Saturday, June 30, 2012

Masa Begitu Cemburu

Salam semua...
Balik dari Gerik Isnin baru nie sibuk pulak tak sempat nak update blog.  Ada je kerja sampai tak sempat nak update blog.  Kebetulan kawan masa sekolah datang ke Manjung nie atas urusan kerja.  Jadi kena la entertain kan sebab dah lama tak jumpa kan.  Tue bagi tau dia, kalau dia selalu datang sini tak de nya nak keluar dan bawa dia jalan-jalan dan makan.

Hari nie hari terakhir bulan Jun dan esok dah masuk bulan Julai, setengah tahun kedua 2012.  Bulan Ramadhan pun dah tak lama akan menjenguk kita semua.  Tak sabar rasanya.  Semoga kita bersama-sama dapat menjalani ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini dengan tenang dan penuh takwa terhadapNYA.  Insyaallah.

Sunday, June 24, 2012

Bermalam Di Gerik, Perak

Salam semua...
Dah lama tak ke mana-mana untuk menghadiri mesyuarat atau kursus.  Tahun nie baru sekali ke Ipoh untuk mesyuarat di SMT Ipoh dan tahun nie untuk kali ke dua akan bermesyuarat esok di SMT Gerik untuk satu program yang akan dijalankan pada pertengahan Julai nie.  Disebabkan mesyuarat bermula esok pagi jadi hari nie bermalam di Gerik setelah dapat kebenaran untuk lojing.  Kalau tak esok pagi-pagi sebelum subuh dah kena bertolak.
Sebab tumpang kereta kawan dan jadi penumpang jadi sempat la ambil gambar-gambar yang ada tulis pekan Gerik nie.
 Keadaan agak tenang dan nampak dah semakin banyak bangunan baru dibina.  Ini kali pertama bermalam di pekan Gerik, sebelum nie hanya lalu untuk ke Pengkalan Hulu dan Kelantan.
Bila sampai di Gerik keadaan tenang je tak de terkejar-kejar macam tempat lain.  Ikut kata kawan yang pernah tinggal di Gerik, Gerik sekarang dah semakin maju dan sibuk jika dibandingkan dulu.
Bila dah check in kat hotel, keluar makan.  Sebab tak tau kat mana nak makan singgah di satu kedai makan iaitu Nasi Lemak Ayam Godam.  Kat kedai nie hanya jual nasi lemak dengan ayam goreng je tak de lauk lain. Nampak ramai jugak orang yang makan di situ jadi cuba la.  Boleh tahan jugak nasi lemak dan ayam goreng dia.  Dihidangkan jugak serbuk-serbuk dari ayam goreng tue bersama-sama dengan nasi lemak.
Gambar nie baru je letak bila update entry nie pada 30 Jun 2012. Gambar nie masa on the way balik, kawan nak bungkus nasi lemak nie untuk dibawa balik tapi tutup sebab dia buka belah petang ke malam je.

Makan-makan di Taiping

Salam semua...
Hari Sabtu minggu lepas balik Taiping sekejap untuk tengok rumah yang dah lama tak jenguk.  Bila balik ambil kesempatan untuk makan-makan di beberapa tempat yang merupakan tempat makan favorite.
 Bila sampai je terus singgah di Ansari Cendol untuk minum cendol yang sedap tue dan makan jugak pasembor dia.  Pasembor nie biasa-biasa je.
Yang terbaik mesti la cendol, campur dengan kacang wow... memang walla... kalau suka bole tambah pulut jugak.
 Dua gambar atas bawah nie gambar bahagian depan Ansari cendol.  Kalau sapa ke Taiping elok la singgah dan cuba.  Ada satu lagi cendol yang famous jugak iaitu Bismillah Cendol.

 Petang tue pegi pulak Kueyteow Doli untuk makan kueyteow  la apa lagi.  Masa sampai dalam pukul 2.00 petang jadi orang tak ramai lagi, jadi sekejap je dah dapat order.
 Atas nie kueyteow goreng biasa, mula-mula nak order special tapi bila nak order yang lain jadi cukup la.
 Order tambahan adalah mee kari dan jugak nasi ayam.  Hehehe... makan dua orang je ngan adik, tapi macam makan 3, 4 orang.  Best jugak sebab dah lama tak makan di sini, jadi sesekali memang terasa best.


Friday, June 22, 2012

Istiqomah Dengan Perubahan

Salam semua...
Bertemu kita di hari Jumaat yang mulia ini.  Sekejap je dah bertemu Jumaat kembali, begitu cepat masa berlalu, semakin hari semakin meningkat usia kita.  Bulan Ramadhan pun dah tak lama akan menjelang tiba.  Hari nie dah masuk 2 Syaaban 1433 Hijriah. 
 Jadi mari kita tanamkan azam untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik dan terus istiqamah dengan perubahan tersebut. Amin...
Photo

Thursday, June 21, 2012

Sarapan Kesyukuran

Salam semua...
Rasa sangat bersyukur atas segala kurniaan dan nikmat yang diberikan.  Jadi hari nie sebagai tanda kesyukuran masak bihun goreng dan buat pulut seri kaya untuk dibawa ke sekolah dan makan bersama dengan rakan-rakan.  Itu je la yang mampu disediakan di masa ini.
Gambar atas dan bawah nie pulut seri kaya yang dibuat malam tadi.  Mula-mula memang cadangnya nak buat pulut dan makan bersama rendang atau kari tapi bila pulut ada dalam sekilo je, terus tukar dan buat pulut seri kaya.  Resepi ingat-ingat lupa yang pernah diminta dari Mak Lang dan cara membuat dok ingat lagi cara arwah mak buat dulu-dulu, jadi cuba la buat.  Masa arwah mak masih hidup dulu tak pernah tanya sukatan cuma selalu tengok  mak buat kuih nie, sebab suka makan.  Ada yang panggil seri muka atau pulut sekaya tapi dari dulu lagi mak selalu kata pulut seri kaya.  Satu lagi yang mak selalu buat, sama jugak cuma dalam pulut tue dicampur dengan ubi kayu yang dipanggil raden galoh.  Nie bila pulut ada sikit saja jadi tambah dengan ubi kayu.  Sedapnya... 
Alhamdulillah cubaan membuat pulut seri kaya nie menjadi, tak terlalu manis orang kata just nice hehehe sapa lagi nak puji kan.  Nie boleh dikatakan cubaan kedua membuat kuih di atas.  Bila dipotong cam tue la bentuknya.  Ok la kan. 
Selain pulut seri kaya nie, goreng jugak bihun.  Nie bekal yang adik bawa ke tempat kerja dia untuk dimakan bersama dengan kawan-kawan dia.  Saja je nak tunjuk gambar pulut seri kaya dan bihun goreng nie sebab selalu tunjuk gambar makan kat luar je kan, jarang ke tak pernah tunjuk gambar makanan yang dimasak.  Bukan tak reti masak, bole tapi selalu masak simple-simple je jadi segan nak tunjuk kat sini.

Wednesday, June 20, 2012

Aktiviti Semester Pendek

Salam semua...
Bila sekolah mula dibuka semula minggu lepas, bermula la semester pendek bagi pelajar-pelajar KV.  Agak kecewa bila ramai pelajar-pelajar yang lulus bersyarat bagi mata pelajaran sejarah.  Hrmmm.... kat mana masalah dan puncanya ye??? :doh3::doh3::doh3: Guru tak reti ajar ke?  Tapi untuk keputusan SPM 2011 yang lepas result sejarah meningkat dengan baiknya. Jadi pelajar ke salah, guru, sukatan, soalan exam atau apa???
Gambar-gambar nie program minggu lepas hari Selasa dan Rabu, dua hari dari pukul 8.00 hingga pukul 2.00 petang pelajar-pelajar diberi kursus intensif untuk mata pelajaran sejarah di dewan sekolah.  Oooo... berapa ramai yang gagal?  Lebih 70% ye... :'(:'(:'(:'(
Di hari Selasa Cikgu Salina full time bersama-sama dengan pelajar dan guru yang lain bergilir-gilir kerana perlu mengajar di kelas tingkatan 5.
Pelajar diberi nota dan soalan untuk dibuat dan berbincang dengan rakan-rakan jika tidak dapat jawapan.    Kemudian baru la jawapan dibincang bersama-sama.  Sib baik la penyelaras mata pelajaran sejarah sudah bersedia dengan latihan dan nota untuk diberi kepada pelajar-pelajar.
Guru-guru kali nie all out untuk tolong pelajar lulus dalam peperiksaan ulangan yang akan diadakan awal bulan Julai.  Semoga pelajar-pelajar pun begitu juga.  Risau pulak bila masih ada lagi pelajar yang tidak menghantar kerja yang diberikan utk penilaian sedangkan sudah berkali-kali diingatkan dan diminta.  Macam mana nak lulus kalau macam nie?  Tak adil jika markah diberi sedangkan kerja tidak dibuat.  Nampaknya tahun depan kena ulang lagi la diaorang nie...

Durian Oh Durian

Salam semua...
Bila tengok ada yang menayang gambar durian dan cerita tentang bestnya makan durian di Fb, maka keinginan nak makan durian pun datang.  Tapi di Manjung nie tak banyak lagi orang yang menjualnya.  Balik Taiping hujung minggu baru nie pun baru ada dua tiga gerai yang dibuka untuk menjual durian.  Mungkin di sebelah sini durian baru nak gugur dan di sebelah Pahang dan selatan durian dah mula gugur. Tak tau la pulak.
Nie nak cerita tentang durian yang dibeli minggu lepas.  Bila parking je kereta terus datang seorang apek nie bawa durian dan tunjuk isi durian yang nampak marvellous.  Dia kata durian udang merah. Jadi terus ke van dia sebab cadangnya nak beli dua biji je.  Kawan dia pun terus kopek sikit kulit durian untuk tunjuk isi durian dan memang nampak kuning dan lembut je.
Biasa bila beli durian dia letak dalam beg plastik je tapi kali nie penjual nie letak dalam karung macam karung letak baja atau simen tue.  Tengok gambar di atas dan bawah, tue la karungnya.  Kat sini la "Tipah tertipu"   bengang rasanya bila difikir-fikirkan.
Apa yang tertipunya??? Ok mula-mula saya nak beli 2 biji je tapi dia sibuk la kata mana cukup 2 biji ambil la 3, saya pun ok la bole jugak, nanti boleh buat pengat ke (ye la tue)... Kawan yang satu lagi tue dah siap dengan karung di atas tue dan letak durian-durian yang dicuba di dalam karung tersebut.  Kemudian dia terus lipat-lipat karung tue dan baru timbang.  Bila timbang saya terperanjat jugak 3 biji je, tapi kenapa berat sangat??  Tapi bayar je la dan dia terus angkat durian tue ke kereta dan letak dalam bonet kereta.  Tak nampak sebarang penipuan kan... saya kata dalam hati bagusnya apek nie siap tolong angkat sedangkan kereta agak jauh dari van dia.
Bila balik rumah baru la tau penipuan yang dilakukan oleh peniaga durian nie.  Tengok-tengok ada 4 biji durian sedangkan yang saya cuba dan beli 3 je kan.  Patut la dia guna karung tue sebab tak nampak berapa biji durian di dalamnya dan dia sibuk la tolong angkat supaya saya tak perasan.  Nasib baik durian yang ke 4 tue elok isinya walaupun bukan durian udang merah.  Cisss....   
Bila difikirkan balik patut la van jual durian nie sekejap je berhenti di satu-satu tempat dan pindah ke tempat lain.  Masa beli tue lepas dua tiga orang tengok dia terus ke tempat lain.  Jadi lain kali berhati-hati ye kawan-kawan tengok betul-betul apa yang dibeli jangan terlalu percayakan peniaga.  Dan kalau nak beli 2 beli 2 je jangan lebih...

Tuesday, June 19, 2012

Gerai Bubur Perak

Salam semua...
Sekejap je dah petang.  Bestnya kalau petang-petang begini dapat makan bubur.  Tak kira la bubur kacang ke, bubur gandum, bubur jagung atau pun bubur lambuk.   Mesti best kan.
Gambar nie masa singgah makan bubur di gerai Bubur Perak yang terletak di Titi Gantung dekat dengan trafik light dan berdepan dengan Pejabat Pertanian.  Macam-macam jenis bubur ada.  Yang manis dan juga yang pedas, pilih je nak makan yang mana.  Kalau nak campur-campur pun boleh.
Selalu bila bulan puasa ramai orang jual bubur atau pengat banyak jenis macam nie tapi di gerai Bubur Perak nie tiap2 petang ada jual bermacam-macam jenis bubur.  Bukan semua orang rajin untuk masak kan walaupun senang membuatnya.  Tambah pulak sekarang nak dapat keladi, ubi kayu bukan senang.
Gambar atas nie bubur caca kalau tak salah, dan yang bawah nie pulak semangkuk bubur keladi.  Memang best terasa lemak dan manis bubur nie.  Sedap bila makan di petang hari.
                                                                                                                                                   

Monday, June 18, 2012

Aku Keliru???

Salam semua...
Bila dengar kawan-kawan yang berhijrah gembira di tempat baru, hati memberontak untuk beralih arah dan mencuba tempat baru. Sudah terlalu lama di tempat yang sama, semakin hari semakin bosan bila tekanan dan suasana semakin tidak menggembirakan.  Minda, otak dan fikiran tidak berkembang, yang berkembang dengan jayanya badan je hehehe....
Tapi bila difikirkan dari banyak sudut, masih banyak lagi perkara di tempat ini yang sangat disukai, disayangi dan disenangi. So how???

Friday, June 15, 2012

Saya Mahu Berubah

Salam semua...
Hari nie Jumaat, jadi untuk entry hari nie elok la letak perkara yang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan juga yang lain.  Rasanya semua manusia mahu berubah atau berhijrah ke arah sesuatu yang lebih baik.  Jadi jika dah ada niat untuk berubah eloklah dimulakan sekarang.  Baca dan tengok la gambar di bawah nie yang di ambil di Fb.

Bila dah berubah, moga kita akan istiqamah dengan perubahan yang baik itu.  Insyaallah.

Tuesday, June 12, 2012

Yang Sepatutnya Diucapkan

Salam semua...
♥ Bila terasa BERDOSA ucap Astaghfirullah ♥
♥ Bila BERJANJI ucap Insyaallah ♥
♥ Bila rasa TAK TERDAYA ucap Lahaulawalaquwataillahbillah ♥
♥ Bila percaya PADA Allah ucap Lailahaillallah ♥
♥ Bila rasa BERSYUKUR ucap Alhamdulillah ♥
♥ Moga HIDUP sentiasa BERSAMA Allah ♥
♥ Moga iman MENINGKAT kepada Allah ♥

Monday, June 11, 2012

Syukur...

Salam semua...
Alhamdulillah dan bersyukur sangat-sangat dengan segala nikmat dan rahmat dariNYA.  Semoga akan terus  menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur. Insyaallah. Terima kasih Ya ALLAH.

Sunday, June 10, 2012

Sarang Lebah

Salam semua...
Nampak tak apa yang ada kat dahan pokok tue?
Ok kita zoom sikit-sikit.
Ok dah boleh nampak kan apa dia...
Kamera biasa je jenuh nak zoom.
Makin clear kan, sarang lebah.
Sekejap je dah besar dalam masa seminggu je sarang nie dah besar sebegini.
Bila zoom lagi dekat kamera nie dah tak boleh nak dapat gambar yang sharp.  Ke saya yang tak reti ambik gambar??? Atau kena beli kamera DSLR hehehe....
 (Gambar nie dah lama, bila tengok balik gambar-gambar yang diambil dan delete mana yang tak berkenaan, ternampak folder gambar sarang lebah letak sini la )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??