Monday, September 24, 2012

Raptai Di Hari Pertama

Salam semua...
Hari Sabtu nie 29 September akan diadakan Majlis Graduasi, Anugerah Cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum serta Aqiqah 2012 peringkat sekolah.  Nie kira projek besar pertama bagi saya tahun ini.  Selalunya majlis nie antara program utama peringkat sekolah yang diadakan secara besar-besaran dan meriah.
Sebagai persediaan untuk majlis tersebut petang nie diadakan raptai untuk persembahan yang akan diadakan oleh pelajar-pelajar KV.  Sementara mereka bermula dan menunggu PA system maka ambil dulu gambar dewan dan aktiviti pelajar yang membuat persembahan.
Susun atur dewan dan pentas tanpa sebarang hiasan lagi.  Nanti bila dah siap akan ambil gambar kalau tak lupa.
 Pelajar-pelajar yang membuat persembahan nasyid sedang membuat latihan persembahan.  Dari segi suara memang dah ok cuma sekarang perlu diperbaiki sikit di sana sini selain membetulkan lagi steps mereka.  Apa pun berdoa agar ketiga-tiga persembahan akan berjalan lancar seperti mana yang dirancang di hari Sabtu nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??