Sunday, September 09, 2012

Program Kecemerlangan

Salam semua...
Hujan lebat pagi semalam di pagi 8 September terpaksa diredah juga untuk ke SMK Ahmad Boestamam di Sitiawan kerana telah berjanji untuk satu program di sana.  Puas ditolak, tapi bila cikgunya mendesak dan asyik talipon meminta persetujuan menjayakan program ini, jadi akhirnya mengalah dan cuba untuk sampaikan dan membantu mana yang boleh.  Bila difikirkan ini mungkin tahun terakhir terlibat, tahun depan tak de lagi nampaknya....  Ehhh... tak de lagi tue sebab tahun depan sekolah dah sepenuhnya menjadi kolej jadi pelajar SPM tidak lagi diajar.
Seronok memberi ceramah di sini kerana pelajarnya nampak begitu tekun dan bersungguh-sungguh untuk memperoleh sesuatu yang dapat membantu mereka dalam menghadapi SPM nanti.
 Kerana pelajar sedang menghadapi peperiksaan percubaan jadi dewan sekolah SMKAB disusun sebegitu, kedudukkan kerusi meja tidak diubah.
 Walaupun hari hujan lebat pagi tue, kehadiran pelajar nampaknya begitu membanggakan.  Semoga sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar tersebut memperolehi keputusan Sejarah yang cemerlang dalam SPM nanti. Insyaallah.
Kebetulan bercerita tentang ceramah, nie ada satu lagi ceramah di SMK Ambrose yang diadakan pada hari Sabtu, 11 Ogos yang lalu.  Dah lama kan.. tapi saja la letak gambar yang diambil di sini jugak.  Pelajar sekolah nie dalam 90 orang sahaja dan diadakan di Bilik Media sekolah.
Ini merupakan tahun ketiga menyertai program di sini.  Dan seperti di atas, tahun depan mungkin tak de lagi untuk program sebegini.  Apa pun didoakan semoga semua pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM yang semakin menghampiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??