Monday, December 31, 2012

Tahun Baru 2013

Salam semua...
Pejam celik, pejam celik tahun 2012 akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Betapa cepatnya masa berlalu tanpa kita sedari dahpun di ambang tahun baru.  Maka masing-masing mulalah menanam bermacam-macam azam sempana datangnya tahun baru, tapi pencapaiannya tidak pernah 100% tercapai hrmmm... Tak pe la kan janji ada jugak usaha untuk mencapai azam tersebut walaupun mungkin tidak sepenuhnya (mana la nak capai azam tue).

Apa pun di tahun 2013 macam kata-kata di atas, "In 2013, I just want to be happy".  Rasanya semua orang inginkan hidup yang lebih gembira, kesihatan yang lebih baik disamping kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan.  Moga Allah mempermudahkan segalanya InsyaAllah.

Disamping itu kita juga perlu redha dengan apa sahaja ketentuanNYA kerana Dialah perancangan yang paling hebat.  Moga kedatangan tahun 2013 akan membawa sinar bahagia dan kejayaan kepada kita semua, dunia yang lebih aman dan harmoni.  Amin...

Sunday, December 30, 2012

Ahad Terakhir

Salam semua...
Hari nie merupakan Ahad terakhir untuk tahun 2012. Esok hari terakhir 2012 dan lusa kita akan melangkah ke tahun baru 2013.  Kejap je masa berlalukan dah di ambang tahun baru 2013.  Usia pun semakin meningkat sedangkan pencapaian masih tidak seberapa.  Kadang-kadang dah rasa malas untuk berazam di tahun baru sebab selalunya mula-mula sahaja bersemangat, masuk ke pertengahan malahan di suku tahun pun segalanya dah mula dilupakan.  Rasanya sepatutnya kita berazam setiap hari bukan di tahun baru sahaja.
Sekolah pun sudah nak bermula dan selalunya di awal tahun banyak kerja yang perlu dilakukan jadi mungkin agak sibuk.  Banyak cerita yang hendak diblog, tengok la akan dicari masa untuk update blog.  Cuti sebulan nie ada la jugak cerita yang boleh diuplodkan, walaupun mungkin tak seberapa je.

Kata-kata di atas ambil kat Fb je, rasa macam amat bermakna je.  Iye la sebagai manusia kita sering melakukan kesilapan dan tutur kata kadang-kadang mungkin tidak terjaga hingga menyebabkan ada yang terasa dan marah.  Sangat berharap moga kedatangan tahun baru ini, akan dapat dijaga semuanya dan lebih baik dari sebelumnya.  Apa pun semoga kesilapan dan kekhilafan yang dilakukan akan dapat dimaafkan.

Tuesday, December 25, 2012

Habibie dan Ainun


Salam semua...
Hari nie antara aktiviti yang dilakukan adalah menonton wayang di bioskop Grand Palladium Medan. Tayangan bermula 12.15 pm waktu Medan atau Waktu Indonesia Bagian Timur (WIT).  Movie yang ditonton adalah Habibie dan Ainun. Boleh baca sinopsisnya di bawah nie.  Kisah cinta antara bekas Presiden Indonesia BJ Habibie dan isterinya Ainun bekas wanita pertama Indonesia yang kemudiannya meninggal disebabkan kanser rahim.  Sebuah kisah cinta agung yang sangat menarik untuk ditontoni.  Nie taip dan copy paste menggunakan komputer di lobi hotel jadi leceh la nak guna lama-lama. Ok nanti sambung lagi dengan cerita-cerita lain pulak.
HABIBIE & AINUN 
Sinopsis nie copy paste je dari Cinema 21 :
Ini adalah kisah tentang apa yang terjadi bila kau menemukan belahan hatimu. Kisah tentang cinta pertama dan cinta terakhir. Kisah tentang Presiden ketiga Indonesia dan ibu negara. Kisah tentang Habibie dan Ainun.

Rudy Habibie seorang jenius ahli pesawat terbang yang punya mimpi besar: berbakti kepada bangsa Indonesia dengan membuat truk terbang untuk menyatukan Indonesia. Sedangkan Ainun adalah seorang dokter muda cerdas yang dengan jalur karir terbuka lebar untuknya.

Pada tahun 1962, dua kawan SMP ini bertemu lagi di Bandung. Habibie jatuh cinta seketika pada Ainun yang baginya semanis gula. Tapi Ainun, dia tak hanya jatuh cinta, dia iman pada visi dan mimpi Habibie. Mereka menikah dan terbang ke Jerman.

Punya mimpi tak akan pernah mudah. Habibie dan Ainun tahu itu. Cinta mereka terbangun dalam perjalanan mewujudkan mimpi. Dinginnya salju Jerman, pengorbanan, rasa sakit, kesendirian serta godaan harta dan kuasa saat mereka kembali ke Indonesia mengiringi perjalanan dua hidup menjadi satu.

Bagi Habibie, Ainun adalah segalanya. Ainun adalah mata untuk melihat hidupnya. Bagi Ainun, Habibie adalah segalanya, pengisi kasih dalam hidupnya. Namun setiap kisah mempunyai akhir, setiap mimpi mempunyai batas. Kemudian pada satu titik, dua belahan jiwa ini tersadar; Apakah cinta mereka akan bisa terus abadi?

Monday, December 24, 2012

Di Medan...


Salam semua...
Dah sampai Medan dalam pukul 11.30 pagi tadi dari Berastagi. Perjalanan sejauh 130km dan ambil masa lebih kurang 1jam setengah mengikut kata Pak Ardi tapi tadi dalam dua jam baru sampai.  Perjalanan macam turun dari Cameron Highland ikut laluan Tapah dan sangat mencabar.  Walaupun jalan bengkang-bengkok tapi Pak Ardi tetap memotong di mana yang boleh.  Wah.. memang kena berani untuk drive di Indonesia nie. Hari nie pun update blog di lobi hotel dan guna komputer hotel je senang sikit nak menaip jika dibandingkan guna handphone tapi tue la gambar tak dapat la nak letak di sini kecuali gambar nie yang upload melalui instagram dan fb boleh la cilok copy paste dan letak di blog.
Nie gambar semalam semasa singgah di air terjun Sipiso-piso one the way ke Berastagi. Pemandangan memang cantik dan ada kawan kata macam New Zealand.  Iye memang cantik cuma sayangnya tempat tersebut tidak berjaga dengan rapi.  Nanti la ada masa akan di blog cerita ceriti tentang ke Medan ini.  Insyaallah...
 
Ooo... sampai di Medah hari ini telah ke Istana Maimon, Pasar Ikan, ke beberapa shopping complex dan round-round Medan .  Di sini bermalam di Hotel Swiss-Belinn di Jalan Surabaya.  Ok la nanti akan sambung lagi.

Sunday, December 23, 2012

Bermalam Di Berastagi

Salam semua...
Dari Parapat, Danau Toba pergi ke Berastagi dan on the way singgah di air terjun Sipiso-piso yang mengambil masa lebih kurang tiga jam. Nak letak gambar tak bole sebab internet connection yang sangat slow kejap ada kejap tak de. Nie pun kena duduk di lobi hotel baru ada line. Dalam bilik langsung tak ada, bagi password je hrmmm...
Sekarang berada di Berastagi dan bermalam di Sibayak International Hotel and Cottage. Berastagi nie terletak di tempat tinggi jadi cuaca memang sejuk macam Cameron Highland. Nanti la bila balik nanti baru letak gambar dan cerita itu pun kalau rajin dan ada masa.

Cuti-cuti Di Medan

Salam semua...
Hari kedua di Lake Toba. Bermalam di Sapadia Hotel and Cottage, Parapat. Lepas nie akan ke Berastagi.

Friday, December 21, 2012

Perjalanan Ke KL

Salam semua...
Semasa dalam perjalanan ke KL tiga minggu lepas, terpaksa menghadapi jem bila saja masuk ke lebuhraya di Sungkai sebab ada lori terbakar berdekatan tol Slim River. Jadi dari tol Sungkai ke Slim River mengambil masa sejam setengah sebab kereta bergerak sangat perlahan.  Hari nie pulak bila ke KL sekali lagi terjumpa dengan kontainer yang terbakar selepas berhenti di RnR Ulu Bernam.
Nasib baik kali nie jalan tak jem pun.  Dari jauh dah nampak kepulan asap dan anggota bomba sedang memadamkan kebakaran.
Mungkin masa tue dalam pukul 12.30 tengahari kereta belum banyak lagi di lebuhraya jadi jalan ok tidak jem walaupun hanya satu laluan sahaja dibuka.
Gambar nie ambil sambil memandu (kalau JPJ nampak sure kena saman) jadi yang terakhir nie blur sikit. nampak tak kontainer tue terbakar, asap banyak keluar dari dalam kontainer.  Apa pun alhamdulillah perjalanan selepas itu berjalan lancar.

Sunday, December 16, 2012

Alhamdulillah Selesai Akhirnya...

Salam semua...
Tak ada apa lagi yang nak diucapkan selain Alhamdulillah padaMu Ya Allah kerana akhirnya selesai juga kerja-kerja rutin akhir tahun. Sebenarnya agak lambat siap jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain tapi apa pun tetap bersyukur kerana selesai juga di dalam masa yang ditetapkan.  Sekarang apa yang perlu dilakukan adalah meyiapkan sedikit lagi kerja seperti laporan dan sebagainya.  Selepas mesyuarat barulah boleh menikmati cuti sepenuhnya yang hanya berbaki lagi dua minggu.

Friday, December 14, 2012

1.2.34 - Satu Lagi Tarikh Istimewa

Salam semua...
Hari Rabu yang lepas kecoh sana-sini dengan tarikh 12.12.12.  Berebut-rebut nak jadikan tarikh itu sebagai satu tarikh yang istimewa dalam hidup.  Tapi sedar tak hari nie pun cantik jugak tarikhnya. 1.2.34, tapi tue la bila tarikh dalam kalender Islam jadi ramai yang tak perasan.  Sebab kadang-kadang kita, walaupun pun orang Islam tidak sedar akan kalender Islam.  Bila tanya sekarang bulan apa dalam kalender Islam?  Ramai la yang tergaru-garu kepala dan mula cari kalender untuk dapatkan jawapan.  Jadi selepas ini moga kita semua lebih perihatin akan tarikh dalam kalender Islam dan bukan hanya ambil berat bila di bulan Ramadhan, Syawal dan tarikh-tarikh tertentu sahaja.  Ini peringatan untuk diri sendiri juga...

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 - Tarikh Istimewa

Salam semua...
Mulai pukul 12 tengah malam tadi lagi ramai yang dah letak tentang tarikh istimewa ini di status Fb mereka.  Buka Fb kebanyakan memperkatakan tentang tarikh ini.  Apa istimewanya tarikh nie?  Hanya orang yang ada peristiwa untuk diraikan dapat rasakan keistimewaan tarikh nie.  Ada yang berebut-rebut memilih tarikh ini untuk memeteraikan hari istimewa mereka.  Bagi saya tarikh nie sama je macam hari-hari yang lain hrmmm...

Friday, December 07, 2012

Doaku Di Hari Jumaat Ini

Salam semua...

Pen Merah

Salam semua...
Dalam masa sebulan nie, pen merah nie la yang mewarnai hidup. Dari mula bangun pagi hingga la ke tengah malam, malahan sampai ke pagi pun pen-pen merah ini akan menari-menari.  Tapi biasa la di hari yang tak berapa nak rajin, akan berhenti la pen merah ini menari-nari, duduk diam saja di situ menunggu untuk di guna kembali.  Begitu la kebiasaannya di hujung tahun bila terikat dengan kerja-kerja rutin ini.
 
Dalam masa sebulan ini jugak dalam kepala nie penuh dengan kod-kod dan simbol yang perlu diingati.  Asyik la F5, F2, H2d, H4, M1, M2 dan lain-lain lagi.  Penat dah rasanya,  Apa pun kerja perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan integriti.  Moga semua dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.

Wednesday, December 05, 2012

Westlife - My Love

Salam semua...

"My Love"
An empty street, an empty house
A hole inside my heart
I'm all alone, the rooms are getting smaller.
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

[Chorus:]
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again... my love.

I try to read, I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop to keep myself from thinking. (oh no)
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again...

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from the heart
You're all I'm thinking of

Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take its there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again... my love.

Say it in a prayer (my sweet love)
Dreams will take it there
Where the skies are blue (woah yeah), to see you once again my love. (oh my love)
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again.... My Love.

Sunday, December 02, 2012

Jumpa Kawan Lama - Noorazilah

Salam semua...
Bila datang ke KL mesti contact Noorazilah dan ajak jumpa.  Selalunya spot yang kami sering berjumpa kat mana lagi kalau tak area Masjid Jamek senang sebab saya dari LRT Bandar Tun Razak dan Zilah dari LRT Kelana Jaya.  Jalan-jalan kat Jalan TAR tengok-tengok kain dan tudung, selalunya tak beli pun dan berhenti makan sambil sembang-sembang.  Hari nie pun jumpa lagi di LRT Masjid Jamek dan terus je masuk di sebuah kopitaim untuk sembang-sembang, tak jalan ke mana pun kerana tak lama selepas tue hari pun hujan dengan lebatnya.  Zilah nie kawan baik semasa belajar di ITM, Shah Alam lagi.  Tak pernah putus hubungan walaupun selepas habis belajar sampailah sekarang. Lama dah tue....
Photo: Minum petang dengan Zilah... Di hujan yang lebat @ Jalan Tun Perak, KL
Happy sangat dapat berjumpa dengan Zilah sambil sembang-sembang dan berkongsi cerita tentang kehidupan seharian.  Macam-macam cerita bertukar ganti sambil bertukar pendapat dan idea.  Selalu mengharapkan dan berdoa agar Zilah selalu sihat dan gembira disamping keluarga tercinta... Doakan saya jugak ye Zilah my dearest friend...:$:$:$

Saturday, December 01, 2012

Disember - Hujung Tahun 2012

Salam semua...
Mulai semalam dah pun berada di Kuala Lumpur.  Kononnya ada dinner dengan rakan-rakan sekolah malam nie. Tapi tue la bila last minute ada yang cancel dan respon pun tak seberapa terus la program nie di tangguhkan.  Hrmmm nak buat cam mana kan... Nie la susahnya kalau jadi organizer dah kawan-kawan tak respon sama ada nak datang atau tidak untuk majlis tue.  Nasib baik sekarang ada whatapps dan Fb senang nak berhubung dan free pulak tue.  Tapi tetap kena call dan sms yang mana memang memerlukan fulus kan.. memang kena guna duit sendiri untuk call dan sms kawan-kawan.  Frust jugak kalau tau lambat lagi datang KL nie, datang untuk majlis akad nikah anak saudara. Nie kalau balik nanti nak datang balik 8 Disember so duk diam-diam je la kat KL nie buat keje.  Semua keje-keje dibawa bersama, minta-minta banyak yang dapat disiapkan. Hahaha... bole caya ke??
Mulai hari nie dah pun bermula cuti sekolah untuk kami guru-guru yang mengajar di KV.  Sedangkan guru-guru sekolah yang lain dah 3 minggu bercuti huhuhu.... Tak pe la ada jugak cuti so enjoy....

Hari nie dah pun 1 Disember 2012, sangat-sangat cepat masa berlalu. Kejap je kita dah pun berada di penghujung tahun 2012. tinggal bulan Disember je lagi sebelum kita melangkah ke tahun dan lembaran baru 2013.  Jadi sangat berharap semoga di bulan terakhir ini akan ada berita gembira atau apa-apa saja yang akan menceriakan hujung tahun 2012. Insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??