Sunday, September 30, 2012

Majlis Aqiqah 2012

Salam semua...
Setiap tahun sehari sebelum Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang, akan diadakan Majlis Aqiqah di mana daging dari aqiqah akan digunakan untuk kenduri makan tengahari selepas majlis anugerah keesokkan harinya.  Daging aqiqah nie adalah sumbangan dari guru-guru, kakitangan dan juga AJK PIBG yang mengambil bahagian.
Tahun ini dua ekor lembu telah ditumbangkan dan dengan bantuan guru-guru dan para pelajar, daging dipotong-potong beramai-ramai dan dihantar ke dewan makan untuk dimasak keesokkan harinya.
 
Lembu telah disembelih dan dilapah di luar dan dagingnya dihantar ke sekolah untuk dipotong dan dibahagi-bahagi kepada yang mengambil bahagian. Sebelum ini, lembu disembelih di sekolah juga, tapi disebabkan mengambil masa yang panjang untuk dilapah dan sebagainya jadi tiga empat tahun kebelakangan ini lembu disembelih dan dilapah siap-siap di luar.
Gambar-gambar di atas adalah proses memotong daging untuk dimasak mengikut potongan yang dikehendaki oleh pengusaha dewan makan. Dengan pertolongan para pelajar sekejap sahaja tugas-tugas memotong daging selesai.
 Daging yang telah siap dipotong dan menunggu untuk dihantar ke dewan makan untuk dimasak daging masak hitam dan kari.
Di satu sudut hujung padang, sekumpulan pelajar membersihkan perut lembu untuk diberikan kepada sesiapa yang berhajat.
Untuk mereka yang melakukan kerja-kerja pada petang Jumaat tersebut jugak disediakan jamuan minum petang iaitu bihun dan kuih-muih.
Tulang-tulang lembu tadi pula yang telah dipotong dihantar ke kumpulan yang akan memasak untuk dibuat sup tulang untuk jamuan sebelah malam.  Sup ini akan dimakan beramai-ramai bersama-sama warga sekolah.  Ni nanti kalau rajin buat satu entry lain.

Saturday, September 29, 2012

Alhamdulillah, Terima Kasih Semua...

Salam semua...
Selesai sudah MARA 2012 atau Majlis Graduasi, Anugerah Kurikulum dan Kokurikulum Serta Aqiqah 2012, alhamdulillah dan syukur kerana majlis berlangsung dengan lancar dan cuaca pun baik hari ini walaupun dua tiga hari sebelum ini setiap pagi hujan.  Rasa sangat lega dengan selesainya satu program.  Sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini dengan memberi pelbagai bantuan, dorongan, semangat dan pendapat dalam menjayakan majlis hari ini.  Kepada rakan-rakan guru, kakitangan sekolah dan para pelajar hanya ucapan terima kasih yang dapat diberikan dan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
Selepas ini, bersiap pula untuk satu lagi program yang akan dijalankan pertengahan bulan Oktober.  Semoga program ini akan mendapat kerjasama dari semua pihak dan berjalan lancar. Insyaallah.

Esok Harinya..

Salam semua...
Hari nie agak sibuk dengan majlis aqiqah di sebelah petang dan jamuan sup sebelah malam. Sebelah pagi tadi diadakan latihan persembahan sekali lagi dan selesai latihan Pengetua berjumpa dengan semua ahli nasyid dan menegur di mana kekurangan dan kelebihan mereka.
Bila ada dua kumpulan nasyid yang membuat persembahan iaitu kumpulan pelajar lelaki dan perempuan maka terdapat persaingan yang sihat antara keduanya.  Kedua-dua ingin menunjukkan persembahan yang terbaik. Sebab itu mereka tidak jemu-jemu mengadakan latihan.
 Kalau tengok gambar-gambar nie, sudah nampak ada perubahan di pentas. Sedikit-sedikit cikgu Dean mula menyiapkan kreativitinya terhadap hiasan pentas.
Sangat berharap program MARA 2012 yang akan berlangsung esok akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang besar.  Moga cuaca juga cerah esok. Aamiin...

Thursday, September 27, 2012

Raptai Penuh

Salam semua...
Ok nie entry last tentang raptai hahaha... tue je la citer yang ada dalam minggu nie.  Esok tak de raptai dah tunggu hari kejadian je pada hari Sabtu nanti.  Hari ini bermula jam 8.00 pagi bermulanya raptai penuh untuk MARA 2012.  Jadi semua yang dirancang cuba dilaksanakan sebaiknya.
 Majlis dimulakan dengan paluan kompang yang mengiringi tetamu dari depan pejabat sekolah ke dewan.  Hari nie Pengetua diminta untuk menjadi tetamu kehormat.

Raptai menerima sijil dilakukan untuk semua pelajar dan selain raptai persembahan.  Kumpulan nasyid lelaki dan lagu puisi seperti di gambar bawah,
Kumpulan nasyid pelajar perempuan yang baru sahaja menyertai pertandingan nasyid dipanggil untuk memberikan persembahan hari Sabtu nanti.
 Latihan untuk pelajar diteruskan dengan meminta Cikgu Hasnin menjadi penyampai hadiah.
 Sebelum bersurai sekali lagi pelajar diberi taklimat dan diterangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa majlis berlangsung.
 Sebelum balik petang tadi, back drop mula dipasang sementara pelajar-pelajar melakukan latihan persembahan.

Van Terbakar

Salam semua...
Selesai melakukan beberapa perkara setelah balik dari sekolah, baru balik ke rumah dan masa nie terima satu sms dari Salina yang mengatakan ada satu van terbakar berhampiran dengan rumah.  Bila sampai van yang terbakar tue telah dipadam kebakarannya dan bomba masih lagi dalam usaha memadamkan kebakaran yang mungkin masih lagi bersisa.
Cuma lihat dari jauh sahaja tak la pulak pegi ke tempat kejadian.  Nampak ramai yang memerhatikan kebakaran dan pelajar sekolah sebelah pun melihat kejadian tersebut.
 Ok zoom sikit kamera, nampak tak bomba sedang memancutkan air ke arah van tersebut.
Tak pasti pulak van apa yang terbakar nie, sama ada van yang membawa pelajar sekolah atau persendirian.  Bila fikir alhamdulillah nasib baik hanya satu van sahaja yang terbakar dan tidak merebak ke tempat lain.

Doaku Hari Ini - Khamis

Salam semua...

Wednesday, September 26, 2012

Raptai Hari Ketiga

Salam semua...
Petang nie sekali lagi raptai diadakan untuk pelajar-pelajar.  Terpaksa buat dua kali pada sebelah petang kerana tidak mahu mengganggu P&P pada sebelah pagi, dan bila dijalankan sebelah petang waktu begitu singkat jadi perlu diadakan sebanyak dua kali untuk kerja-kerja menyusun pelajar dan sebagainya.
Kerja-kerja untuk menghias pentas telah mula dilakukan.  Back drop baru sahaja siap dan mungkin akan dipasang esok.  Mengikut kata Dean, kerja-kerja menghias pentas hanya akan siap sepenuhnya pada hari Jumaat supaya ada unsur-unsur surprise pada pagi Sabtu itu.  Wah tak sabar nak tengok pentas bila siap nanti.
Cikgu-cikgu yang bertugas turut berada di dewan untuk membantu perjalanan raptai yang dijalankan disamping mengawasi disiplin pelajar
Pelajar-pelajar yang telah mengambil tempat masing-masing untuk raptai yang yang diadakan petang tadi bermula pukul 3.00 petang sehingga pukul 5.15 petang.
Raptai hari nie bermula dengan menyambut ketibaan tetamu kehormat bermula dari pejabat sekolah dengan paluan kompang sehingga masuk ke dalam dewan.
Pelajar 5 SKM 1 yang memang suka bergambar dan Hazli dalam gambar di bawah nie memang minta diambil gambarnya semasa latihan dijalankan.  Jadi ambil la dan letak di sini.
Raptai untuk persembahan juga turut diadakan iaitu persembahan lagu puisi dan nasyid.  Semoga semuanya berjalan lancar seperti dirancangkan.
Esok Khamis, raptai penuh dan terakhir akan diadakan sebelum berlangsungnya Majlis Graduasi, Anugerah Cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum Serta Aqiqah 2012, pada 29 September 2012 hari Sabtu.

Cucu Kedua

Salam semua...
Alhamdulillah pagi nie tak sure pulak pukul berapa Muhsin dan isterinya Siti Zubaidah telah selamat menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.  Anak perempuan seberat 3.2 kg.  Ini bermakna Kak Chah dah pun menjadi seorang nenek dan ini merupakan cucu saudara kedua dalam keluarga. Nama pun tak tau lagi.  Semoga membesar menjadi anak yang solehah. Aamiin... Gambar ambil dari fb Ocin...

Raptai Hari Kedua

Salam semua...
Pagi nie pun hujan lebat lagi seperti semalam.  Hari nie ke SMKSM yang terletak di sebelah sekolah je untuk satu sesi ceramah juga.  Mungkin ini yang terakhir untuk tahun nie, tahun depan rasanya tak akan involve lagi untuk program-program seperti ini.  Tambahan pelajar tingkatan 5 dah tiada tinggal pelajar kolej sahaja.
 Entry nie patutnya letak semalam tapi tue la seperti biasa alasannya tak tau sibuk apa entah menyebabkan tak sempat untuk letak semalam.  Jadi dalam masa terluang sikit nie dan sementara menunggu untuk raptai pada petang ini cuba masukkan jugak cerita semalam petang.
 Raptai semalam melibatkan semua pelajar tingkatan 5 yang akan menerima sijil graduasi dan penerima anugerah kurikulum dan kokurikulum.
Cikgu Suhaimi sebagai Pengurus Aturcara memberi taklimat kepada para pelajar tentang perjalanan majlis yang akan berlangsung pada 29 September 2012 ini.
 Selepas itu Puan Hajah Zamrudah pulak selaku  ketua Pengurusan Graduan pulak memberi taklimat kepada para pelajar.
 Setelah selesai semua taklimat diadakan pula raptai persembahan nasyid dan juga lagu puisi. Blur pulak gambar di bawah nie.  Sangat berharap semua yang dirancang berjalan lancar.  Apa pun kerjasama dari semua pihak sangat-sangat dihargai dalam menjayakan program ini.  Semoga program berjaya dilaksanakan tanpa masalah yang besar, insyaallah.

Doaku Hari Ini - Rabu

Salam semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??