Monday, October 31, 2011

Macau - Second Day

Salam semua...
Hari Ahad tue 23 Oktober 2011 dah rancang ke Macau.  Jadi dalam pukul 8.30 am dah tunggu shuttle bus hotel  yang akan membawa ke Macau Ferry Terminal.  Beli tiket Turbojet kelas ekonomi berharga HK$ 183.00 untuk satu hala.  Kalau naik kelas super harganya HK$ 300.00 lebih.  Naik ekonomi pun dah okay jimat belanja.
Pergi Macau nie kira redah je sebab tak buat apa-apa research pun tentang Macau.  Jadi cadangnya bila sampai nanti ambil la mana-mana pakej atau sewa kereta.  Bila selesai semua urusan imigresen, orang memang ramai dan bila keluar je ada la sorang mamat nie tanya nak round-round Macau ke?  Hari nie dia bagi diskaun kalau selalu HK$ 2300.00 tapi hari nie HK$ 1800.00 je.  Kalau naik teksi kena HK$ 3000.00 untuk satu teksi  tapi sebab kami berlima jadi kena ambil dua teksi. Pandai betul dia cakap.... tapi sebab tak de pilihan masa tue ambil je la pakej yang HK$ 1800.00.  Rasanya macam kena tipu je sebab tempat-tempat yang dibawa tue dekat-dekat je dan ambil masa dalam tiga ke empat jam saja.  Tapi nak buat cam mana tempat orang dah tue tak tau apa-apa pulak.
Nie la feri yang membawa kami ke Macau.  Ambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai dari HK.  Selesa dan ada dua tingkat, yang atas untuk kelas super.
Beca yang ada kat terminal feri di Macau untuk bawa pelancong jalan-jalan di kawasan berdekatan berbeza dari beca kat Malaysia.  Di Senado Square pun ada beca nie.
Tempat pertama yang dibawa adalah Fisherman's Wharf, satu taman tema sebenarnya.  Sini sekejap je untuk ambil gambar tak berjauhan dari terminal feri.  Bangunan belakang tue kira replika dari zaman Dinasti Tang dan ada macam-macam lagi tapi tak masuk pun dan tengok apa yang ada di dalam.
Satu kasino berdekatan dengan Fisherman's Wharf tue merata-rata kasino je di Macau nie.  Iye la sumber pendapatan utama la katakan.
Kemudian kami dibawa ke Kwan-yin Statue di New Port Area tapi tak sure mana satu ejaannya Kwan-yin atau Guan Yin.  Dari sini boleh nampak jambatan yang menghubungi semenanjung Macau dengan Pulau Taipa.  Macau ada tiga jambatan dan yang hebatnya tak de tol ye.
Gambar sekitar kawasan New Port. 
Tue la patung Guan Yin setinggi 20 meter dan diperbuat dari gangsa dan berdiri di atas bunga teratai setinggi 7 meter.  Tempat nie lebih dikenali dengan nama Kun Iam Ecumenical Centre.  Ikut kata Mr Ho tourist guide tue ramai jugak yang datang sini dulu sebelum berjudi untuk dapatkan tuah.
Selepas tue ke satu bukit untuk melihat pemandangan Macau dari sana.  Atas tue ada sebuah gereja iaitu Hill of Penha Catholic Church.  Dibina atas bukit Colina da Penha atau Bukit Penha yang mula dibina pada tahun 1622.  Masa di sini ada tiga pasang pengantin yang sedang membuat penggambaran.
Nampak jugak Macau Tower dari atas bukit. Dibuka pada Disember 2001 dan setinggi 338 meter.  Menara nie adalah yang ke 21 tertinggi di dunia.  Menara Kuala Lumpur pulak adalah menara ke 7 dengan ketinggian 421 meter.
Pemandangan Macau dari atas bukit.  Nampak kasino-kasino dan hotel dari jauh.
Turun dari bukit pulak ke A-Ma Temple iaitu kuil tertua di Macau.  Dibina pada tahun 1488 semasa era Dinasti Ming. Kiranya sebelum zaman Portugis menjajah Macau lagi.  Cuma tengok-tengok je di bahagian depan kuil tue.  Memang ramai la yang datang sembahyang kat sini untuk tuah sebelum berjudi.
Bahagian depan kuil dan kat dalam tue tempat sembahyang.  Tengok je sebab kuat betul bau colok.
Bila dah habis pusing-pusing keliling kawasan tue nak ke destinasi seterusnya pulak. Ada jugak muzium Maritim di situ tapi tak masuk pun, on the way ke kenderaan tue ada sekumpulan pelancong dari China dengan pakaian mereka yang berwarna warni nak ke kuil tersebut.  Tak tau la dari etnik atau dari mana.  Cantik la baju dia orang.
Nie lukisan yang terdapat di dinding pagar bangunan yang menghala ke kuil A-Ma.  Ada banyak tapi tunjuk satu nie je la.
Dari A-Ma Temple terus ke satu jalan yang mengikut Mr Ho orang Macau panggil Casino Street sebab kira kanan jalan tue semuanya kasino.  Nie Grand Lisboa Casino yang terbaru dari kumpulan Lisboa kepunyaan Stanley Ho jutawan Macau dan dahulu merupakan orang yang memonopoli perniagaan kasino di Macau. Bangunan nie berbentuk bunga teratai.
Nie pulak Grand Lisboa yang lama.
Kat sini jugak ada MGM, Wynn Macau dan lain-lain lagi.
Dari Casino Street tue ke Senado Square kira satu tempat yang wajib dilawati.  Kat situ tempat membeli belah dan yang menariknya  jalan-jalan di situ di turap dengan batu-batu berwarna yang beralun.
Di Senado Square nie jugak ada St. Dominic's Church, gambar kat bawah nie yang dibina pada tahun 1587.
Gambar bawah nie sekitar kawasan Senado Square.
Dari Senado Square pergi pulak ke kota pertahanan Macau yang dibina oleh Portugis.  Bila pergi ke kota nie teringat pulak A Famosa di Melaka, kan Portugis yang bina.  Ada meriam-meriam yang kalau dulu mengadap laut dan sekelilling kota tapi sekarang dihadapkan ke kasino-kasino.
Nie dia antara meriam-meriam yang ada semua mengadap kasino.

Di atas kota tue jugak ada satu laluan ke galeri, tak pasti pulak dulu menempatkan apa.  Selain tue ada jugak muzium Macau di sini.
Runtuhan St Paul nie kira satu tempat yang wajib dilawati bila ke Macau.  Dulu merupakan St Paul Church yang mula dibina pada tahun 1602 dan telah terbakar pada tahun 1835, yang tinggal hanya tangga di depannya dan bahagian depan gereja tersebut.
Panjang la pulak entry nie...  Macam tulis karangan sejarah la pulak hahaha...  Tentang perjalanan ke Venetian sambung lepas nie, penat la hehehe...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??