Wednesday, September 19, 2012

Perjumpaan Raya 2012

Salam semua...
Syawal sudah pun melabuhkan tirainya hari Ahad yang lepas dan sekarang sudah pun 3 Zulkaedah 1433, tapi boleh tak kalau baru nak masuk entry tentang perjumpaan hari raya?  Semenjak dua menjak nie memang terasa sangat sibuk dengan kerja-kerja luar selain dari mengajar. Semuanya perlukan perhatian segera lepas satu-satu.  Ok berbalik pada cerita kita kali nie, pada 21 Ogos 2012 bersamaan dengan 3 Syawal telah diadakan satu Perjumpaan Raya untuk rakan-rakan dari Sekolah All Saints, Kamunting di Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Kamunting.  Ini merupakan perjumpaan kami kali ketiga di hari ketiga Syawal.  Memang dah menjadi rutin dan ketetapan bahawa setiap 3 Syawal Perjumpaan Raya akan diadakan.
Gambar yang atas nie semua yang hadir pada perjumpaan tersebut.  Lebih istimewa kerana kali ini 3 orang guru turut hadir sama iaitu Cikgu Koshim, Cikgu Rusnah dan Cikgu Yati.  Akan lebih bermakna jika lebih ramai guru yang dapat hadir bersama. Selain itu ada juga beberapa orang rakan dari batch yang sama baru pertama kali hadir di perjumpaan ini seperti Fadzillah, Sabariah  dan Zul Unta (nie nama glamer kat sekolah dulu).  Kira selepas habis sekolah nie baru bertemu semula.  Alhamdulillah.
Tahun nie rakan-rakan satu batch yang hadir hanya 17 orang berbanding dengan perjumpaan sebelum ini.  Apa pun kemeriahan tetap dirasai dan moga di lain pertemuaan lebih ramai yang dapat hadir untuk bagi sokongan kepada rakan-rakan yang telah bertungkus lumus menganjurkan perjumpaan ini.  Gambar  di sebelah atas nie adalah rakan-rakan satu batch yang hadir.
Di atas nie gambar junior dengan cikgu-cikgu. Batch saya dan junior sangat rapat jadi setiap kali diadakan pertemuaan kami adakan sekali untuk kedua-duanya.  Jadi kehadiran pun akan lebih ramai dan meriah.  
Atas nie pulak gambar Jawatankuasa yang terlibat dengan program tersebut.  Walaupun programnya kecil sahaja tapi bila ada sokongan dan kerjasama daripada ramai rakan maka sesuatu kerja tue dapat dilakukan dengan enjoy dan jayanya.
Seperti biasa bila ada majlis reunion atau perjumpaan seperti ini muka yang sama yang akan hadir dan muka yang sama juga yang tidak dapat hadir.  Biasa la tue bila ada pertemuan untuk group yang lain pun benda yang sama berlaku.  Bukan semua rakan-rakan yang excited untuk berjumpa rakan-rakan lama.  Entah la saya je kot yang seronok dan sangat excited bila berjumpa dengan rakan-rakan, terutama bila sudah lama tidak berjumpa.  Ok apa pun moga pertemuan di lain masa lebih ramai yang akan dapat hadir untuk memeriahkan dan dapatlah silaturrahim dipereratkan semula.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??