Wednesday, November 30, 2011

Sibuk Laa...

Salam semua...
Saja update dan tulis sikit je sebab mulai hari nie dah mula busy dan berkemungkinan nak update untuk dua tiga minggu nie akan sangat-sangat terhad masanya.  Ada kerja penting menanti dan perlu diselesaikan dengan tekun, amanah dan penuh tanggungjawab.  Hehehe... macam good, good.
Esok dah masuk Disember jadi tinggal sebulan je lagi nak masuk tahun 2012.

Tuesday, November 29, 2011

Tukar Tayar Kereta

Salam semua...
Dalam entry sebelum nie ada kata yang hari nie menyelesaikan beberapa perkara berkenaan kereta.  Ok entry nie kira sambungan tentang kereta lagi.  Lepas renew lesen memandu terus ke bank untuk keluarkan duit dan bayar duit kereta.  Lepas tue ke kedai tayar untuk tukar tayar sebab tayar dah agak uzur keadaannya.
First mesti la buka tayar dulukan.
 Sempat tengok sport rim yang dijual di kedai tayar tue.  Cantik-cantik dan harga pun boleh tahan mahalnya.
 Dah buka pun tayar.
 Nie masa nak keluarkan rim kereta dari tayar.
 Dah siap pasang tayar dia pasang benda nie untuk  alignment kereta.
Semua pakai komputer je tak macam dulu-dulu kan, jadi senang la sebab kat komputer tue akan bagi tau mana yang tak centre ke apa.

Sambil-sambil tue dia pusing-pusing stereng dan tengok komputer mungkin untuk bagi centre.  Tak tanya pun tengok je la apa dia buat.
Dah tukar tayar dia kata seelok-eloknya tukar jugak chamber kit.   Aiseh nak buat cam mana tukar je la.  Satu benda nie je RM 65.00.  Kena tukar 2 ye.  Banyak betul keluar duit tentang kereta hari nie.  Tak pe la janji kereta tak meragam dan selamat.  Insyaallah. Amin.

CCTV

Salam semua...
Perhati baik-baik gambar di bawah nie.  Nampak tak sesuatu yang baru?  Nie kan gambar pagar sekolah bahagian dalam dekat pondok pengawal.
Yang selalu masuk ke dalam kawasan sekolah kalau tak perhati betul-betul memang tak perasan apa yang baru.  Macam saya la yang ke sekolah semalam.  Bila Maznah tunjuk baru tau.  Apa dia?  Cuba perhati kat tiang tue nampak tak ada kotak putih dan depannya ada kamera.  Yee... sekolah kita dah pasang CCTV.
Nie gambar yang lebih dekat kamera di pagar masuk sekolah.  Dengarnya ada beberapa buah kamera yang telah di pasang di sekitar sekolah.  Satu lagi contoh seperti yang kat bawah nie.  Cuba teka kat mana tue?
Yang lain tue cari la sendiri, tapi mesti dah boleh agakkan dekat mana yang lain-lain tue.  Jadi mulai tahun depan tak boleh la nak berjimba-jimba atau masuk kelas lambat nanti ada memerhati.  Bak kata Kak Rock, jaga-jaga ada yang memerhati..... hehehe....

Lesen Memandu Oh Lesen Memandu...

Salam semua...
Hari nie banyak yang perlu diuruskan berkaitan dengan kereta.  Mula-mula cerita tentang renew lesen memandu dulu la ye yang dah tamat tempoh pada 27 November 2011, Ahad baru nie. Baru lagi tue, ada kawan seorang tue dah mati lesennya pada 8 Oktober lalu relaks je tak renew lagi. Lupa yang Isnin cuti sempena Awal Muharram jadi hari nie kena settle dan renew lesen dulu sebelum selesaikan urusan yang lain.  Lagi pun esok pagi-pagi perlu ke Ipoh untuk mesyuarat selama 3 hari jadi memang tak berkesempatan untuk hidupkan balik lesen tue dalam minggu nie kalau tak buat hari nie.
Memang selalu hidupkan lesen nie 3 tahun sekali, tengok tarikh lesen tue dah tamat pun.  Jadi lepas ambil Maznah terus ke JPJ dan lepas tue baru nak breakfast.  Ambil nombor giliran, sekejap je tunggu dah kena panggil dan kerani JPJ tue kata, akak ada saman JPJ tak settle lagi jadi tak boleh renew lesen nie... Alamak!!!
 Saman di Pulau Pinang pada 15 Julai 2009, dah lama tue dan dia suruh ke Bahagian Penguatkuasa untuk settle saman dulu baru boleh renew saman.  Bila ke Bahagian Penguatkuasa, dia semak dan saman nie tentang penggunaan telefon semasa memandu.   Laaa... saman nie ke.... ingat dah settle sebab minta seorang kawan tolong settlekan, rupanya nan adoo...  Kerani JPJ di situ ingatkan lain kali buat sendiri sebab nie perkara personal.  Perkara nie dah dibawa ke mahkamah Bukit Mertajam dan kes tak selesai lagi.  Jadi hendak tak hendak kena la bayar saman kalau nak renew lesen memandu.
Tue dia kena bayar saman RM200.00.  Ingat kena tinggi lagi sebab kes tahun 2009, nak buat cam mana lain kali kena beringat la.  Jangan menggunakan telefon sewaktu memandu, kalau nak guna jugak, guna handsfree dan lain kali apa saman pun kena settle sendiri.  Hrrmmm....
Lepas bayar saman dia kata kena tunggu dalam 12 minit untuk masuk dalam sistem baru boleh renew lesen.  Terus renew 3 tahun jugak, mula-mula ingat nak buat untuk 5 tahun tapi bila jadi macam nie tak tahu pun saman tak settle buat 3 tahun dah la.  Dan mulai sekarang lesen boleh direnew menggunakan tarikh hari jadi.   Jadi kebetulan tarikh lahir tak lama dah jadi nampak tak tarikh mati lesen tue 3 Januari 2015.  Kononnya supaya tak lupa.  Bila ingat birthday ingat la nak renew lesen memandu.

Cuci Kereta

Salam semua...
Bila keluar dengan Maznah petang tadi (dah pukul 12.00 am lebih kira petang semalam dah nie), antara agenda dia adalah mencuci kereta di car wash yang pandu lalu atau automatik.  Ok la kan sebab sekejap je tak payah tunggu lama-lama.  Kebetulan ada kamera terus ambil gambar dari dalam kereta bila melalui mesin cuci kereta automatik tue.
 Banyak jugak kereta di car wash nie, siap beratur jugak la.
 Ramai dah pernah cuci kereta kat car wash automatic nie kan jadi tengok je la gambar.  Citer sikit-sikit je.
Mula-mula sembur air yang bertekanan tinggi supaya senang tanggal segala kekotoran.
 Bangla nie siap senyum lagi bila nampak kamera.  Yang nie masa cuci tayar dan dipancut dengan air bertekanan tinggi jugak.
 Lepas tue baru la letak buih sabun,
 Kemudian dia cuci sikit lebih kurang je kan sebab kita dalam kereta bukan boleh cakap apapun.
 Masuk pulak mesin nie untuk cuci secara automatik.
Sebelum tue kena make sure tayar kereta masuk kat landasan yang akan menggerakkan kereta.  Kereta jugak tak boleh brek masa nie.  Kena biar je dia gerak sendiri.
 Benda nie akan berpusing dan seterusnya mencuci kereta.


 Mesin nie nengeluarkan angin yang kuat untuk membuang titisan air yang ada di kereta .
Lepas siap dilap, sila bayar RM 3.00.

Sunday, November 27, 2011

Tahun Baru 1433 Hijrah

Salam semua...
Salam ma'al hijrah 1433H pada semua. Semoga diberkati Allah dalam setiap usaha yang dilakukan.
Patutnya semalam atau awal pagi tadi tulis tentang ucapan tahun baru Hijrah nie.  Tapi sebab berada di Taiping dari hari Khamis dan baru petang nie balik ke Manjung jadi baru berkesempatan nak letak di blog yang tak seberapa nie.  Semoga ALLAH akan memberi taufiq dan hidayahNYA kepada kita semua.  Amin...

Friday, November 25, 2011

Jaga Kesihatan

Salam semua...
Di hari Jumaat nie mari kita lihat cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri baginda sebagai panduan untuk kita semua.  Peringatan untuk diri sendiri jugak nie.  Yang nie pun ambik dari Fb je...

Thursday, November 24, 2011

Always Remember To Forget

Salam semua...
Always remember to forget
The things that made you sad.
But never forget to remember
The things that made you glad.
Always remember to forget
The friends that proved untrue.
But never forget to remember
Those that have stuck by you.

Always remember to forget
The troubles that passed away.
But never forget to remember
The blessings that come each day.

Wednesday, November 23, 2011

Taklimat 2 Hari

Salam semua...
Semalam dan hari nie menghadiri satu taklimat di Dewan Merdeka, MPM.  Penat betul bila kena dengar taklimat  yang disampaikan.  Nasib baik taklimat yang disampaikan oleh Encik Mokhtar tidak membosankan.  Macam mana pun dalam pada tue sempat jugak terlelap sekali dua.  Mana tak ngantuk kena duduk dengar dari pukul 8.30 pagi sampai la pukul 5.00 petang selama dua hari.  Berhenti waktu minum pagi, makan tengahari  je.  Penat wehh...
Taklimat apa sampai dua hari?  Kata je la menjalankan tugas untuk negara.  Dah nampak tanda-tandanya tak lama lagi apa yang ramai tunggu-tunggu.  Ramai yang kata mungkin awal tahun depan tiba la hari raya tue.  Bukan raya puasa dengan raya haji, tue tiap-tiap tahun kita menyambutnya.  Nie raya yang datang dalam 4 ke 5 tahun sekali....

Monday, November 21, 2011

Malaysia Mempertahankan Emas Sukan Sea

Salam semua...
Horaayyy.... Malaysia menang dengan tendangan penalti setelah terikat 1 -1 dalam perlawanan dan masa tambahan.  Kali nie pasukan Harimau Muda Malaysia memang betul-betul telah mengalahkan Garuda Muda Indonesia. Alhamdulillah... Ngauummmm
bendera malaysia berkibar canteekkk!

Sunday, November 20, 2011

Jumpa Dengan MK Dan Isteri

Salam semua...
Semalam balik ke Taiping sekejap.  Ada urusan yang perlu dibereskan.  Sekejap sebab dari Manjung dalam pukul 7.30 pagi dan pukul 2.00 petang dah sampai balik kat Manjung.  Bila balik Taiping sorang-sorang je memang tak best la, kalau tak boleh jugak bermalam kat kampung, kalau sorang macam malas la pulak baik duk  Manjung je.

Pagi tadi ada breakfast date dengan kawan masa sekolah kat kedai mamak di Lumut.  MK dan wife dia Nancy memang pasangan yang unik kerana MK berbangsa India dan isterinya Cina.  Anak-anak mereka bila tengok mesti ramai yang ingat budak Melayu.   Gambar nie gambar lama, gambar 2 tahun lepas kalau tak salah masa berkunjung ke rumah MK di atas bukit kat Lumut, pagi tadi ada bawa kamera tapi dah asyik sembang-sembang dan makan terus lupa nak ambil gambar diaorang.
Kagum dengan MK sebab dia memang rajin dan bila cakap tentang kerja, dia selalu kata tentang dia nak gaji yang dia dapat berkat sebab itu yang akan diberi kepada anak dan isteri.  Wah... macam mana tue walaupun bukan beragama Islam tapi dia tau tentang keberkatan duit gaji yang diterima.  MK juga rajin untuk memperbaiki kerjaya dan tahun depan akan sambung belajar untuk peringkat Sarjana pulak, walaupun kerjaya dalam Navy dah semakin cemerlang.  Rasa macam nak sambung belajar pulak... tambah nampak iklan sambung belajar kat suratkhabar ari nie.

Apa Yee??

Salam semua...
Bila cuti nie dan tak ada aktiviti maka nak tulis apa pun terbantut.  Selalu bila tak de idea ambil kata-kata yang jumpa kat Fb (macam entry sebelum nie) dan satu lagi letak la lagu-lagu.  Kalau ada idea nak buat entry pun tentang makan-makan dan jalan-jalan je.  Hehehe... memang tak kreatif langsung.  Tue la blog yang ada dulu terhenti sebab kekeringan idea.  Untuk blog nie cuba jugak tulis atau letak apa-apa entry supaya tak terkubur seperti blog yang lalu.
Hari nie 20.11.2011 satu tarikh yang menarik jugakkan macam tarikh 11.11.11.  Masa tarikh 11 November, ingat nak buat satu entry khas pada pukul 11.11 am tapi hari tue terlupa pulak bawa komputer dan masa pukul  11.00 pagi tue ada kelas jadi terus lupa.  Jadi hari nie letak la entry mengarut macam nie hehehe....

Friday, November 18, 2011

Ada Aku Kesah???

Salam semua...

Cuti Bermula

Salam semua...
Bestnya... hari nie last hari persekolahan untuk tahun 2011.  Biasa la seperti selalu bila nak cuti mesti ada mesyuarat terakhir sebelum mula bercuti dengan macam-macam pesanan dan peringatan.  Masih belum dapat membayangkan macam mana sesi pembelajaran tahun depan.  Nak tulis persekolahan tak boleh la sebab tahun depan dah jadi kolej vokasional bukan sekolah lagi.  Waktu bekerja dari pukul 8 hingga 5 macam mana la ye...  Datang tahun 2012 terima la segalanya dengan hati terbuka dan redha.  Mungkin semua nie ada hikmah yang tersembunyi yang perlu diterokai.

Jadi untuk cuti sekolah yang telah bermula sehingga 2 Januari 2012 elok la enjoy dan nikmati cuti yang ada sepenuhnya.  Tahun depan dah lain sistemnya.  Ada beberapa kerja yang perlu dilaksanakan semasa cuti semoga semua berjalan lancar dan cuti yang menggembirakan.

Thursday, November 17, 2011

Malaysia Menang 1 - 0

Salam semua...
Sambil-sambil tengok Malaysia lawan Indonesia untuk Sukan SEA cuba-cuba update blog nie... Yeayyyy... Malaysia dah menang 1 - 0.  Kita juara Kumpulan A.  Team Malaysia menang dalam lautan penonton merah putih.  Garuda telah dilastik dan jatuh dalam satu status rakan Fb.  Sekarang nie nak tengok Malaysia mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA di Indonesia.  Kalau Malaysia ada slogan Malaysia boleh, Indonesia pun sekarang dengan slogan Indonesia Bisa... sama la kan. Sapa tiru sapa nie?

Ehh... Senyum Laaa

Salam semua...
Senyumlah andai dirimu dilukai ♥
 Senyumlah andai dirimu dilupai ♥
 Senyumlah andai dirimu dikhianati ♥ 
Senyumlah andai dirimu ditindasi ♥ 
Senyumlah andai dirimu dibebani ♥
 Senyumlah andai dirimu disakiti ♥ 
♥sesungguhnya senyuman itu menunjukkkan ketabahan dirimu..♥
Tapikan kadang-kadang nak senyum bukan senangkan?  Nie cakap tentang diri sendiri la.  Tue yang ada menegur, eh... Kak... senyum la sikit.  Bukan tak nak senyum, sebab tau bila senyum nampak ayu dan manis gitu hahahah... uwek... tapi tue la tak de mood la nak senyum-senyum masa tue, yang menegur pun bukan la sentiasa tersenyum manis pun.  Pilih-pilih orang jugak dia nak senyum pun.

Ok apa pun tahun depan kan semua kena lakukan transformasi, jadi akan selalu senyum insyaallah.  :-)

Tuesday, November 15, 2011

Domino's Pizza

Salam semua...
Kat Taiping dah ada Domino's Pizza tau.  Betul-betul berdepan dengan Tesco Taiping.  Tapi tak pernah lagi makan kat situ.  Kat Manjung nie bila pulak nak adanya?    Ok weekend nie nak balik Taiping boleh la singgah makan kat situ.  Sebelum nie bila nak makan pizza, pegi Pizza Hut je la kalau rajin buat sendiri (selalunya tak rajin la hahaha....)
Saja la nak letak gambar makan Domino's Pizza masa cuti Deepavali ari tue.  Nie pun kira entry tertangguh yang dah lama jugak kan.  Order je pizza nie online.
Selalu mesti order pizza nie classified chicken.  Best la dengan crunchy thin crust jadi bila makan rangup dan cheese pun boleh tahan banyak tak kedekut.
Cuba jugak pizza baru iaitu meatasaurus, tapi tak lawan la rasa pizza kat atas tue.
Garlic bread ok jugak bila cicah ngan sos tue.
Crazy chicken crunchies macam chicken popcorn.
Chocolate Lava cake sebagai pencuci mulut memang best.  Tambah bila makan tue berebut-rebut sama dengan Kijai dan Omar.

Ehh... Jahat Ke?

Salam semua...
Ehh... pernah jadi tak bila bertembung dengan seseorang one to one, dia siap menoleh ke tempat lain?  Entah la bila dalam group yang ramai boleh pulak bersembang dan bergelak ketawa walaupun tak tau keikhlasannya.  Nanti ada pulak yang kata ala senyum je dan tegur la dia.  Ye.. tapi macam mana nak tegur kalau bila berdepan je dia terus berpaling arah dan buat tak tau je macam saya yang besar nie tak wujud? Selalu tertanya-tanya balik, eh... dia nie marah kat aku ke, aku ada buat salah kat dia ke atau apa?  Bagi saya kalau ada kesalahan pun maafkan dan lupakan, bina balik persahabatan tersebut.  Takkan nak terus simpan dalam hati dan membenci seseorang.  Tak faham dengan orang yang selalu nak tunjuk imej yang baik sedang hakikat sebenarnya hanya Dia yang tahu.  Ok di sini saya ingin memohon seribu kemaafan jika selama ini tutur kata saya yang mungkin ada yang agak keterlaluan.  Macam orang kata to love someone is to know them.

Monday, November 14, 2011

Tegur la...

Salam semua...
Asyik citer pasal makan je patut la badan comei je , ari nie citer benda lain la pulak...  Di hujung tahun dan minggu terakhir persekolahan elok la bermuhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan sepanjang sesi persekolahan tahun nie.  SPM pun bermula hari nie dan lusa Rabu kertas Sejarah, cukup ke apa yang telah diberikan kepada para pelajar?  Berdebar-debar jugak mengenangkan apa keputusannya bulan Mac tahun depan nanti.

Janganlah terlalu AMBIL HATI apabila ada yang menegurmu..
kadangkala mungkin kita tidak berapa setuju dengan TEGURAN mereka itu..
tapi, bukankah LEBIH BAIK
 jika ada yang menegur daripada tiada siapa peduli akan KESILAPAN yang tidak kita sedari? 
Teguran adakala MENYAKITKAN tapi ianya BERNIAT untuk MENYELAMATKAN kamu daripada KESAKITAN.....
Terkadang kita tak suka orang menegur kan, tambahan bila merasakan kita di pihak yang benar.  Tapi betul jugak seperti kata-kata di atas biar la ada orang yang menegur kesalahan dan kesilapan kita supaya kesalahan yang sama tak berulang kembali.  Jadi kalau saya buat salah tegur la mana yang patut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??