Saturday, March 31, 2012

Earth Hour 2012

Salam semua...
Tahu tak hari nie 31 Mac 2012 bermula dari pukul 8.30 hingga 9.30 malam adalah Earth Hour 2012. Apa tue?  Nie adalah satu program yang dianjurkan oleh WWF (World Wide Fund For Nature) yang diadakan setiap hari Sabtu, Mac terakhir setiap tahun.  Semua premis tak kira la persendirian atau perniagaan digalakkan untuk menutup lampu yang tidak perlu selama sejam untuk membangkitkan kesedaran dan mengambil tindakan tentang tentang perubahan iklim yang berlaku di dunia hari ini.
Program ini telah bermula pada tahun 2007 di Sydney, Australia dan bermula 2008 negara-negara dunia lain pun mula turut serta dalam program ini.
Jadi apa lagi sama-sama la kita bergelap selama sejam malam nie... untuk bumi kita yang kita sayangi.  Mana tau sumbangan kita yang sedikit hari ini akan dapat memanjangkan lagi umur bumi kita.  Kalau kita sendiri tidak menjaga dan mengambil berat siapa lagi?

Friday, March 30, 2012

✿Usah Dibelenggu Kesedihan✿

Salam semua...
Hari nie Jumaat, jadi mari kita bermuhasabah diri dengan kata-kata di bawah yang dipetik dari FB.  Semoga sedikit sebanyak kita akan dapat pengajaran dan panduan darinya.


Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.

Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.

Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.

Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.

Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu.
Gambar atas nie ehsan encik Google je...

Wednesday, March 28, 2012

Kami Bersamamu...

Salam semua...
Pertama kali berjumpa dengan Mahizan selepas tamat persekolahan di All Saints, Kamunting adalah pada 13 September 2010.  Pada waktu itu Mahizan baru keluar dari hospital beberapa bulan setelah jatuh dan terpaksa menjalani pembedahan.  Terharu rasanya bila mengenangkan masa sekolah dahulu Mahizan yang dikenali adalah seorang yang kuat bersukan dan sentiasa mewakili sekolah terutama dalam sukan bola sepak.  Waktu kali pertama ke rumah keluarga Mahizan bersama-sama dengan rakan-rakan, Mahizan hanya terbaring dan tangan kanannya tidak boleh bergerak.
Shahrim, Hamid dan Shariffudin cuba untuk menghiburkan Mahizan dengan mengembalikan kenangan semasa zaman persekolahan.  Selain itu Azizi, Jamaayah dan keluarga mereka turut serta kerana kebetulan masa tue adalah hari keempat hari raya Aidil Fitri.
Mahizan tidak boleh bercakap masa nie tapi masih boleh mengingati rakan-rakan dan cuma tersenyum bila cerita-cerita lama zaman persekolahan dicerita kembali, terutama kisah-kisah kenakalan masing-masing.  Tangan kirinya akan membuat tanda thumb up sebagai tanda ingat kepada cerita-cerita dan rakan-rakan.  Semasa pertemuan nie, semua berkata semoga Mahizan cepat sembuh dan boleh menghadiri reunion pada tahun berikutnya, kerana sehari sebelum tue diadakan reunion dikalangan rakan-rakan All Saints.
Tahun berikutnya pada 1 sept 2011, alhamdulillah Mahizan memang hadir untuk reunion yang diadakan, walau bagaimanapun dia masih belum dapat bercakap dan tangan kanannya pun masih tidak dapat bergerak tapi sudah semakin sihat.
 Di kenduri kahwin adik Sahidan pada 25 mac 2012 baru nie berjumpa sekali lagi dengan Mahizan.  Dia kelihatan ceria bila berjumpa rakan-rakan dan sentiasa dengan thumb up nya.
Mahizan juga sudah boleh bangun dan menapak beberapa langkah.  Dalam gambar di atas Mahizan bangun untuk tunjukkan kepada rakan-rakan bahawa dia semakin sihat dan tangan kanan dia pun sudah boleh bergerak sekarang.  Di sebelah kanan adalah isteri Mahizan, Hafisah yang sabar dan tabah menjaga Mahizan sehingga semakin pulih sekarang.
Mahizan bersama dengan Syamsul, kelihatan sihat dan ceria.  Semoga Mahizan tetap bersemangat dan semakin sihat.  Ada yang kata boleh main bola seperti dahulu kala.  Kami semua sahabat-sahabat sentiasa mendoakan Mahizan sihat dan ceria seperti yang kami kenali dahulu.  Kagum dengan semangat Mahizan dan isteri...

Tuesday, March 27, 2012

Small Gathering Dengan Rakan-rakan

Salam semua...
Ahad baru nie 25 Mac balik Taiping sekejap.  Selain untuk menjenguk rumah, tujuan utama adalah untuk ke kenduri kahwin adik Sahidan, rakan sekolah dahulu.  Dengarnya ramai juga rakan-rakan yang akan hadir, tue yang bertambah semangat untuk ke majlis kenduri nie.  Kira macam dah jadi small gathering antara rakan-rakan Osen (All Saints) dulu.
Bila sampai tengok ramai jugak rakan-rakan yang tinggal dan bekerja di sekitar Taiping telah sampai dan   jumpa jugak Makcik Nab, yang dulu pernah menjadi rakan Emak dan Abah.  Lama dah tak jumpa, nie baru berjumpa kembali.  Baju Melayu coklat tue la Sahidan merangkap tuan rumah majlis.  Masa nie dah dekat pukul 3.00 petang tak sedar masa berlalu asyik sangat sembang.
Selain dari sahabat-sahabat satu batch, batch setahun junior pun turut serta.  Boleh dikatakan dua batch nie agak rapat jadi bila ada je reunion atau gathering di kalangan rakan-rakan Osen mesti disertai antara dua batch nie.
Gembira bila dapat berjumpa rakan-rakan yang kini semakin sihat dan sembuh, tidak seperti kali pertama berjumpa dua tahun dahulu.  Mahizan memang kuat semangat dan nampak semakin sihat, berkat kesabaran dan penjagaan isterinya. Alhamdulillah.
Sebelum bersurai ambil gambar juga dengan pengantin.  Reunion seterusnya akan diadakan di hari raya ketiga Aidil Fitri nie, insyaallah.  Seronok sesekali berjumpa dengan rakan-rakan lama tambahan setiap perjumpaan ada saja rakan yang lama tidak berjumpa hadir.

Monday, March 26, 2012

Janji

Salam semua...
Pagi Sabtu hantar netbook untuk diservis dan tengok apa masalahnya. Ok la dia kata mungkin kena format semula dan datang la dalam pukul 6.00 atau 6.30 petang untuk ambil komputer. Jadi pukul 6.15 petang dah sampai kedai dan rasanya isteri tuan punya kedai keluar dan kata setengah jam lagi baru siap. Ok la pukul 7.00 petang nanti saya datang balik bagi tau kat isteri dia. Tapi bila datang pukul 7.00 dia kata tak siap lagi jugak dan perlukan masa lebih kurang 2 jam untuk siapkan. Laaa... awat tadi tak bagitau kata tak boleh siap. Jadi kena ambik hari Isnin dah terganggu kerja... Aisehhh... Nie pinjam komputer bilik guru kejap untuk update hehehe... guna handphone nak edit susah pulak... kena belajar lagi guna handphone nie...

Thursday, March 22, 2012

Murtabak La Pulak...

Salam semua...
Hari tue dah tunjuk gambar nasi briyani yang dicuba di restoran Victory dan Zam Zam yang terletak berdekatan dengan Arab Street. Ok kali nie nak tunjuk murtabak pulak.  Nie memang salah satu makanan yang termasuk dalam list makanan yang nak dicuba masa ke Singapore.  Kat tempat kita pun memang la ada tapi saja la nak cuba tengok apa keistimewaan hidangan nie sampai bila terbaca dalam blog-blog ramai yang kata mesti cuba.
Nie murtabak daging yang dicuba di Victory semasa hari pertama.  Pilih size yang kecil saja dan harga S$5.00, wah lebih kurang RM12.00 duit kita.  Tapi berbaloi sebab intinya memang daging sahaja dengan sedikit bawang besar yang dihiris nipis dan telur.  Memang puas hati la makan.
Atas nie pulak kuah dal rasanya makan dengan murtabak la kot, tak sure pulak kalau makan dengan nasi briyani.  Beza sikit dengan kuah dal yang biasa di tempat kita yang selalunya lebih cair.  Rasa sedap.
Hari terakhir tue makan di Zam Zam dan order murtabak daging seperti di atas dan juga muratabak kambing di bawah.  Bezanya di murtabak kambing diletakkan hirisan timun.
Murtabak di Zam Zam pun intinya banyak daging dan hanya sedikit saja bawang besar dan ada juga telur.  Memang special, kalau makan sorang-sorang tak perlu makan benda lain sure dah kenyang sebab besar walaupun minta size kecil.
Sebelum balik ambil dulu gambar pekerja yang sedang membuat murtabak.  Tempat membuat murtabak di bahagian depan kedai dan ada tingkap yang terbuka untuk pelanggan lihat.

Tue dia murtabak sedang dimasak di kuali leper yang besar.
Tue dia di Zam Zam murtabak dimasak menggunakan minyak zaitun, jadi lebih sihat.  Sebab tue harga pun kalau tak salah mahal sikit dari Victory.  Apa pun sekali lagi kami sependapat murtabak di Victory lebih sedap.  Tak tau la pulak kalau masa makan tue lapar sangat sampai semua rasa sedap.  Masa tanya kepada seorang peniaga kain di Arab Street, mana yang lebih sedap dia kata terpulang kepada selera masing-masing.  Ada yang suka Victory dan ada yang suka Zam Zam.  Jadi tak rugi cuba rasa nasi briyani dan murtabak di kedua-dua kedai nie.  Memang masing-masing ada keistimewaannya yang tersendiri.

Wet Wipes - Keperluan Semasa Kembara

Salam semua...
Saja nak kongsi satu keperluan penting bila kita jalan-jalan terutama di tempat yang tidak disediakan paip air di tandas.  Mungkin ramai yang dah sedia maklum tentang kegunaan tisu lembab atau wet wipes nie terutama yang ada anak kecil.  Jadi bila jalan-jalan dan susah nak cuci tangan, mulut ke atau nak cuci apa saja guna je tisu nie dan terus buang. 
Masa ke Hong Kong tahun lepas jenuh kena bawa botol mineral bila ke tandas untuk isi air dan kerja cuci-mencuci.  Jadi kali nie bila ke Singapore bawa wet wipes, jadi kerja-kerja pembersihan semakin mudah bila tiada paip air di tandas tersebut.  Lega sangat... tak de la rasa tak selesa atau apa ke.. hehehe....

Wednesday, March 21, 2012

Dan Keputusannya...

Salam semua...
Hari nie keputusan SPM 2011 yang dinanti-nantikan telah diumumkan.  Selain calon-calon dan ibubapa mereka, guru-guru turut sama merasa tempias berdebar dan gabra menunggu keputusan.  Bila dengar je keputusan telah sampai ke sekolah dari PPD maka ramai la guru-guru ke Bilik Kualiti untuk melihat keputusan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada para pelajar.  Sebelum tue guru-guru yang terlibat dalam penyerahan slip keputusan (kebanyakannya guru kelas) telah pun ditaklimatkan dan diserahkan sijil-sijil dan kalau ada hutang-hutang pelajar.
Gambar di atas Ustaz Lotpi, Timbalan Pengarah Akademik Kolej, yang baru sampai dari PPD dengan keputusan SPM 2011. Kiri dan kanan tue Cikgu Sabri SU peperiksaan luaran tahun lepas dan Cikgu Saiful SU peperiksaan tahun nie sedang memerhatikan dan meneliti keputusan yang diterima.
Pelajar yang mendapat keputusan terbaik dicari untuk disampaikan slip peperiksaan dan diberi sedikit cenderamata.  Selain itu analisis peperiksaan mula dilakukan. Jadi macam mana dengan keputusan peperiksaan sekolah tahun lepas?  Alhamdulillah keputusan semakin baik walaupun tidak 100%, tetapi yang pentingnya GPS sekolah 3.95, lebih baik dari target 4.20 seperti yang telah ditetapkan oleh BPTV.  Boleh dikatakan inilah keputusan paling baik yang diterima oleh sekolah. Untuk matapelajaran Sejarah pula, Alhamdulillah sangat-sangat dan syukur kepadaNYA kerana telah meningkat dengan cemerlangnya (pada pendapat saya la untuk sekolah ini). GPS untuk matapelajaran Sejarah 4.52 dengan peratus kelulusan 99.1% .  Bilangan pelajar yang mendapat A juga bertambah, yang mengecewakan bilangan A+ cuma 2 orang sahaja.
Sebab sibuk tolong serahkan slip peperiksaan jadi tak sempat nak ambil gambar pelajar-pelajar. Cuma sempat ambil gambar Cik Pah dan Shikin nie je, yang lain bila jumpa lupa nak ambil gambar.  Tahniah kerana Shikin mendapat 5A dan Cik Pah 6A.  Tahniah juga kepada semua pelajar dan moga terus berjaya di hari mendatang Insyaallah.

Tuesday, March 20, 2012

Antara Nasi Briyani Victory dan Zam Zam...

Salam semua...
Memang makan-makan antara agenda utama masa bercuti ke Singapore baru-baru nie.  Nak shopping budget tak de, jadi jalan-jalan dan makan-makan je la.  Masa hari pertama tue memang tak makan dari pagi lagi dan lepas check-in kat hotel terus keluar untuk cari makan.  Naik teksi dan terus ke Arab Street untuk makan di Victory untuk mencuba nasi briyani di sana.  Ada restoran Victory dan Zam Zam yang famous dengan menu tersebut terletak berdepan dengan Masjid Sultan.  Kalau ada restoran lain yang famous jugak tak sure la pulak, mungkin ada lagi kot... 
Tengok gambar tue sebelah sebelah je. Signboard Victory tulisan kuning dan background hijau manakala Zam Zam sebaliknya.  Ok nie nak cerita tentang Nasi briyani antara dua restoran nie, makanan lain yang dicuba di kedua-dua restoran nie adalah murtabak.  Tue entry lagi satu la.
Order nasi briyani kambing seperti di atas yang berharga S$6.50.  Memang terbaik la briyani kambing di sini.
Order jugak briyani ayam seperti di atas dan satu lagi briyani daging tapi lupa nak ambil gambar, dua-dua briyani nie berharga S$6.00 setiap satu.  Setiap briyani nie dimasak berbeza. Makan begitu sahaja pun dah cukup tidak perlu lagi kuah lain. Beras basmathi yang digunakan pun memang panjang dan berkualiti.  Memang puas hati.
Simple je set nasi briyani, dihidangkan dengan timun yang diletak sos cili dan kuah kari. 
Ada juga diberi kuah dal rasanya untuk dimakan bersama murtabak.  Kari dia sedap la beza dengan rasa kari bila makan kat kedai mamak di sini.
Di hari akhir sekali lagi ke Arab Street, kali nie nak cuba makan nasi briyani di restoran Zam Zam pulak.  Saja cuba dan nak bandingkan antara Victory dan Zam Zam.  Gambar kat atas nie kuah yang dihidangkan bersama-sama dengan set nasi briyani. Lebih kurang sama dengan Victory ada kuah kari dan timun yang dituang sos di atasnya dan satu lagi timun yang digaul dengan serbuk cili rasanya.
Nie nasi briyani daging.
Satu lagi nasi briyani ayam. Kongsi-kongsi makan sebab hidangan agak banyak selain dari order murtabak juga.  Dari segi harga lebih kurang je antara keduanya.  Dan dari segi rasa pulak?  The verdict.... kami sebulat suara setuju nasi briyani di Victory lebih sedap, dari segi kuah dan nasinya.  Tapi ikut selera masing-masing la kan...

Monday, March 19, 2012

Sebelum Peperiksaan Sejarah SPM 2011

Salam semua...
Tengok kat post-post yang terdapat dalam blog nie ada 2 post yang belum dipublishkan.  Gambar-gambar nie dah lama letak dalam blog nie, bulan November 2011 lagi, tapi tue la tak sempat nak sudahkan ceritanya.
Kebetulan hari Rabu nie 21 Mac 2012 akan keluar result SPM 2011 jadi elok la letak gambar-gambar yang diambil sebelum peperiksaan Sejarah SPM bermula.  Hari tue bertugas untuk melihat perjalanan peperiksaan.
Apa la agaknya keputusan mereka semua hari Rabu nie?  Tahun lepas saya ajar 3 kelas 5PK1, 5VE2 dan 5VE8.  Semakin berdebar untuk mengetahui keputusan mereka kerana tahun 2011 adalah tahun terakhir saya sebagai Ketua Panitia Sejarah sekolah.  Lama betul pegang jawatan tue dari mula Sejarah diperkenalkan di sekolah sampai tahun 2011.  Tahun 2012 jadi cikgu biasa je.  Alhamdulillah lagi mudah.
Sebelum masuk ke dewan peperiksaan bacaan doa dan kata-kata semangat diberikan kepada para pelajar supaya mereka lebih tenang dan dapat menjawab dengan mudah.
Kemudian Miss Cheah, guru Media minta ambil gambar bersama pelajar, jadi posing je la...

Nak masuk dewan peperiksaan pun boleh happy lagi... Macam confident je.. cikgu pulak yang takut.
Semoga mereka beroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM dan hari-hari yang mendatang. 
Jumpa hari Rabu nie dan semoga berita gembira yang akan diterima, insyaallah. Aminnn....

Singapore Flyer - World Largest Giant Observation Wheel

Salam semua...
Di hari kedua awal lagi selepas breakfast terus naik teksi ke Singapore Flyer.  Memang la naik teksi agak mahal tapi bila naik berempat rasanya agak berbaloi dari naik MRT.  Lagi pun tahan teksi terus sampai ke destinasi hehehe... tak la penat.  Dekat je dari hotel dan bila sampai masih awal orang pun tak ramai lagi walaupun hari Ahad.  Jadi tak perlu beratur untuk dapatkan kapsul dan hanya kita saja di dalamnya.
Nie di bahagian hadapan apa lagi sampai je mesti ambil gambar sana sini.  Tiket sebab dah booking online jadi tak perlu beli lagi.  Bagi sesiapa yang nak ke sini elok booking secara online kerana ada diskaun 10% kalau tak salah sekarang.  Kerja booking membooking nie diserahkan kepada Kijai untuk laksanakan.  Ok boleh tengok harga tiket dan kalau sesiapa berminat untuk booking kat link di atas.  Tiket berharga S$29.50 untuk dewasa.
Dibuka bermula pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 malam.  Atas nie adalah model Singapore Flyer yang terdapat di Journey of Dreams, pameran dan showcase tentang Singapore Flyer. 
Dah nampak kapsul untuk dinaiki.  Terdapat 28 kapsul di mana semua sekali adalah fully air-cond, satu kapsul boleh dinaiki seramai 28 orang.  Satu pusingan akan memakan masa selama 30 minit dan tak terasa pun goyong ke atau kita sedang bergerak, memang smooth.
Singapore Flyer setinggi 165 meter atau bangunan 42 tingkat merupakan ferris wheel yang tertinggi di dunia. 
5 meter lebih tinggi dari Star of Nanchang dan 30 meter lebih tinggi dari London Eye.  Gambar kat atas nie boleh tengok tengah-tengah ferris wheel nie.
Tue dia No Exit - Tiada jalan keluar, di pintu masuk sebab nak keluar atau Exit di pintu satu lagi.
Ok tengok la gambar-gambar pemandangan yang diambil semasa menaiki Singapore Flyer.  Letak sikit je kat sini.

Nampak tak padang bola tue terapung atas air...
Nak sampai di kemuncak dah.
Ehh... nie masa betul-betul di kemuncak Singapore Flyer, ada pulak gambar orang nie....

Boleh nampak Marina Bay Sands sebelah kiri, Merlion, Esplanade dan lain-lain.
Pandangan dari atas.
Nak sampai dah, dekat nak habis satu pusingan.
Singapore Flyer nie menyambut tahun ke 4 nya pada Mac 2012 dan telah mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2008.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??