Monday, October 10, 2011

180 - Apam Balik

Salam semua...
Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas.


Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.


Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-
1.  Apam balik tradisional: Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.
2.  Apam balik keropok: Merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.
Tue dia serba sikit tentang apam balik, semua di atas tue diambil dari sini.
Balik dari sekolah tadi singgah di satu gerai tepi jalan yang menjual apam balik.  Apam balik  jenis yang nipis dan rangup bila dimakan.  Sangat sedap dengan kacang, gula dan jagungnya.  Harga pun boleh tahan sebab RM 1.00 untuk 3 keping.  Ada satu gerai menjual RM 0.50 sekeping sedangkan saiz dan rasa lebih kurang sama saja.  Nampaknya lepas nie nak makan apam balik beli kat sini je la.
Peniaga apam balik nie begitu cekap dengan 12 kuali tembaga untuk membuat apam balik. Boleh dikatakan kerja-kerja berterusan dengan mula-mula adunan diletak dalam kuali dan dileperkan. Selepas itu diletak sedikit gula dan marjerin.  Kemudian ditaburkan dengan kacang tumbuk dan sesudu jagung manis. Kuali tak pernah kosong bila masak diangkat dan lepas dibersihkan terus diletak adunan lagi.
 Bila dah masak, apam balik nie dilipat dua dan diletakann di rak seperti di bawah.  Tapi tak sempat penuh pun rak di bawah dah ada pelanggan yang menunggu.
 Gambar atas nie bila dah masak.  Nampak tak kacang tumbuk yang diletak memang banyak.
 Bila rasa apam balik yang sedap nie teringin pulak belajar untuk membuatnya.  Tapi bila tengok macam leceh je beli je la... senangkan? Hehehe....
Sebelum ambil gambar tanya boleh ambik gambar tak?  Dia kata ok tak pe ambil la so dah dapat kebenaran letak la gambar dia di sini.  Tapi apam balik nie memang best.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??