Monday, October 06, 2014

Homemade Good Luck Card

Salam semua...
Kad nie dah buat lama sebenarnya kalau tak silap awal tahun dalam bulan Mac lepas kot.  Kawan yang minta tolong buatkan untuk anak dia yang akan menghadapi SPM hujung tahun ini.  Baru-baru  nie dia minta untuk buat satu lagi kad good luck untuk anak dia sebab SPM dah tak lama dah kan.
Jenuh nak fikir nak buat macam mana pulak kad kali nie.  Dia minta kalau boleh gunakan colour yang striking dan colourful.  Ye la... kad nie macam tak ceria pun kan...
Ok nanti kalau dah siap akan tunjuk dalam blog nie insya Allah. 

Sunday, October 05, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam semua...
Hari nie 10 Zulhijjah 1435 Hijriah, Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qorban.  Nampaknya tahun nie raya di Manjung saja dan macam tak de sambutan pun sebab tak de pun masak ketupat atau rendang.  Sebab bila raya tanpa ketupat dan rendang nie macam tak berseri je tambah tak de sapa-sapa pun yang datang berhari raya bersama huhuhu...
Cuma masak mee kuah je untuk hari raya nie dan beli kek karamel dari jiran sebelah rumah. Semalam dah petang baru ke kedai untuk cari bahan-bahan untuk memasak, banyak benda yang dah habis jadi masak je la dengan apa yang ada.  Alhamdulillah.... ada jugak kawan yang berkunjung jadi hidang mee kuah nie je la... sebenarnya tak tau nak panggil mee rebus atau mee kari bila ditanya senang cakap je mee kuah sebab berkuahkan. 
Ok selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua...

Tuesday, September 30, 2014

Main Masak-masak

Salam semua...
Nie citer main masak-masak hari Ahad, 28 September 2014 baru nie tapi baru nak coret di dalam blog nie... hari Selasa dah pun.  Ye la bila dah lama tak menulis, susah sikit nak keluar idea.  Jadi kita mula dengan coret pasal masakan la.  Tak tau la pulak lepas nie 5 bulan lagi baru nak coret apa-apa lagi hehehe....

Adik yang bongsu datang ke rumah hari Ahad baru nie dan pagi tadi baru balik semula ke rumahnya di Kota Warisan sebab dia standby awal pagi esok, sebab tue balik awal katanya.  Hari Raya Aidil Adha nie dia tak cuti sama jugak masa Hari Raya Aidil Fitri kena kerja.  Jadi kononnya nak masak something special la... tapi special ke???
Menu biasa-biasa je, tapi akak pagi-pagi lagi dah ke dapur untuk masak-masak.  Jadi menu hari Ahad tue sambal ikan bilis dengan petai.  Petai nie beli minggu lepas lagi sampai 2 ikat sebab penjual di pasar Manjung tue jual murah RM3.00 untuk 2 ikat sebab dah nak kecut petai-petai tue.  Walau bagaimana pun rapat-rapat buahnya, tapi  rupa ada orang dalamnya, tue yang dia nak cepat habis stok.  Hrmmm...
Masak jugak ketam masak lemak cili apa.  Ingat nak letak nenas tapi malas pulak nak keluar beli...  Ketam nie pun beli minggu lepas di Kampung Sitiawan hehehe... masa beli tue ketam nie baru je naik dari bot nelayan dan tengah gerak-gerak lagi.

Mesti ada sayurkan jadi masak kacang buncis dengan capsicum goreng je.  Ok la tue nie kira banyak dah lauk pauknya.
Kemudian buat jugak sambal nie tak tau la nak nama apa.  Belajar buat dengan Belkies, dia panggil sambal medan. tapi tak la sesedap air tangan Belkies.  Bahan-bahannya cili merah, cili api, bawang merah dan putih, tomato dan belacan. Goreng bahan-bahan tue dan kemudian tumbuk dan perah limau.
Ok sambal tue untuk cicah dengan tempe dan jugak terung goreng.  Ada jugak timun tapi lupa nak ambil gambar.  Ok tue la menu yang disediakan hari Ahad baru nie.  Petang tue masak pulak rendang ayam dan rebus ketupat plastik.  Kesian pulak nanti raya Boboy tak cuti jadi tak dapat nak makan ketupat rendang.  Tapi lupa la nak ambil gambar ketupat dan rendang tue..... abis dah pun.
Alhamdulillah...  Moga tak sampai 5 bulan untuk entry seterusnya hehehe...

Saturday, September 27, 2014

Nak Buat Apa....

Salam semua...
Sakitnya hati, marah, sedih dan macam-macam lagi rasa bila kena tipu hidup-hidup. Memang dah syak tapi kena hadap jugak nampaknya... bila la nak berubah dan insaf.  Apa pun sentiasa doakan yang terbaik.

Monday, September 22, 2014

Salam semua...
Tiba-tiba buka blog dan teringin nak update blog yang dah lama ditinggalkan...

Thursday, February 20, 2014

Hujan Rahmat Di Bumi Manjung

Salam semua...
Setelah hampir dua bulan ehhh... ke sebulan lebih rasanya tak hujan, hari nie dengan lebatnya hujan turun. Alhamdulillah syukur sebab cuaca memang sangat panas sekarang.  Dalam pukul 3.00 petang tadi, dalam perjalanan ke SK Dato Ishak, Teluk Muruh, Lumut memang dah nampak langit mendung dan gelap seperti hujan akan turun.  Sebelum sampai di destinasi yang dituju hujan turun dengan lebatnya.
Tujuan ke SK Dato Ishak dengan beberapa orang rakan adalah untuk melihat tapak pameran untuk Program Karnival Profesor Turun Padang Perak 2014 yang akan berlangsung selama dua hari dari 21 - 22 Februari 2014.  KVSM diberi satu khemah untuk diadakan pameran promosi, inovasi dan jualan barang-barang dari School Enterprise.
Bila sampai di padang sekolah memang telah siap khemah-khemah pameran dan pentas tapi padang memang dipenuhi dengan air.  Macam mana la kalau esok bila program berlangsung hujan turun habis la barang-barang pameran.
Khemah di mana kereta Savvy parking tue la tapak pameran untuk KVSM.  Hrmmm... macam mana la besok kalau hujan tidak berhenti?
Setiap khemah disediakan 2 meja dan 4 kerusi. Selepas lihat khemah yang diperuntukan untuk KVSM maka nak buat apa pun tak boleh sebab hujan lebat sangat, jadi terus je balik semula ke kolej.  Semoga esok dan Sabtu hujan tidak selebat hari ini, jika tidak pasti program yang telah dirancang akan tergendala di sana sini.

Masa taip entry nie hujan turun dengan lebat di Manjung bermula dalam lebih kurang pukul 8.00 malam tadi dan masih lagi lebat sekarang.  Alhamdulillah... syukur ya Allah atas rahmat dan kurniaMu. Amin...

Tuesday, February 18, 2014

Hobi Baru - Handmade Birthday Card

Salam semua...
Masa zaman remaja dahulu satu hobi yang sekarang sudah sangat jarang dilakukan adalah mengumpul kad. Tambah sekarang ramai yang guna kad online atau maya sahaja jadi kad pun dah tak laku kot... Contoh kad birthday, get well, good luck dan apa saja kad yang gambar atau corak di hadapannya cantik dan menarik dipandangan mata dan kata-kata yang menarik di dalamnya akan dibeli dan simpan.  Jadi kad-kad dari syarikat seperti American Greetings, Hallmark dan lupa dah nama syarikat pengeluar kad yang famous dulu-dulu sering dicari bila ke supermarket.

Sekarang entah dekat mana la menghilangnya kad-kad tersebut.  Sebab suka sangat kad-kad nie,  tak dihantar pun kepada sesiapa, saja untuk simpanan sendiri saja.  Bila tak cukup duit untuk beli kad untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan maka bermulalah hobi membuat kad, dan satu lagi buat frame gambar.  Agak banyak frame yang dibuat dan semasa berpisah dengan rakan-rakan terutama semasa di ITM, Shah Alam frame gambar nie merupakan buah tangan untuk rakan-rakan sebagai tanda kenangan.  Kad pulak dibuat semasa sambutan harijadi dan Valentine's Day.  Zaman tue masih lagi zaman jahililliah, jadi sambutan untuk perayaan tue memang agak meriah. :mad::mad::mad:
Hujung tahun lepas masa blogwalking, terjumpa satu blog yang ambil upah buat kad.  Jadi tetiba je timbul minat untuk buat kad kembali.  Tambahan awal Januari adalah hari lahir yang dinanti-nanti.  So cuba-cuba untuk buat kad balik.  Siap pegi Daiso, Popular dan kedai-kedai kraftangan untuk cari bahan-bahan untuk buat kad nie.  Kertas dan fancy paper memang dah sedia ada sebab dari dulu memang selalu beli untuk kegunaan sendiri. Buka juga youtube dan google contoh-contoh handmade card.  Jadi yang atas berwarna biru nie la hasilnya.  Ok tak? Buat permula rasanya ok la kan.. sebab nie kad pertama selepas sekian lama tak buat kad, memang senget dan tak kemas sikit sana sini.
Bentuk love di belah depan tue ambil masa sikit sebab perlu disusun bintang-bintang kecil tue satu persatu. Belon-belon tue pulak jenuh jugak la kena tengok dua tiga kali cara nak lipat kertas. Dah lama tak buat kerja-kerja kraf tangan jadi memang dah keras tangan nie...  Ayat dalam kad ini tanya je kat pakcik google.  Jumpa yang menarik terus print dan tampal je.  Nak reka sendiri kata-kata rasanya tahun depan pun tak siap kot.

Ok yang nie pulak envelope untuk kad tersebut.  Pilih warna biru sebagai tema untuk kad sebab tau penerima memang minat dengan warna tersebut hehehe....  Harap penerima sudi la terima kad yang tak seberapa nie.  Dah bagi by hand je.

Tuesday, February 11, 2014

Romeo Jumpa Veterinar

Salam semua...
Antara pesanan dari kawan sebelum menyerahkan Romeo adalah jangan lupa hantar Romeo berjumpa dengan veterinar untuk dapatkan suntikan vaksin, sebab Romeo dah pun berumur 3 bulan dan belum dapat sebarang suntikan lagi.  Bila talipon pun perkara nie yang selalu ditanya.  Dah bawa jumpa vet ke?? 
Terus cari cat carrier di kedai supaya senang untuk bawa romeo nanti.  Adik kata bawa pakai kotak je, tapi sebab hari tue romeo boleh keluar dari carrier kawan jadi rasanya elok la beli je carrier nie sebab nanti nak guna jugak kan.  Cari di dua pet shop dan tak banyak pilihan sebab tak banyak pet shop kat Manjung... tapi bila dah masuk 3 bulan bela romeo baru tau ada beberapa pet shop yang selama nie tak tau pun kewujudannya. Iye la sebelum nie nak pegi pet shop buat apa tak de tujuankan. Tapi sekarang dah jadi antara kedai yang selalu singgah dan jadi favorite shop.
Gambar-gambar nie gambar lama, mula bawa romeo ke vet pada 24 Disember 2013 so peristiwa bermula dari tarikh tersebut. Dah lama gambar dan sedikit sebanyak entry telah diletak dalam draf tapi nak tunggu siap memakan masa, ada je halangan untuk siapkan entry. Haishhh...
Ok kita sambung balik, mula-mula romeo diperiksa dulu dengan melihat bulu, mata, telinga dan sebagainya.  Ok romeo sihat kata veterinar yang dijumpai.  Satu lagi dia kata romeo bole membesar lagi sebab tengok pada kaki dan tangan dia yang besar dan tegap itew.  Lepas tue terus cucuk romeo di belah belakang badan dia dan dipesan jangan mandikan dia selama seminggu.
3 Januari kena bawa Romeo sekali lagi untuk suntikan tapi kali nie untuk ubat cacing dan kutu pulak. Prosedur yang sama dijalankan macam suntikan vaksin kali pertama dulu.  
Romeo yang baru dikeluarkan dari carrier dia untuk dicucuk.  Diam je bila kena cucuk. Alololo... baik betul dia...
Bawah nie kucing yang sama umur dengan romeo yang dibawa untuk disuntik juga.
24 Januari 2014 sekali lagi bawa romeo untuk suntikan vaksin kali kedua, vaksin nie satu circle sebanyak tiga kali dalam tempoh sebulan sekali suntik.  Macam baby... kena suntik tiga kali kemudian baru la disuntik setahun sekali vaksin.
Kali ketiga sampai di sini, romeo tak nak keluar dari carrier dia, mungkin dah terbau ubat dan tau dia kena suntik kot. Jadi kena la keluarkan dia.
Suntikan vaksin kali kedua nie romeo ok je sebab balik rumah dia main-main dan lari sana sini.  Masa kali pertama, balik je dia tidur dan diam... bila malam baru dia main-main.  Ok saja la buat cerita romeo pergi jumpa veterinar sebab cerita sendiri tak banyak sangat yang nak dikongsi.  Orite nanti ada kerajinan akan bersambung semula blog nie. InsyaAllah. 

Tuesday, February 04, 2014

Penat Tau...

Salam semua...
Penatnya bila terpaksa menunggu dan menunggu.  Pergi sana nak uruskan nie kena tunggu, pegi sini nak uruskan tue pun kena tunggu jugak.  Penat tau bila kena tunggu selalu.  Tambah bengang bila orang yang datang kemudian sudah selesai tapi urusan kita masih lagi terkial-kial.  Bengang bertingket-tingket la jawabnya, tambah dengan tak makan lagi dan minta kebenaran keluar yang pada mulanya ingat sekejap je berlarut hingga berjam lamanya.
Tue yang jadi penat dan hati sayu je.  Hmmm... apa pun cuba jugak bersabar.  Sebab kadang-kadang bila kita bercerita atau bertanya lain pulak jadinya. Tak semua yang akan faham apa yang kita cuba sampaikan.  Sering terjadi salah faham yang membawa kepada sengketa. Sabar je la duhai hati....
OK apa pun think positive and always hope for the best... caiyok, caiyok...    

Wednesday, January 01, 2014

Tahun 2014

Salam semua....
Masa lalu adalah sejarah, 
hari ini adalah goresan,
 hari esok adalah harapan. 
Selamat datang tahun baru 2014.
Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. 
Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.
May each day of the coming year, be vibrant and new bringing along  many reasons for celebrations...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??