Saturday, September 22, 2012

Jamuan Persaraan dan Hari Raya

Salam semua...
Baru nie Puan Hajah Salmah telah menamatkan perkhidmatannya sebagai guru dalam erti kata lain pencen atau bersara pada 19 September 2012.  Dah menjadi budaya di sini bila ada cikgu yang akan menamatkan perkhidmatannya maka mereka akan diraikan di dalam satu majlis yang dibuat secara besar-besaran dan gilang-gemilang di dewan dengan semua warga sekolah turut serta.  Sepanjang saya di sini rasanya dah 4 orang guru yang pencen.
Berbeza dengan Kak Sal awal-awal lagi dia dah minta supaya tidak diadakan sebarang majlis meraikan hari pencennya. Siap warning lagi kalau buat jugak dia tak datang sekolah hari tue hehehe.... jadi sebagai menghormati permintaannya maka hanya satu majlis makan-makan yang ringkas diadakan pada 12 September sekali dengan sambutan hari raya oleh KGKT.
 Dari kami semua di KVSM, seutas jam tangan di hadiahkan dan dari pihak sekolah senaskah terjemahan Al-Quran dihadiahkan kepada Kak Sal.  Sangat simple tapi penuh bermakna.  Diharapkan Kak Sal akan dapat menggunakan hadiah yang diberikan dan berfaedah kepadanya.
 Disebabkan jamuan disekalikan dengan jamuan hari raya jadi juadah yang disediakan bertemakan hari raya.  Ada lemang, ketupat, rendang, nasi goreng, laksa dan buah-buahan.  Ada juga kuih raya yang dibawa oleh guru-guru.
Laksa yang disediakan memang best dan pekat kuahnya.
Jamuan hanya dibuat di kantin sekolah sahaja. Hahaha.. memang betul-betul simple dan budget.  Apa pun moga jamuan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara guru-guru dan jugak kakitangan KVSM.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??