Monday, June 04, 2012

Perjumpaan Kembali Dengan Rakan-rakan ITM

Salam semua...
Tujuan utama ke KL sebenarnya adalah untuk menghadiri perjumpaan dengan rakan-rakan semasa belajar di kursus DPA ITM, Shah Alam yang diadakan pada 19 Mei 2012.  Satu perjumpaan yang santai sahaja, yang penting rakan-rakan dapat hadir dan berjumpa untuk mengeratkan semula ikatan silaturrahim.  Biasa la tugas saya untuk menghubungi kawan-kawan melalui Fb dan juga talipon.  Nak kata reunion tak boleh jugak sebab tiada perancangan yang rapi hanya contact rakan-rakan yang sudi hadir menjayakan perjumpaan kali ini.  Kira sapa yang boleh hadir sangat-sangat dialu-alukan.
Semua sekali 15 orang yang hadir di perjumpaan ini.  Ini merupakan perjumpaan kami yang ke 4, bermula dengan perjumpaan pertama pada tahun 2009 di sebuah kedai mamak di Cyberjaya.  Masa tue baru je bertemu semula dengan rakan-rakan di Fb.  Jadi masa nie hanya 6 orang yang dapat hadir untuk sesi ngeteh, tapi itu la langkah pertama untuk mencari dan bertemu dengan rakan-rakan.  Tahun berikutnya di Shah Alam dan masa nie lebih ramai yang hadir dalam lebih kurang 22 orang hadir.  Dan seorang rakan Azmi, datang khusus dari Sarawak untuk turut hadir dalam reunion tersebut, selain itu Najah dari Kelantan, Hafilah dari Segamat, Khobil dari Penang, Shakirin dari Kuala Kangsar, Siti dari Seri Manjung (hahaha.... nak sebut jugak tue) dan rakan-rakan lain dari KL dan Selangor seperti Lan, Zilah, Miza, Mona,Ana, Min, Raz, Tina, Ipin, Creepy, Sham, Adem, Bob, Ali ehh... ada lagi tak nama yang terlupa.
  
Perjumpaan kali ke 3 kami berjumpa di rumah Yasmin yang terletak di Putrajaya.  Perjumpaa kali nie berupa potluck dan 12 rakan yang hadir. Jadi lebih santai  sebab perjumpaan di rumah rakan. Cari-cari ada pun coretan tentang perjumpaan nie di blog. Kalau nak baca kat sini.
Perjumpaan kali nie dibuat di Restoran Syed, Seksyen 3, Shah Alam.  Jadi sempoi je tak de buat kat hotel atau tempat yang glamer, nak makan order je apa yang nak.  Lebih jimat sebab kadang-kadang buat di hotel  pun bukannya nak makan sangat, tapi lebih pada nak sembang dengan rakan-rakan, bayar pun mahal kan.  Tapi last-last Mona sponsor lagi perjumpaan kali nie seperti di perjumpaan ke 2.  Alhamdulillah, terima kasih Mona, walaupun sudah berjaya sebagai usahawan yang terkenal tapi masih humble, down to earth dan merendah diri.
Banyak gambaf yang diambil, tapi bila edit seperti gambar-gambar di atas jadi dapat jimat space dan banyak gambar boleh dilihat.  Kali nie  Razali dan Aya datang dari Alor Setar, Afifuddin atau lebih dikenali sebagai Pak Rep dan Khobil dari Penang dan saya biasa la kan dari mana hehehe... Yang lain dari KL dan Selangor.  Gembira dapat berjumpa kembali rakan-rakan lama dan dengarnya ada yang akan menerima menantu tak lama lagi.  Semoga persahabatan yang telah lama terjalin berkekalan.  Insyaallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??