Tuesday, October 04, 2011

174 - Buku Tentang Herba Dan Khasiat Buah-buahan

Salam semua...
Selalu bila ke Popular yang terletak di Tesco, Manjung beli la novel-novel yang sekarang berlambak-lambak di pasaran dengan tajuk yang pelbagai. Kalau dulu nak cari novel Melayu di pasaran sangat susah yang ada novel-novel bahasa Inggeris.
Jumaat baru nie bila ke Popular nampak buku nie dan ada pulak diskaun 25%, beli la.. ada juga faedah dan pengetahuan dari baca novel je.  Buku Ramuan Lengkap Herba Mengatasi Penyakit nie menceritakan tentang herba-herba yang ada lengkap dengan gambar dan resepi untuk mengatasi penyakit-penyakit tertentu.  Tak baca lagi nie.
Buku di atas pulak Buah Khasiat Makanan dan Ubatan tentang khasiat buah-buahan untuk makanan dan kesihatan.  Siap dengan gambar berwarna.  Kena cari masa untuk baca buku-buku nie sebab ada 3, 4 novel yang dibeli belum lagi dibaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??