Thursday, October 20, 2011

192 - Tosei dan Chutney Kelapa

Salam semua...
Bila balik ke kampung suka sangat breakfast tosei di medan selera Kamunting.  Pagi-pagi ada dua gerai yang menjual roti canai, tosei dan capati.  Satu gerai roti canai Hussin, tuan punyanya mamak dan satu lagi gerai kepunyaan orang Melayu tak sure pulak kedai sapa dan apa nama gerai nie.  Tapi tosei di kedua-dua gerai best sangat dan kena dengan selera dan tekak saya.  Tambahan chutney kelapa merah yang dihidangkan bersama tosei nie memang berbeza dan sedap jika dibandingkan dengan gerai-gerai yang lain yang pernah dicuba seperti di restoran mamak di Taiping atau Seri Manjung.  Selalunya chutney yang dihidangkan adalah chutney putih.  Memang terbaek... la tosei dan chutney kelapa di sini.
Yang dalam gambar nie tosei di gerai Hussin, dihidangkan bersama dengan kuah dal di sebelah kanan, tengah tue la chutney kelapa dan sebelah kiri tue kari.  Kalau di gerai satu lagi tosei hanya dihidangkan dengan chutney kelapa sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??