Friday, October 21, 2011

193 - Famous ABC in Taiping

Salam semua...
Di bawah bangunan Larut Matang di sebelah hujung ada sederet gerai-gerai yang menjual ABC dan minuman.      Memang sangat terkenal dulu-dulu masa zaman persekolahan terutama bila stesen bas Taiping masih di tempat lama.  Jadi sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah singgah dulu minum di sini.  Pelajar-pelajar yang balik dari kelas tuition jugak mesti minum dulu di sini sebelum mengambil bas untuk balik ke rumah.  Sekarang tak tau macam mana...
Minggu lepas singgah di salah satu gerai untuk menikmati ABC dan minum-minum.  Lama betul tak minum-minum di sini. Selalu minum cendol je di gerai sama ada Cendol Bismillah atau Ansari.  Kali nie nak cuba ABC la.
Semua gerai nie jual ABC dan minuman kecuali di hujung ada menjual laksa, kuey teow dan makanan goreng lain.
 Ok nie white mountain.  Ais yang disagat dan diletak dengan susu cair diatasnya sebab tue la nama white mountain.  Memang macam gunung yang putihkan...  Satu lagi yang famous adalah black mountain dengan atasnya diletak gula merah.  Di bawah ais tue ada kacang dan jagung.
 Selain tue order jugak ABC yang sebelah kanan dan kiri tue adalah ais bo bo cha cha.  Ada ubi keledek rebus dalam tue selain kacang pinggang dan kacang goreng.  Atas tue diletak gula merah.  ABC tue biasa la macam ABC lain.  Sedap... kedua-duanya macam dulu-dulu.
Nie satu lagi air nenas.  Kurang best sebab terasa nenas tue muda.  Selain tue bungkus air jagung tapi tak de la ambil gambar yang rasanya, boleh tahan sedap.

2 comments:

omar hanif said...

awak xcuba bubur cha cha ice dan black ke? tu sedap

omar hanif said...

awak xcuba ke black n white sugar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??