Thursday, March 31, 2011

Coretan Ke-11 - Buntu

Salam semua...
Entah kenapa tak dapat nak fikirkan apa untuk dicoretkan di sini.  Jenuh fikir dan cari-cari tapi tak dapat jugak topik... Nie la antara sebab kenapa blog yang dulu-dulu terbengkalai, selain dari rasa malas untuk masukkan apa-apa entry.  Kadang-kadang banyak ceritanya tapi tak ada masa pulak.  Alasan semua tu kan.... orang lain elok je sampai kadang-kadang dua tiga entry sehari...  Apapun akan cuba coretankan juga walau sebaris ayat...

Wednesday, March 30, 2011

Coretan Kesepuluh - Spring Potato

Salam semua...
Pernah makan spring potato nie tak?  Dah cuba dua tiga kali di medan selera Tesco Taiping dan sedap la.  Tengok pun dah nampak menyelerakan dengan sos keju, mayonis, cili dan lada hitam.
 Rasa kentang nie yang rangup-rangup dan lembut benar membuka selera. Bagi saya rasanya lagi sedap makan spring potato nie dari french fries yang  dijual di kedai-kedai makan segera.  Ok jugakkan boleh bagi sokongan kepada peniaga-peniaga kecil yang menjual spring potato nie, sekarang dah mula terjual di merata-rata tempat.
Nyum... nyum... nyum....
user posted image
Nie dapat dari google, antara gambar potato twister machine, gunanya untuk menjadikan kentang tu dipotong dan berpusing-pusing tanpa putus.  Selepas itu di cucuk dengan lidi yang panjang sebelum digoreng setelah disaluti dengan serbuk roti dan mungkin adunan rahsia yang lain.user posted image
Boleh jugakkan jadi peniaga spring potato nie.... Hhhhmmm... bole tambah pendapatan...

Tuesday, March 29, 2011

Coretan Kesembilan - LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal

Salam semua...
Semasa cuti sekolah yang lepas sempat menonton teater LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal di Istana Budaya. Nie cerita lama iye tapi saja la masukkan entry dan letak gambar disini...
Bukan nak buat ulasan untuk teater ini pun... rasanya ini adalah teater yang ketiga atau keempat yang pernah ditonton.  Bila ke KL kebetulan ada persembahan dan ada pula yang sudi membawa baru la ada peluang untuk menonton.  Kami sampai awal di Istana Budaya dan sempat lapik perut dulu di cafe sebelum bermula persembahan.  Wah masa nie la terserempak dengan Hans Isaac dan  Harith Iskandar masing-masing tengah membeli makanan. 
Gambar nie semasa menanti persembahan bermula dan bole lagi keluarkan kamera.  Jauhnya tempat duduk...
Teringat dengan dengan lakonan Sandra Sodhy sebagai Mrs Hew dengan rambut tingginya.  Antara dialog dia yang paling diingati apabila dia menulis di papan hitam
DWYL
LWYD 
 yang membawa maksud Do What You Love, Love What You Do.
Semua pelakon dan pengarah Hans Isaac dan Harith Iskandar  di akhir pementasan
Selepas pementasan pelakon-pelakon utama di sesi bertemu peminat. Dari kiri Puspha Narayan, Douglas Lim, Awie, Atilia dan Sandra Sodhy
Tunggu sekejap sahaja untuk ambil gambar bila mereka muncul selepas itu terus balik kerana masa tu dah pukul 11.45pm.

Monday, March 28, 2011

Coretan Kelapan - Kunjungan Seorang Kawan

Salam semua...
Pagi tadi tiba-tiba fon biru saya berbunyi dan nampak pemanggilnya adalah seorang kawan yang telah hampir setahun tidak berjumpa.  Pernah di suatu masa dahulu boleh dikatakan hampir setiap minggu dia akan berkunjung ke sini untuk kami berjumpa, makan-makan, jalan-jalan dan kadang-kadang hanya untuk menghabiskan masa bersama dengan cerita-cerita yang tak pernah selesai selain menonton tv bersama. Hhhrmmm those were the days....
Seperti biasa dia tidak banyak berubah, masih seperti dahulu juga... tapi pertemuan kami kali ini hanya sekejap sahaja kerana hambatan waktu dan kesibukan masing-masing,  Semoga masih ada lagi pertemuan di hari-hari mendatang.  Walaupun kadang-kadang dia tidak saya fahami sangat sukar untuk memahaminya, tapi dia merupakan antara kawan terbaik yang saya ada, pemurah, caring, penyayang dsb...  Cuma jika ada perkara yang dia tidak berkenan maka mukanya akan berubah dan cepat pulak merajuknya... susah jugak untuk memujuk...
Apa pun kau tetap kawan ku....

Sunday, March 27, 2011

Coretan Ketujuh - Masalah Seorang Sahabat

Salam semua...
Semua orang mengharapkan seorang sahabat yang dapat menjadi pendengar yang sangat baik bagi mendengar masalah.  Bukan meminta dia tolong selesaikan masalah kita dan bukan juga meminta dia menangis bila dengar masalah tersebut.... Cuma mengharapkan dia dapat mendengar masalah yang sedang dihadapi dan bagi nasihat, motivasi, pandangan  dan sebagainya.  Yang penting bagi sokongan selain merahsiakan masalah yang diceritakan.  RAHSIA tetap RAHSIA..
Jangan perlekeh masalah kecil orang lain walaupun masalah kita lebih teruk daripada mereka..mungkin dalam penceritaan masalah kecil mereka itu ada penyelesaian untuk masalah kita..dan mungkin juga mereka ada masalah lain yang lebih besar yang mana bagi kita ia hanyalah perkara kecil..

[JoyceNorwood-best-friends-p.jpg]
JUST BE THERE....when i need someone to talk to...

Saturday, March 26, 2011

Coretan Keenam - Earth Hour 2011

Salam semua...
Malam nie tepat jam 8.30 - 9.30 pm marilah kita sama-sama bergelap selama sejam untuk menunjukkan sokongan kepada program Earth Hour 2011.

manilaconcertscene:

Earth Hour 2011March 26,2011ANYWHERE in the world
Time: 8:30pm to 9:30pm(local time)
Show your support to save the earth! Turn off the lights for ONE HOUR only!
Manila Concert Scene supports Earth Hour 2011. Let’s all support Earth Hour 2011

Apa itu Earth Hour?Earth Hour merupakan acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF  bagi menangani masalah pemanasan global dengan menyarankan kepada seluruh dunia supaya tindak menggunakan peralatan elektrik selama satu jam pada hari sabtu terakhir bulan March.
Acara ini diilhamkan oleh WWF-Australia pada tahun 2007, sebanyak 2.2 juta rumah serta premis perniagaan memadamkan penggunaan lampu selama satu jam. Setahun kemudian, acara ini dianjurkan ke peringkat global dengan 50 bilion penduduk di 35 negara menyertai kempen ini. Mercu-mercu tanda seperti Golden Gate Bridge di San Fransisco, Colosseum di Rom serta Coca-cola Billboard di Time Square bergelap bagi menyokong kempen ini sebagai tanda keperihatinan terhadap pemanasan global.
Pada 28 March 2009- 8.30pm, Untk pertama kalinya Malaysia, menyertai Kempen "Earth Hour" secara rasmi. Untuk kempen kali ini, sasaran seramai lebih dari satu juta penduduk di 1000 buah bandar seluruh dunia memadam lampu yang tidak digunakan selama satu jam bagi menujukkan keperihatinan terhadap perubahan iklim (pemanasan global)
Oleh itu marilah kita semua rakyat Malaysia,  mengorbankan waktu kita selama satu jam untuk memadamkan suis lampu anda, pada 26 Mac 2011, pukul 8.30 malam hingga 9.30 sebagai tanda kita menyokong BUMI, dan mengatakan tidak kepada fenomena Pemanasan Global.. tindakan kita hari ni, mungkin mampu menyelamatkan masa depan generasi akan datang...
JOM PADAM SUIS LAMPU!!! :)

For more info, go to their official website http://www.earthhour.org.my

 

Tuesday, March 22, 2011

Coretan Kelima -

Salam semua...
Esok akan ke Kuala Kangsar untuk satu Bengkel (dulu selalu disebut mesyuarat, tapi sejak bajet dah ciput nie jadi bengkel pulak hissshhh....) di PPD Kuala Kangsar.  Memang pernah ke Kuala Kangsar sebelum ini tapi ke PPD nie, ini adalah kali pertama.  Jadi jenuh la tanya kawan-kawan dan cari di Google map dan Wikimapia. Tapi ada kekurangan jugak sebab kedudukan PPD tiada dalam peta-peta tersebut, tapi sebab dah tanya pada seorang kawan jadi dah dapat gambaran di mana kedudukan PPD KK.  Jadi insyaallah kalo sesat telefon je la kawan-kawan nanti.  Nie yang rasa kena beli GPS.  Tapi setakat keluar sekali sekali untuk mesyuarat rasa macam tak berbaloi pulak.
Esok jugak akan keluar keputusan peperiksaan SPM dan sebagai guru perasaan resah gelisah untuk melihat keputusan pelajar-pelajar tahun lepas tak dapat digambarkan.  Macam-macam persoalan bermain dalam minda.  Cemerlang ke? Ramai ke yang gagal? Pengajaran ku tahun lepas berjaya ke? Apa pun tunggu je la esok.  Walaupun dah boleh dapat gambaran untuk keputusan esok tetapi  doa dan harapan semoga keputusannya boleh dibanggakan.  Insyaallah....
 Selepas ke Kuala Kangsar akan terus balik ke kampung untuk satu urusan.   Percaya tak sepanjang berkhidmat sebagai guru tidak pernah sekali pun mohon CRK jika tidak ada urusan penting seperti kematian atau sakit pening.  Tapi kali ini cuti CRK terpaksa dipohon.  2 hari tau...  Satu rekod nie.  Tak pe la urusan ini lebih penting, semoga segalanya selesai dan dipermudahkanNYA. Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusan ku.. AMIN...  Jadi mungkin tidak ada entry untuk 2 atau 3 hari ini kerana tempat yang dituju tidak ada wifi dan saya jugak tidak ada broadband... tunggu balik rumah je la baru update balik.

Coretan Keempat - Hujan Pagi

snooze button cartoons, snooze button cartoon, snooze button picture, snooze button pictures, snooze button image, snooze button images, snooze button illustration, snooze button illustrations

Salam semua...
Pagi nie bila sedar dari tidur ketika jam berbunyi, rupanya hujan di luar.  Hrmm... kalo tido lagi bestnya, jadi jam yang berbunyi tu dibiarkan dalam mode snooze, jadi boleh tido dalam 5 minit lagi hehehe...  Tapi rupa-rupanya bukan jam tu diletak dalam mode snooze tapi STOP.  Aiyoh.... bila terjaga balik dari tido rupa-rupanya dah pukul 6.40 pagi, hujan masih lagi belum berhenti.  Cepat-cepat bangun mandi dan buat apa yang sepatutnya.  Masa nie la capai baju emergency. Baju emergency nie baju yang tak perlu digosok, jadi masa bangun lewat baju inilah yang dipakai.  Hanya perlu gosok tudung sahaja.   Saya nie jenis gosok baju di waktu pagi sebelum ke tempat kerja.  Jadi tau la betapa kelam kabutnya bila bangun lambat mana nak mandi, solat dan  gosok baju dan bersiap-siap. Tapi sesekali lambat dan kelam kabut nie seronok jugak... hehehe...

Bila hujan hari nie, jadi untuk melintas jalan mengambil masa kerana banyak kenderaan.  Ibubapa menghantar anak masing-masing ke sekolah dengan kereta dan tidak ada pelajar yang berjalan kaki.  Disebabkan rumah berhadapan dengan sekolah, dan untuk ke tempat kerja pintu pagar sekolah ini akan ditempuh menjadikan jalan begitu sibuk sekali dengan kereta keluar masuk.  Nampaknya sampai ke sekolah lebih lewat dari biasa.

Monday, March 21, 2011

Coretan Ketiga - Hari Pertama Sekolah Selepas Cuti

Salam Semua...
Hari nie hari pertama sekolah selepas cuti selama seminggu.  Seperti biasa setiap hari Isnin dan terutama hari pertama persekolahan, jalan lebih sibuk dari biasa, masing-masing mahu cepat sampai ke destinasi yang ditujui.  Walaupun jarak di antara rumah dan tempat kerja dekat sahaja, (kalau tiada trafik boleh sampai dalam masa 2 minit sahaja, tapi kalau hari hujan pernah ambil masa 20 minit baru sampai) tapi hari nie sebab trafik lebih dari biasa jadi ambil masa dekat 10 minit baru sampai.  Yang hairannya pelajar-pelajar sekolah sama ada yang berbasikal, jalan kaki atau dihantar oleh ibubapa tidak menghiruakan tentang keselamatan diri sendiri.  Melintas jalan ikut suka tanpa pandang kiri atau kanan.  Kita yang memandu harus berhati-hati dengan mereka.
gambar ihsan google

Balik dari cuti nie banyak cerita dari rakan-rakan tentang cuti mereka.  Seronok mendengar pengalaman dan cerita masing-masing....

Sunday, March 20, 2011

Coretan Kedua - Cuti Dah Nak Habis...

Salam semua...
Esok dah mula kerja semula selepas cuti seminggu. Hrmmm.... macam tak cukup je cuti nie.  Apa yang saya buat masa cuti seminggu nie?
1. Kelas tambahan Sejarah untuk program Al-Falah untuk pelajar seramai 25 orang. Pelajar-pelajar nie pelajar harapan sekolah untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM 2011. Insyaallah...
2. Balik kampung Taiping la tu bersama my brother Joel yang datang dari KL hari Jumaat tu, hari Sabtu selepas selesai program Al-Falah di sekolah.
3. Hujan lebat sangat petang Sabtu tu jadi tak ke mana-mana kecuali Pasar Malam dan makan kuey teow di kedai Samah.  Rasa macam kurang ummpphh sikit kali nie.
4. Pagi Ahad tu ada urusan yang perlu dilakukan sebelum bertolak ke Kuala Lumpur bersama-sama my brother Joel.
5. Makan di Wadi Hadramawt
6. Tonton Hikayat Merong Mahawangsa di Mid Valley show pukul 11.15 am dan malam tu tonton LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal di Istana Budaya
7. Balik semula ke tempat mencari rezeki ku pada hari Khamis
8. Jumaat pegi dentist untuk cuci gigi yang dah lama tak buat. Selepas tu cari lampu untuk living hall yang dah ada problem....
9. Siapkan kerja untuk SOLAF 1

Wah macam banyak jugak yang telah dilakukan....  Nanti bila-bila buat entry tentang cuti nie...

 Esok jangan lupa pegi kerja... cuti dah habis

Coretan Pertama..

Salam semua...
Hahaha... nie kiranya blog personal saya yang ke-3, tu belum lagi kira blog yang dibuat untuk tujuan kerja yang kebanyakannya dah terbengkalai (bukan saja biarkan blog-blog tue bersawang dan reput tapi sebab penat-penat buat tak ada yang mengunjungi hehehe alasan yang klise....) Saja nak buat blog baru, blog yang lama tu masih lagi wujud tapi saja la.  Tak kira la tak de pengunjung pun tak pe, jadi bole la letak citer-citer yang privacy sikit... hehehe....

Tapi takut la jadi macam dulu masa memula berblog bukan main lagi ada je entry terkini, tapi lama kelamaan makin kurang dan tak ada langsung... Moga kali nie baik sikit dari dulu, azam berblog baru nie wahh...
Wish me luck okay...
famous blogger
Wah... berangan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??