Saturday, December 31, 2011

InsyaAllah - 2012

Salam semua...
Tahun 2011 tinggal tak sampai sejam lagi.  Dah lama tak letak lagu, jadi sempena tahun 2012 yang bakal menjelang tiba, nak letak lagu Insyaallah - Maher Zain.  Lama jugak la kan lagu nie tapi sangat-sangat bermakna liriknya.  Moga kedatangan 2012 membawa seribu rahmat bersamanya InsyaAllah...
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Gelas Retak...

Salam semua...
Masa makan-makan di PH tengahari tadi air yang dihidangkan dalam gelas yang retak.  Hishh... macam mana la diaorang boleh tak perasan.  Orang tau-tua kan pantang minum air dari gelas yang retak.  Jadi terus minta air dan gelas yang baru dari waiter.  Sib baik tak besarkan perkara nie cuma minta dia tukar yang baru.  Kalau tak saman kang hehehe....

Makan-makan di Pizza Hut

Salam semua...
Sempena selesai semua kerja-kerja yang begitu mencabar rasanya tahun nie dan Mahmud tolong kemas rumah (hehehe... selama beberapa minggu nie memang tak hirau langsung nak kemas rumah atau masak-memasak) maka hari nie ke Pizza Hut untuk makan-makan.  Jadi cakap kat Mahmud dia nak makan apa pun order la tapi sebenarnya kakak dia yang nak makan cheesy bites pizza, hahaha... lama dah teringin nie baru berkesempatan nak makan.
Order set pizza untuk 2 orang, dan yang mula-mula sampai garlic bread.  Apa lagi terus makan, kejap je dah habis sambil-sambil cicah dengan mushroom soup.


Order jugak seafood lasagna, nie Mahmud yang nak makan.  Tapi kali nie tak jumpa pun seafoodnya.  Udang ada seekor je
Nie dia cheesy bites pizza.  Order yang toppingnya cheese je, kononynya ada 7 jenis cheese.  Best jugak pizza nie kalau suka cheese.
Ada lagi order tambahan, order jugak spaghetti meatballs bologaise.  Nie saya yang nak makan jugak hahaha... sebab hari tue makan rasa macam sedap sangat jadi nak cuba lagi.  Tapi bila fikir balik, bilanya makan-makan yang saya rasa tak sedap. 

Lembaran Baru...

Salam semua...
Hari nie baru betul-betul boleh rehat setelah selesai kerja-kerja, 5 hari berulang-alik ke Ipoh.  Penat weh...  Semalam ingat nak update blog pun tangguh la dulu sebab ngantuk sangat, sampai rumah dalam pukul 6.30 pm pas tue keluar makan, balik dah ngantuk pulak.  Apa lagi zzzzzz....

Banyak kerja-kerja tertangguh dan perlu diselesaikan segera sebelum masuk tahun baru dan sesi persekolahan yang baru.  Mesyuarat guru hari Khamis yang lalu pun tak dapat hadir kerana ke Ipoh.  Apa la kerja-kerja yang menanti di tahun 2012 nie.
Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya, hari nie hari terakhir 2011.  Banyak perkara suka duka yang berlaku dan perlu diambil pengajaran sebelum bermulanya lembaran baru 2012.  Sangat mengharap tahun 2012 nie akan membawa sinar kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup dan moga dapat menjadi insan yang lebih baik dan dirahmatiNYA.  Yang penting usaha untuk memperbaiki diri...

Sunday, December 25, 2011

Akhirnya...

Salam semua...
Wahhh.... siap jugak akhirnya kerja-kerja rutin akhir tahun. Tunggu untuk mesyuarat yang bermula esok hari sebelum selesai semua sekali. Sebelum nie tak pernah lagi ambil masa begitu lama dan sampai kena minta tolong dari kawan untuk menyiapkan kerja-kerja.  Kira rekod la tahun nie.  Nak kata sibuk berjalan-jalan dan tak buat kerja tak jugak sebab sama je macam tahun-tahun yang lalu.  
Lepas nie boleh la jenguk-jenguk blog dan update balik.  Banyak jugak cerita (kalau nak cerita la kan) tapi tengok la, itu pun selepas selesai semua kerja-kerja.  Ada mesyuarat lagi yang mesti dihadiri, 5 hari pulak tue.  Sebelum semua tue nak rehat-rehat dan tidur-tidur dulu sebab dah berapa lama asyik tido dekat pukul 4.00 pagi.  Tue yang dalam seminggu dua nie rasa macam zombie je. Yahooo.... Alhamdulillah...

Tuesday, December 13, 2011

First Try

Salam semua...
Banyak kali cuba, kali nie baru berjaya. Ish... teruk betul, lepas puas godek-godek, cari-cari baru jumpa.

Monday, December 12, 2011

Hanya Sekejap...

Salam semua...
Ambil kesempatan kejap untuk update blog, lepas balik dari mesyuarat di Ipoh tak berkesempatan langsung untuk berblog, buka komputer pun kejap-kejap je jeling sana sini sat.  Tak boleh nak berlama-lamaan, kena tunggu selesai kerja atau dah reda sikit baru boleh nak berblog atau berfb.  Tapi dalam sibuk-sibuk sempat jugak bercuti sekejap di Perlis dan seterusnya ke Langkawi.  Dan terbengkalai 5 hari kerja, lambat lagi la nak siap.  Lepas nie kena buat kerja dalam gear 5 tak boleh main-main dah.
Nie gambar masa di Langkawi Cable Car.  Nanti-nanti kalau berkesempatan baru nak letak cerita ceriti bercuti di Langkawi.  Tak tau bila tue..  Cepat buat kerja sekarang.... Zzzaaasss...

Saturday, December 03, 2011

Penat..

Salam semua...
Penatnya la tak tau nak cakap macam mana.... 4 hari berulang-alik dari Manjung ke Ipoh untuk mesyuarat.  Heran macam mana ada yang berulang-alik hari-hari kerana kerja di Ipoh dan rumah di Manjung.  Nasib baik la rumah dengan sekolah tak sampai setengah kilometer pun.  Sebelum nie bila mesyuarat untuk beberapa hari selalunya bermalam di Ipoh tapi tahun nie nak cuba berulang alik dan rasanya lepas nie kena bermalam di Ipoh la.  Tak larat nak berulang-alik setiap hari walaupun bergilir-gilir bawa kereta dengan Gie. Penat oooo....

Wednesday, November 30, 2011

Sibuk Laa...

Salam semua...
Saja update dan tulis sikit je sebab mulai hari nie dah mula busy dan berkemungkinan nak update untuk dua tiga minggu nie akan sangat-sangat terhad masanya.  Ada kerja penting menanti dan perlu diselesaikan dengan tekun, amanah dan penuh tanggungjawab.  Hehehe... macam good, good.
Esok dah masuk Disember jadi tinggal sebulan je lagi nak masuk tahun 2012.

Tuesday, November 29, 2011

Tukar Tayar Kereta

Salam semua...
Dalam entry sebelum nie ada kata yang hari nie menyelesaikan beberapa perkara berkenaan kereta.  Ok entry nie kira sambungan tentang kereta lagi.  Lepas renew lesen memandu terus ke bank untuk keluarkan duit dan bayar duit kereta.  Lepas tue ke kedai tayar untuk tukar tayar sebab tayar dah agak uzur keadaannya.
First mesti la buka tayar dulukan.
 Sempat tengok sport rim yang dijual di kedai tayar tue.  Cantik-cantik dan harga pun boleh tahan mahalnya.
 Dah buka pun tayar.
 Nie masa nak keluarkan rim kereta dari tayar.
 Dah siap pasang tayar dia pasang benda nie untuk  alignment kereta.
Semua pakai komputer je tak macam dulu-dulu kan, jadi senang la sebab kat komputer tue akan bagi tau mana yang tak centre ke apa.

Sambil-sambil tue dia pusing-pusing stereng dan tengok komputer mungkin untuk bagi centre.  Tak tanya pun tengok je la apa dia buat.
Dah tukar tayar dia kata seelok-eloknya tukar jugak chamber kit.   Aiseh nak buat cam mana tukar je la.  Satu benda nie je RM 65.00.  Kena tukar 2 ye.  Banyak betul keluar duit tentang kereta hari nie.  Tak pe la janji kereta tak meragam dan selamat.  Insyaallah. Amin.

CCTV

Salam semua...
Perhati baik-baik gambar di bawah nie.  Nampak tak sesuatu yang baru?  Nie kan gambar pagar sekolah bahagian dalam dekat pondok pengawal.
Yang selalu masuk ke dalam kawasan sekolah kalau tak perhati betul-betul memang tak perasan apa yang baru.  Macam saya la yang ke sekolah semalam.  Bila Maznah tunjuk baru tau.  Apa dia?  Cuba perhati kat tiang tue nampak tak ada kotak putih dan depannya ada kamera.  Yee... sekolah kita dah pasang CCTV.
Nie gambar yang lebih dekat kamera di pagar masuk sekolah.  Dengarnya ada beberapa buah kamera yang telah di pasang di sekitar sekolah.  Satu lagi contoh seperti yang kat bawah nie.  Cuba teka kat mana tue?
Yang lain tue cari la sendiri, tapi mesti dah boleh agakkan dekat mana yang lain-lain tue.  Jadi mulai tahun depan tak boleh la nak berjimba-jimba atau masuk kelas lambat nanti ada memerhati.  Bak kata Kak Rock, jaga-jaga ada yang memerhati..... hehehe....

Lesen Memandu Oh Lesen Memandu...

Salam semua...
Hari nie banyak yang perlu diuruskan berkaitan dengan kereta.  Mula-mula cerita tentang renew lesen memandu dulu la ye yang dah tamat tempoh pada 27 November 2011, Ahad baru nie. Baru lagi tue, ada kawan seorang tue dah mati lesennya pada 8 Oktober lalu relaks je tak renew lagi. Lupa yang Isnin cuti sempena Awal Muharram jadi hari nie kena settle dan renew lesen dulu sebelum selesaikan urusan yang lain.  Lagi pun esok pagi-pagi perlu ke Ipoh untuk mesyuarat selama 3 hari jadi memang tak berkesempatan untuk hidupkan balik lesen tue dalam minggu nie kalau tak buat hari nie.
Memang selalu hidupkan lesen nie 3 tahun sekali, tengok tarikh lesen tue dah tamat pun.  Jadi lepas ambil Maznah terus ke JPJ dan lepas tue baru nak breakfast.  Ambil nombor giliran, sekejap je tunggu dah kena panggil dan kerani JPJ tue kata, akak ada saman JPJ tak settle lagi jadi tak boleh renew lesen nie... Alamak!!!
 Saman di Pulau Pinang pada 15 Julai 2009, dah lama tue dan dia suruh ke Bahagian Penguatkuasa untuk settle saman dulu baru boleh renew saman.  Bila ke Bahagian Penguatkuasa, dia semak dan saman nie tentang penggunaan telefon semasa memandu.   Laaa... saman nie ke.... ingat dah settle sebab minta seorang kawan tolong settlekan, rupanya nan adoo...  Kerani JPJ di situ ingatkan lain kali buat sendiri sebab nie perkara personal.  Perkara nie dah dibawa ke mahkamah Bukit Mertajam dan kes tak selesai lagi.  Jadi hendak tak hendak kena la bayar saman kalau nak renew lesen memandu.
Tue dia kena bayar saman RM200.00.  Ingat kena tinggi lagi sebab kes tahun 2009, nak buat cam mana lain kali kena beringat la.  Jangan menggunakan telefon sewaktu memandu, kalau nak guna jugak, guna handsfree dan lain kali apa saman pun kena settle sendiri.  Hrrmmm....
Lepas bayar saman dia kata kena tunggu dalam 12 minit untuk masuk dalam sistem baru boleh renew lesen.  Terus renew 3 tahun jugak, mula-mula ingat nak buat untuk 5 tahun tapi bila jadi macam nie tak tahu pun saman tak settle buat 3 tahun dah la.  Dan mulai sekarang lesen boleh direnew menggunakan tarikh hari jadi.   Jadi kebetulan tarikh lahir tak lama dah jadi nampak tak tarikh mati lesen tue 3 Januari 2015.  Kononnya supaya tak lupa.  Bila ingat birthday ingat la nak renew lesen memandu.

Cuci Kereta

Salam semua...
Bila keluar dengan Maznah petang tadi (dah pukul 12.00 am lebih kira petang semalam dah nie), antara agenda dia adalah mencuci kereta di car wash yang pandu lalu atau automatik.  Ok la kan sebab sekejap je tak payah tunggu lama-lama.  Kebetulan ada kamera terus ambil gambar dari dalam kereta bila melalui mesin cuci kereta automatik tue.
 Banyak jugak kereta di car wash nie, siap beratur jugak la.
 Ramai dah pernah cuci kereta kat car wash automatic nie kan jadi tengok je la gambar.  Citer sikit-sikit je.
Mula-mula sembur air yang bertekanan tinggi supaya senang tanggal segala kekotoran.
 Bangla nie siap senyum lagi bila nampak kamera.  Yang nie masa cuci tayar dan dipancut dengan air bertekanan tinggi jugak.
 Lepas tue baru la letak buih sabun,
 Kemudian dia cuci sikit lebih kurang je kan sebab kita dalam kereta bukan boleh cakap apapun.
 Masuk pulak mesin nie untuk cuci secara automatik.
Sebelum tue kena make sure tayar kereta masuk kat landasan yang akan menggerakkan kereta.  Kereta jugak tak boleh brek masa nie.  Kena biar je dia gerak sendiri.
 Benda nie akan berpusing dan seterusnya mencuci kereta.


 Mesin nie nengeluarkan angin yang kuat untuk membuang titisan air yang ada di kereta .
Lepas siap dilap, sila bayar RM 3.00.

Sunday, November 27, 2011

Tahun Baru 1433 Hijrah

Salam semua...
Salam ma'al hijrah 1433H pada semua. Semoga diberkati Allah dalam setiap usaha yang dilakukan.
Patutnya semalam atau awal pagi tadi tulis tentang ucapan tahun baru Hijrah nie.  Tapi sebab berada di Taiping dari hari Khamis dan baru petang nie balik ke Manjung jadi baru berkesempatan nak letak di blog yang tak seberapa nie.  Semoga ALLAH akan memberi taufiq dan hidayahNYA kepada kita semua.  Amin...

Friday, November 25, 2011

Jaga Kesihatan

Salam semua...
Di hari Jumaat nie mari kita lihat cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri baginda sebagai panduan untuk kita semua.  Peringatan untuk diri sendiri jugak nie.  Yang nie pun ambik dari Fb je...

Thursday, November 24, 2011

Always Remember To Forget

Salam semua...
Always remember to forget
The things that made you sad.
But never forget to remember
The things that made you glad.
Always remember to forget
The friends that proved untrue.
But never forget to remember
Those that have stuck by you.

Always remember to forget
The troubles that passed away.
But never forget to remember
The blessings that come each day.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??