Friday, September 30, 2011

170 - Awie - Alif Ba Ta Duniaku

Salam semua...
Masa tengah drive balik dari sekolah dengar lagu nie berkumandang di radio, tau lagu nie Awie yang nyanyi tapi tak tau tajuk lagu.  Sampai rumah bila on kan komputer terus cari lagu nie kat youtube tapi tak jumpa sebab search dengan  nama Awie saja.  Cuba pulak mintak pertolongan dari pakcik Google dengan cari lirik lagu Awie baru la nampak tajuk lagu nie.  Huh... dapat pun layan la lagu 1999 nie kalau tak salah.
Pabila ku rindu
Hiaskan diriku
Ku melawan cintaku

Pabila ku jemu
Pejamkan mataku
Ku masuk ke alam khayalku

Alif,ba,ta duniaku
Siapa yang tahu
Apakah di dadaku ini

( korus )
Ku, ku, I, I, I
Hanya ku seorang
Yang tahu pergolakan
Mindaku

Kau, kau, you, you, you
tak mungkin boleh tahu
selagi ku tak cerita

Hentikanlah
Marah, marah
Dunia
Takkan berubah
Dengan amok
Dan amarahmu itu
Sedarlah
Kawanku

Aa, aa, ih, ih, uu, uu,
Tak depan, bawah, atas
tiga cara saja
Membacanya

Oh, oh
Jangan ternganga
Uh... uh...
sedihnya
Kalau kau masih
Belum belajar ( 3X )
Kawanku

Cintaku
Cintamu
Cinta
Cinta kita satu/sama
Hidup ini
Akan mudah
Kalau mimpi
Kita sama

169 - Open House Di Bukit Mertajam

Salam semua...
Bulan Syawal dah pun berakhir dan semalam 29 September 2011 dah masuk bulan Zulkaedah dan jemaah haji dah pun mula berangkat ke tanah suci.  Bertuah mereka yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.  Semoga giliran saya akan tiba dalam tahun-tahun terdekat ini.  Insyaallah... Amin...

Ok nie nak cerita tentang open house seorang sahabat di Bukit Mertajam.  Din dari tahun lepas lagi memang ajak untuk open house di rumahnya tapi tahun lepas tak berkesempatan hadir kerana ada hal lain.  Dan bila tarikh open house Din bertukar ke 24 September yang kebetulan free jadi tak de alasan untuk tidak pergi tahun nie.
Jadi jumpa dengan rakan-rakan di Kompleks Rakan Muda Kamunting dan konvoi dengan lima kereta ke rumah Din, sebab yang pernah ke rumah Din hanya la Mat dan Rosmie.  Tapi hanya Mat yang tau jalan jadi dia yang jadi ketua rombongan.  Din yang berbaju merah tersenyum ketika menyambut kedatangan kami semua.
 
Kami sampai lebih kurang pukul 1.30 petang dan terus dijamu dengan makan tengahari.  Din dan isteri yang memasak sendiri semua juadah. Dimulakan dengan makan nasi dengan kuah kari kepala ikan, rendang daging,   sayur, ulam-ulaman dengan sambal belacan dan ikan pekasam.  Wah memang best la hidangan yang disediakan.  Kenyang semuanya.
Duduk sembang-sembang dan bila pukul 4.00 petang dihidangkan pulak dengan laksa, bihun sup hitam, satay selain ketupat, lemang dan rendang.  Kuih-kuih raya memang ada sedia terhidang.  Memang tak rugi la datang jauh-jauh ke rumah Din untuk open house.  Memang kenyang dan istimewa makanan yang dihidangkan
Nie sebahagian rombongan yang ikut untuk open house Din dan keluarganya.  Masa nie Mazlan dan keluarga dah pun balik.  Terima kasih banyak-banyak untuk Din dan Zaha yang menjemput kami ke rumah untuk berhari raya.  Insyaallah kalau tahun depan ada undangan lagi akan cuba untuk hadir. Hehehe...

Thursday, September 29, 2011

168 - A Job Well Done

Salam semua...
Saja-saja nak puji diri sendiri sebab dah pun menyiapkan kerja-kerja memeriksa kertas peperiksaan pelajar dan sudah pun key-in markah dalam SAPS. Minggu nie punya la pulun untuk siapkan semua tue.  Pelajar pun dah tak sabar nak tahu markah mereka, bila jumpa asyik tanya tentang kertas exam mereka je.
Entah kenapa bila dah dekat last minute markah perlu dimasukkan baru la semangat dan kerajinan untuk menyiapkan kerja-kerja memeriksa datang.  Hehehe... Tambahan dengan soalan struktur dan esei yang perlu dibaca dan jawapan yang kadang-kadang mengecewakan menyebabkan semangat untuk memeriksa tue hilang.  Alasan je ke semua tue??  Tapi bila harapan kita tinggi dan jawapan dari pelajar tak memberangsangkan memang la semangat boleh hilang.

Apa pun untuk exam SPM yang dah tak lama lagi nie, diharapkan para pelajar dapat melakukan yang sebaiknya untuk kejayaan mereka juga.  Selalunya cikgu-cikgu tumpang gembira sahaja...

Tuesday, September 27, 2011

167 - Sibuk la...

Salam semua...
Kebelakangan nie rasanya berkejaran untuk menyiapkan kerja-kerja memeriksa kertas peperiksaan percubaan. Tinggal dua hari je lagi sebelum markah perlu dimasukkan ke dalam sistem.  Tinggal satu kelas (semua sekali empat kelas) sahaja lagi yang perlu diperiksa dan insyaallah esok rasanya boleh siap.
Sebab tue nak update blog pun ditangguhkan, walaupun tak banyak cerita tapi ada cerita tentang open house seorang rakan di Bukit Mertajam, Sabtu baru nie.  Ok akan start update bila selesai semua kerja.

Friday, September 23, 2011

166 - Cabutan Bertuah

Salam semua...
Dapat sms lebih kurang pukul 12.15 pm tadi berbunyi "Tahniah no member card anda terpilih untuk menerima hadiah cabutan bertuah.. Sila datang ke Silver Haya Gallery untuk dapatkan hadiah anda pada jam 1 tengahari ini.. Terima kasih"  Jadi balik dari makan tengahari dengan Cik Nah terus ke Silver Haya Gallery untuk menuntut hadiah,  Teruja nak tau dapat hadiah apa untuk cabutan bertuah nie.
Sebelum hari raya yang lepas ada beli tudung Pearl Haya dan dari situ dah diberitahu akan ada cabutan bertuah untuk sesiapa yang membeli tudung.  Nie satu cara promosi yang dilakukan oleh As (yang comel sebelah kiri dalam gambar di atas) selaku tuan punya Silver Haya Gallery.  Sebab tue kedai menjual Pearl Haya nie sentiasa penuh dan stok-stok baru Pearl Haya sekejap je dah habis.
Untuk cabutan bertuah nie, dapat tudung P2-M berwarna merah dan brooch.  Alhamdulillah ada jugak hadiah yang diterima di hari Jumaat ini.

Thursday, September 22, 2011

165 - Ku Menunggu

Salam semua...
Ku Menunggu - Rossa 
ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

reff:
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

repeat reff

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu

164 - Dinner di TGI Friday's, Pavillion

Salam semua...
Kali nie cerita makan-makan yang terakhir masa di KL hujung minggu lepas.  Kami ke TGI Friday's di Pavillion sebab Kijai ada kupon diskaun sebanyak RM 50.00 untuk makan di sana. Pavillion nie kalau nak shopping tak de la kot, tak mampu rasanya tapi untuk makan-makan okay la kan sebab harganya lebih kurang sama dengan tempat lain.
Yang mula-mula sampai biasa la mesti air.  Kami order tiga gelas air kosong dan satu je ice lemon tea.  Kongsi-kongsi minum air teh tue sebab refillable, rasanya kami refill sampai 6 kali. Hehehe... best sangat...
Order pelbagai jenis makanan untuk dinner malam tue.  Bukan apa bila pelbagai boleh la pinggan tue berpusing-pusing keliling meja untuk dirasa bersama.  Atas nie Tennessee Burger.
 Nie pulak Blackened Chicken Alfredo hidangan fettuccine yang berkrim.  Yummy..
Clam Chowder nie memang dah lama teringin nak cuba bila tengok rancangan masakan di channel AFC dan TLC.  Sebelum nie memang Kijai ada kata clam chowder di TGI boleh tahan sedap.
 Nie pulak Grilled Lamb.
 Last sekali untuk dessert order Brownie Obsession iaitu brownie dan di atasnya diletak sos chocolate-fudge,  vanilla ais krim, sos caramel dan kacang pecan.  Satu nie makan ramai-ramai memang sedap la sebab berebut-rebut.  Licin semua sekali.

163 - iPad

Salam semua...
Dah jadi trend sekarang ke mana-mana orang akan membawa iPad atau Samsung Galaxy Tab.  Lebih kurang la tue.  Memang teruja bila tengok mudahnya dan ringan nak bawa komputer sekarang.  Tapi bila difikirkan tidak ada keperluan yang mendesak untuk memiliki iPad, maka bersyukur la dengan netbook yang ada sekarang (hehehe... nie cakap orang tak mampu...)
Jadi bila Omar bawa balik ke kampung iPad dia, maka memang teruja untuk melihat dan mencuba iPad.  Sebab sebelum nie ada seorang kawan yang memiliki Samsung Galaxy Tab, nak tengok pun tak dibenarkan apa tah lagi nak pegang dan main-main dengan application yang ada. Huhuhu... macam tue la bila kita tak mampukan... tengok dari jauh je... Sedey...
Rasanya iPad nie lebih kepada games, lagu-lagu dan untuk buat kerja-kerja menaip mungkin kurang sesuai.  Sebab tue remaja sekarang ramai yang tergila-gilakan iPad. Dalam gambar nie antara game yang ada iaitu Pictureka, best bila main ramai-ramai.  Berebut-rebut nak cari barang yang tersembunyi.
Gambar-gambar nie sementara menunggu makanan tiba bila keluar makan semasa di KL minggu lepas.  Gambar makan-makan tue nanti la letak dalam entry seterusnya.  Hahaha... tak habis lagi cerita makan-makan.
Hrmmm... tangan sapa la yang dompot kat belah atas tue...

Wednesday, September 21, 2011

162 - Wedding Muhsin dan Siti Zubaidah

Salam semua...
Minggu lepas hari Jumaat cuti sempena Hari Malaysia, jadi tiga hari cuti di hujung minggu.  Entry yang lepas-lepas dah bagi tahu saya ke KL untuk majlis perkahwinan anak saudara Muhsin yang bertemu jodoh dengan orang Hulu Yam.  Hari Jumaat tue 16 September 2011, majlis pernikahan telah diadakan di Masjid Al Falah, Hulu Yam Baharu, Selangor.
Gambar di atas sebelum majlis pernikahan dijalankan, Kak Basah bakal menerima menantunya yang kedua.
 Semasa upacara akad nikah.
 Atas nie gambar family dan saudara-mara sebelah pengantin perempuan.

 Esoknya majlis persandingan diadakan di rumah pengantin perempuan.  Tengok je la ye gambar letak sikit je kat sini.
 Selamat pengantin baru Ucin... dan Siti...
Semoga Muhsin dan Siti Zubaidah akan berbahagia melayari bahtera rumahtangga dan moga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

161 - Transform Or Left Behind

Salam semua...
Hari nie ada taklimat tentang Program Rintis Kolej Vokasional 2011 yang disampaikan oleh Pengetua.  Sekolah terpilih antara 15 sekolah vokasional yang akan menjadi Program Rintis ini.  Semenjak dua menjak nak  bertukar ke Kolej Vokasional (KV)  perkataan "transform" sering diucapkan.
Bila ada pertanyaan dan keraguan, jawapan yang diterima "transform".  Wah ingat nie macam cerita kartun atau filem Transformers terus je boleh transform.  Jika tak bersedia untuk berubah jalan penyelesaiannya adalah tukar sekolah, tapi dah diberitahu awal-awal sama ada permohonan diluluskan atau tidak belum tahu lagi.  Jadi bersedialah untuk transform kepada KV dalam keadaan dan prasarana yang ada sekarang.
Banyak perubahan dari segi kerja, sukatan, cara mengajar dan sebagainya.  Memang sebagai warga KVSM perubahan perlu dilakukan sama ada dari segi mental dan fizikal.  Tak de lagi cuti sekolah seperti sekarang dan pelajar tidak akan mengambil SPM.  Sebaliknya selepas 4 tahun di KV pelajar akan memperolehi Diploma.  Khabarnya diploma ini akan diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan dan JPA.

Baca di sini - Utusan Malaysia Online atau kat bawah nie terus...

Nama sekolah vokasional akan ditukar kepada kolej vokasional sebagai usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.
Perubahan itu, jelas beliau, sedang dikaji daripada pelbagai aspek termasuk kurikulum, tempoh pembelajaran di kolej serta kursus lanjutan yang boleh ditawarkan.
Menurutnya, ia dilakukan antara lain bagi menghapuskan tanggapan bahawa hanya pelajar yang tidak memperoleh pencapaian cemerlang dalam akademik akan disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.
”Kebiasaannya pelajar akan disalurkan untuk mengambil bidang vokasional dan teknikal kalau mereka tak memperoleh pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, maka itulah peluang mereka yang kedua, kalau tak ada peluang lain.
”Ini satu pendekatan yang tidak tepat kerana di negara maju sekalipun aspek vokasional diletakkan sebagai pilihan sama dengan bidang akademik,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, prestasi setiap pelajar akan dinilai dan jika di peringkat awal lagi seperti ketika di sekolah menengah rendah kecenderungan mereka adalah dalam hal yang tidak terlalu akademik, maka pelajar terbabit akan terus disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.
Jelasnya, kalau pun tidak disalurkan ke sekolah vokasional sepenuhnya, mereka boleh mengikuti kursus pra vokasional dalam sistem pendidikan biasa supaya di peringkat awal lagi mereka dapat mengikuti bidang vokasional dan teknikal yang diminati.
Ditanya kemungkinan kolej-kolej vokasional itu menjalin kerjasama dengan institusi lain, Muhyiddin berkata, ia boleh dilakukan dengan institusi pengajian di negara-negara maju termasuk Eropah menerusi pertukaran pelajar dan tenaga pengajar. sumber - Utusan Malaysia

Tuesday, September 20, 2011

160 - Man Jadda Wajada, Wa Man Zara'a Hasoda

Salam semua...
Hari nie hari kedua program motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan antara acara yang diaturkan oleh penceramah (penceramah Amin Maula, merupakan bekas pelajar sekolah) adalah pembentangan misi, visi dan matlamat kumpulan.  Biasalah program-program motivasi mesti ada slot macam nie.  Untuk slot kedua hari nie bertugas untuk mengawasi pelajar dan diminta menjadi hakim untuk sesi pembentangan oleh setiap kumpulan yang telah dibentuk.

Ada kumpulan yang bersungguh-sungguh dengan kerja mereka dan ada yang sambil lewa sahaja.  Tertarik dengan satu kumpulan yang memberikan pepatah dalam bahasa Arab, sebelum nie pun memang pernah dengar pepatah nie dan ada satu rancangan tv yang menggunakan tajuk yang sama.

Man Jadda Wajada, Wa Man Zara’a Hasoda inilah pepatah Arab yang diucapkan dan dirungkai lagi oleh penceramah. Apa maksudnya?
Rasanya ramai yang dah tahu maksudnya, buat yang tidak tahu seperti saya la tue (siap google cari maksudnya walaupun penceramah telah memberi penerangan) Man Jadda Wa Jada. Wa Man Zara'a Hasoda bermaksud "Sesiapa yang berusaha akan berhasil, sesiapa yang menanam akan menuai".

Macam lebih kurang sama  pepatah  Melayu "Sikit-sikit, Lama-lama Menjadi Bukit".  Jadi dari pepatah nie kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara kerana insyaallah hasilnya akan dapat kita tuai di kemudian hari.

Monday, September 19, 2011

159 - Breakfast di Restoran Sri Paandi, PJ

Salam semua...
Kali nie nak cerita pasal makan-makan jugak semasa di KL weekend baru nie.  Apa lagi kalau ke sana memang asyik keluar makan-makan je.  Jadi tue yang entry ke KL tak habis dengan cerita makan-makan. Memang terbaek la.... hahaha...
Kali nie nak cerita tentang breakfast di Restoran Sri Paandi yang terletak di Jalan 11/4, Petaling Jaya.  Restoran  nie menggunakan daun pisang menggantikan pinggan.  Bila sampai memang orang ramai dan biasa la makanan yang dihidangkan untuk breakfast seperti jugak restoran mamak.  Tapi yang bestnya kuah boleh ditambah dan tiada had.
Minta je kuah dan kalau tak cukup minta lagi.  Bekas-bekas berisi kuah nie akan diberikan kepada kita bila hendak menambah kuah.  Ada 2 bekas seperti ini,yang satu lagi tue lagi tue bekas yang lebih besar berisi kuah seperti kari ayam, kuah dal, dan kari ikan.
 Saya order tosei.
 Nie pulak puri dengan kuah kentang.
 Nie pulak apam manis dengan santan yang Mahmud order.

Sunday, September 18, 2011

158 - Peringatan Untuk Semua...

Salam semua...
Selalu menjenguk wall Fb kawan-kawan tapi jarang sangat saya meninggalkan komen kecuali kawan-kawan yang rapat dan sering berhubungan.  Selalunya jadi silent reader je, lebih senang dan sesekali like apa yang kawan tulis atau gambar-gambar yang dipaparkan.  Kalau dalam group tertentu mereka sering ingin follower meninggalkan komen, tapi tak boleh ke jadi reader saja?

Ok kata-kata nie diambil dari wall rakan Fb.  Minta izin untuk dikongsi bersama ye... Sebab nak stop dulu cerita-cerita ke KL baru-baru nie.  Esok sambung balik.
Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN,
SEKSA NERAKA LAIN-LAIN”
INGATLAH...
yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
... yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaasiin untuk kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"
Jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" dengan
perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ALLAH
dan MAKHLUKNYA"..
jom muhasabah diri..

Gambar dari pakcik google ye dan moga kita mendapat peringatan dan pengajaran dari kata-kata di atas...

Saturday, September 17, 2011

157 - Surprised Visit

Salam semua...
Nie nak sambung citer selepas makan kat William, baru berkesempatan nak update....on the way nak balik tue lalu dekat area Kastam di Kelana Jaya.  Kebetulan teringat Noorazillah rumahnya dekat-dekat situ je. Tanya adik boleh tak singgah kejap untuk jumpa Zilah?  Alhamdulillah dia kata ok tapi kejap je jangan masuk rumah sembang kat luar je.  Hahaha... seronoknya tak pe la janji dapat jumpa walaupun sekejap.  Terus fon tanya sama ada dia ada di rumah atau tidak.
Kelam kabut Zilah bila kata saya kat depan rumah nie. Saja buat surprised visit. Masa tue dah pukul 10.45pm dan dia kata dia pun dah terlena. Maaf ye Zilah mengganggu. Jadi sebagaimana dijanjikan cuma jumpa di depan rumah je walaupun Zilah ajak masuk ke rumah berkali-kali dan kata boleh minum-minum.
 Noorazillah nie kawan semasa belajar di ITM... wah berapa lama dah tue.  Lepas abis belajar tak pernah lost contact sampai sekarang.  Kira best friend dari dulu lagi...
Teringat masa zaman-zaman belajar dulu masa di semester satu kami duduk sebelah-menybelah untuk kelas English Miss Muthu dari situ hingga habis belajar tetap satu geng dan mesti duduk bersama-sama untuk kelas-kelas lain.
Lepas jumpa Zilah dalam 15 minit terus balik dan masa balik tu singgah Tutti Frutti dan dua cawan di atas berharga RM32.00 lebih... Haaa ambik kau masa ambik tue seronok dok tekan mesin yogurt tue bila nak bayar terperanjat... Sib baik adik tolong bayarkan... Hikss....

Friday, September 16, 2011

156 - Dinner di William, Kelana Jaya

Salam semua...
Semalam minta kebenaran balik awal sikit kerana mahu ke Kuala Lumpur.  Ini semua kerana hendak mengelak jem bila sampai di KL kerana dengarnya banyak jalan akan ditutup sempena sambutan hari merdeka dan hari Malaysia.  Kalau sampai lambat takut jem dan hujan pula.  Jadi bertolak dari Manjung pukul 2.00 petang dan sampai di Bandar Seri Permaisuri dalam pukul 6.15 petang.  Sepanjang jalan kereta memang banyak dan bila masuk KL dah pukul 5.00 lebih dan hari hujan pulak jadi jalan memang sesak dengan kenderaan.
Malam tue Kijai memang dah rancang untuk makan-makan di William, Kelana Jaya.  Masa ke sana jalan jem    dan ambik masa dekat sejam untuk sampai ke sana.  Sekarang William dah berpindah ke kedai yang berhampiran jadi lebih selesa tapi malam semalam hujan jadi meja-meja makan terpaksa di letak disepanjang pejalan kaki kedai-kedai yang berhampiran dan tempat makan pun agak gelap. Ada yang minta dipasangkan lilin.  Wah siap ada yang bercandle light dinner lagi.  Untuk minuman kami order Herb Soda (entah tu kot namanya, tak sure la) yang ada serai, longan. asam boi, daun pudina dan sudah semestinya soda la kan.  Best sangat-sangat.  Satu lagi kami oder air mangga yang dalamnya ada tembikai dan juga laici. Air lain seperti milo dan teh tak payah ambik gambar la kan... sama je,
Kat William nie tak de menu jadi dok tengok-tengok apa yang orang lain order selain tanya pada pelayan di situ. Mula-mula sampai chicken lasagna yang berharga RM 20.00.  Cheese memang banyak dan ada chicken meatballs lagi. Tue la bestnya makan di sini sebab portion setiap hidangan memang besar boleh makan sampai dua atau tiga orang.
Order jugak meat platter yang berharga RM50.00 dan ada pelbagai jenis daging seperti ayam, daging, kambing, chicken sausage, mash potato, mint sauce, salami dan apa ye lagi tak pasti pulak.  Dengan keadaan yang agak kelam kami berempat makan la apa yang dihidangkan tue.  Marvellous.....  Memang kenyang la...
Last sekali sampai la lamb burger yang Mahmud order RM 15.00.  Sedap jugak tapi sebab masa tue masing-masing dah kenyang jadi masing-masing rasa sorang sikit dan biar Mahmud yang habiskan.  Semua senyum lebar bila balik sebab kekenyangan dan hari nie kami semua jadi karnivor sebab makan banyak daging.

155 - Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia

Salam semua...
Hari nie 16 September 2011 cuti umum sempena Hari Malaysia dan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 juga diadakan serentak.  Ok di bawah nie disertakan sedikit info tentang hari Malaysia untuk pengetahuan bersama.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuanMalaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara(kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia

Sejak akhir-akhir nie ramai yang semakin berminat dan memperkatakan tentang sejarah negara kita.  Apa pun selalu mengharapkan negara kita sentiasa aman dan sejahtera. Amin...

Wednesday, September 14, 2011

154 - Apa Lagi Yang Baru

Salam semua...
Dalam entry sebelum nie ada sebut kamera yang banyak berjasa rosak sebab lens kamera tue tak boleh nak tutup atau masuk balik ke kedudukkan asalnya.  Bila bawa ke kedai, tokey kedai tue kata nak baik kena hantar Ipoh dan mungkin kena dalam RM 300.00.  Jenuh dok fikir nak baikkan ke?  Berbaloi ke? Ke beli baru je???  Nie nak ke KL esok untuk majlis perkahwinan Ucin dan nak la tangkap gambar barang satu dua keping.
Jadi dari minggu lepas lagi dok ushar kamera dan kebetulan kat satu kedai tue kata sekarang kamera Canon sedang ada diskaun.  Jadi macam mana nie?  Duit bonus ari tue baru guna separuh je, boleh la nak sambar satu kamera digital biasa je bukan DSLR yang besar dan canggih tue (yang tue memang dah lama berminat tapi belum lagi kot nak membelinya, kalau travel dan jalan-jalan mana boleh bubuh dalam handbag kan...).
Kebetulan pulak masalah handphone selesai bila tukar sim kad jadi tak perlu keluar budget yang banyak untuk masalah tersebut.  Jadi boleh la kot untuk beli kamera menggantikan kamera yang rosak tue. Hehehehe.... memang la... Jadi beli kamera digital di atas dan nampak lebih mudah penggunaannya berbanding kamera sebelum nie.
Kesimpulannya hari nie betul-betul menggembirakan... :-)

153 - Sim Kad Baru

Salam semua...
Cuti raya baru nie secara tak sengaja handphone terjatuh tapi bukan la dari tempat tinggi dan tak tau kenapa selepas tue handphone tak boleh baca sim kad.  Terus offline sedangkan ada sim kad dan tak letak pun dalam mood offline. Bila keluarkan dan masuk balik pun masih lagi berkeadaan sama.  Yang hairan tue bila tukar sim kad tue ke handphone lain elok je dia online.  Nak kata handphone tue rosak, bila letak sim kad lain elok je tak de problem apa-apa.  Aiseh... nak kena beli handphone baru ke??  Apa nak buat sebab budget untuk beli handphone tak de bulan nie.
Adik bagi suggestion cuba tukar sim kad.  Jadi tadi ke Maxis Centre dan tukar sim kad baru.  Kena bayar RM 10.00 dan dia minta IC untuk pengesahan (nasib baik RM 10.00 je).  Bila cuba sim kad baru di handphone ok je... Alhamdulillah tak perlu beli handphone baru, murah je jalan penyelesaiannya.  Masa di Maxis Centre minta adik tue semak sejak bila no handphone nie digunakan, dan dari semakan saya dah mula guna nombor nie dari 3 Julai 2000.   Wah... lama tue dah 11 tahun lebih... Masih ingat lagi masa beli sim kad nie di Ipoh pergi bersama-sama dengan Jamaliah dan no saya dan Jamaliah berbeza satu je saya akhirnya 7 dan dia 8.  Harga pun dalam RM200.00 lebih sedangkan hari nie sim kad baru mungkin berharga RM 5.00 je.  Sebab tue sekarang boleh dikatakan handphone bukan lagi barang mewah tapi keperluan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??