Wednesday, June 20, 2012

Aktiviti Semester Pendek

Salam semua...
Bila sekolah mula dibuka semula minggu lepas, bermula la semester pendek bagi pelajar-pelajar KV.  Agak kecewa bila ramai pelajar-pelajar yang lulus bersyarat bagi mata pelajaran sejarah.  Hrmmm.... kat mana masalah dan puncanya ye??? :doh3::doh3::doh3: Guru tak reti ajar ke?  Tapi untuk keputusan SPM 2011 yang lepas result sejarah meningkat dengan baiknya. Jadi pelajar ke salah, guru, sukatan, soalan exam atau apa???
Gambar-gambar nie program minggu lepas hari Selasa dan Rabu, dua hari dari pukul 8.00 hingga pukul 2.00 petang pelajar-pelajar diberi kursus intensif untuk mata pelajaran sejarah di dewan sekolah.  Oooo... berapa ramai yang gagal?  Lebih 70% ye... :'(:'(:'(:'(
Di hari Selasa Cikgu Salina full time bersama-sama dengan pelajar dan guru yang lain bergilir-gilir kerana perlu mengajar di kelas tingkatan 5.
Pelajar diberi nota dan soalan untuk dibuat dan berbincang dengan rakan-rakan jika tidak dapat jawapan.    Kemudian baru la jawapan dibincang bersama-sama.  Sib baik la penyelaras mata pelajaran sejarah sudah bersedia dengan latihan dan nota untuk diberi kepada pelajar-pelajar.
Guru-guru kali nie all out untuk tolong pelajar lulus dalam peperiksaan ulangan yang akan diadakan awal bulan Julai.  Semoga pelajar-pelajar pun begitu juga.  Risau pulak bila masih ada lagi pelajar yang tidak menghantar kerja yang diberikan utk penilaian sedangkan sudah berkali-kali diingatkan dan diminta.  Macam mana nak lulus kalau macam nie?  Tak adil jika markah diberi sedangkan kerja tidak dibuat.  Nampaknya tahun depan kena ulang lagi la diaorang nie...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??