuk memancing bole la sewa bot untuk ke laut.








Jeti tempat menaikkan ikan.  Gambar di atas nie pelanggan dah pun menunggu nelayan menaikkan ikan.
 Perusahaan membuat udang kering pun ada di sana.  Yang dalam guni di atas lori nie la udang-udang kering yang dah siap untuk dijual
Selain tue ada jugak perusahaan ketam lembut disitu tapi tak pergi dekat pun tengok ambil gambar dari jauh je.  Masa sampai pun dah tutup tempat nie.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??